Tuesday, 31 December 2013

Penutup 2013

Tahun lepas saya tak sedar tarikh berubah dengan begitu pantas, tahun ni saya tak sabar2 pula mahu melihat angka 2014 di dashboard laptop. Padahal takde apa yang mengujakan yang telah / bakal berlaku dalam masa terdekat ni. Entah kenapa terasa macam nak bertukar jadi power rangers pulak bila tahun berubah hehe

Pada tahun lepas, saya pernah berazam untuk melakukan misi menulis perkara2 baik di setiap hari sehingga tiba tarikh 11-12-13. Tapi, seperti yang telah dijangka, saya terkandas di suku jalan. Malah, saya langsung terlupa dengan tarikh tersebut. Saya kira bab2 begini, sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi (padahal diri sendiri tak berjiwa kental, heh). Cuma, saya terimbas semula berkenaan keazaman tersebut. Mahu menulis yang best2, yang bagus2, yang seronok2, dan yang buruk2 tak payah tulis, jangan tulis, baik buang dalam sungai je. Saya rasa tersadung pula dengan kata2 sendiri.

Tambahan selepas saya melihat satu rancangan yang melaksanakan misi tertentu pada setiap minggu, dan pada satu episod tu, mereka perlu mencari orang yang paling gembira yang mereka kenal. Mereka juga perlu bertanya apakah yang membuatkan mereka bahagia. Unik dan menarik setiap jawapan yang mereka peroleh dari kenalan yang berbeza. Dan saya paling tertarik dengan ideologi seorang pakcik berkenaan bagaimana dia menentukan sesuatu kebahagiaan :

"Half happiness, half sorrow. Half fortune, half misfortune. Half hope, half despair. That's how we were created. Our teachers didn't know that. We were only taught to focus on one side. Be happy, have hope, have courage. They only talk about one side. But there is another side. Stress is a burden we have to live with. You can't be stress free. God made us like that."

Saturday, 28 December 2013

Digital vs manual #2

Saya officially mempunyai 'penyakit' ketagih-beli-buku-tulis-tapi-tak-pernah-tulis-sampai-mukasurat-terakhir. Orang lain kumpul novel, kumpul buku agama, kumpul buku bermanfaat, saya kumpul buku kosong takde manfaat hahah. Dari dulu lagi sebenarnya 'penyakit' suka beli buku tulis ni, kononnya nak tulis-diari-curahan-hati-yang-bila-baca-balik-rasa-nak-lempang-diri. Tapi sejak akhir2 ni makin ketara pulak. Saya tak suka campur aduk kan semua perkara dalam satu buku, ada buku spesifik untuk karya, ada buku untuk quotes, ada buku untuk impian, ada buku untuk resipi, ada buku untuk design ehhh tolong berpijak di bumi yang nyata diya!

Please diya, please.

Wednesday, 18 December 2013

That little things

Bila mereka pakat mengangkat tangan beramai-ramai dan ada yang mengangkat fail, beg semata-mata untuk melindungi serta menghadang dari sinaran terik matahari...

Saya tersenyum dalam penat. Saya tersenyum berkali-kali.

Manners.

Manners always come first.

Saturday, 7 December 2013

Award 'pelakon' terbaik

Kursus yang padat dengan penceramahan dan pemakanan telah berjaya ditamatkan dengan penatnya. Rasa macam terawang-awang pun ada, betul ke dah boleh bernafas ni? Heh.

Macam biasa, saya tidak berhasrat mengulas lebih lanjut berkenaan rutin kerja. Cukup lah dengan pengumuman bahawasanya saya memang layak menang award 'pelakon' terbaik seantero donia. Maka, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada diri saya, kerana telah berjaya melakonkan watak tersebut dengan penuh berwibawa. Tanpa kejiwaan yang kental, mana mungkin saya mampu mengharungi segala rintangan dan cobaan. Dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada topeng-topeng yang disimpan dalam peti besi, tanpa anda, tidak mungkin saya dapat memenangi award berprestij sebegini.

Eh, riak pulak rasa. Haha.

Sunday, 24 November 2013

Untuk mereka yang sabar

Selain dari menahan amarah, TIDAK bercerita tentang kesusahan / kesulitan / kesakitan adalah termasuk dalam kategori sabar. Dan saya rasa sabar kategori ini adalah sabar tahap tertinggi. Yang mana mungkin hanya orang tertentu sahaja memiliki sabar begini. Saya memang jauh lagi untuk capai ke tahap sabar yang ini. Terlalu jauh. Saya betul respect orang yang melalui saat2 kesukaran yang maha dahsyat, dan dia punya hak untuk mengadu sakit, merintih dalam perit tapi dia pilih hanya Allah tempat mengadu. Allahuakbar. May Allah bless this kind of person.

Tapi adakalanya saya memilih untuk bercerita bukan kerana saya tidak akur dengan kehendak takdir, bukan kerana saya melawan ketentuan Nya, saya bercerita hanya lah semata-mata untuk unleash all those negative feelings supaya saya cepat2 kembali ke alam nyata.

Kadang2 kita whining bukan sebab takdir, tapi sebab situasi yang berlaku pada masa itu sahaja. Ya, pada masa itu sahaja. Bila situasi berubah, masa berjalan, kita pun akan move on dan lupakan yang telah berlalu. Cuma tak dinafikan saya ada juga mengharap situasi 'boleh' totally berubah suatu masa nanti, tapi saya dah 'lali' dengan percaturan Dia. Allah memang takkan ubah situasi, selagi kita tak ubah hati sendiri.

PS-Perjalanan 'membukukan' kata dah berhenti sesuku jalan (tak sampai suku pun rasanya). Saya dah serabut dengan permulaan semester, ditambah dengan kursus nanti. Eh, istiqamah ni memang susah gila kan (=,=)

Saturday, 16 November 2013

Digital vs manual


Saya dah lama berkeinginan untuk 'membukukan' kata-kata yang telah terkumpul. Jarang sangat ilham yang datang dialirkan melalui tulisan tangan, kebanyakannya ditaip dan disimpan terus di dalam blog. Agak kurang sentimental di situ. Memang boleh terasa perbezaan ketara antara menulis dan menaip.

Harapnya saya gigih mengisi penuh buku tersebut. Dan saya takde lah sampai nak tulis semuaaa yang saya taip di AK dan TD. Bertahun-tahun pun tak habis. Cuma selected phrases je saya ambil, terutama yang berkait rapat dengan diri saya dan yang saya mahu ulang baca berkali-kali.

Satu buku untuk catatan saya dari blog.
Satu lagi untuk quotes / info yang saya petik dari blog / tumblr / filem / drama.

Thursday, 14 November 2013

Upacara baling topi

Naim dan topinya,

Alhamdulillah selamat sampai ke kampung halaman setelah diduga dengan bermacam bentuk pancaroba. Rasanya perjalanan musafir kali ni paling banyak liku-liku. Mungkin Allah nak jentik sikit dengan peringatan supaya tak dibawa arus kelalaian. Dan alhamdulillah juga untuk majlis tamat pengajian Naim dan Umar (sekaligus dalam satu minggu, nasib hari lain2). Moga urusan mereka dipermudahkan di masa2 akan datang. Insha Allah..

Friday, 8 November 2013

Rewind button

Ini pertama kali dalam hidup saya menggagau cari rewind button. Ya Allah, masa tu serius macam tak boleh terima hakikat dengan apa yang berlaku depan mata. Sampai nak menangis pun tak keluar air mata, dalaman dah kacau bilau dengan terkesima terpana habis semua cukup pakej sekaligus. Hampir 5 minit juga saya mengharap apa yang berlaku boleh diundur atau khayalan semata-mata.

Tapi selepas beberapa ketika, alhamdulillah dalaman saya slowly boleh bertolak ansur menerima hakikat kejadian. Masa tu baru sedar bila Allah kata kun fayakun, maka jadi lah ia. Dan masa tu juga saya sedar yang kita manusia ni sangat sangat vulnerable. Betapa kita cuba mengelak sekalipun, kalau Allah dah takdirkan tetap akan kena lalui juga. Sebab memang bukan kita yang pegang remote control hidup...

Thursday, 7 November 2013

Gunung dan laut #3

  1. Saya dah agak lama tak demam tapi lepas balik bercuti terus je diserang jangkitan kuman dari ulcer dalam mulut. Memang tak selesa nak makan apa2 sepanjang di Langkawi. Tapi makan tetap makan, biarpun sengsara.
  2. Borong ceklat tak ingat dunia kali ni. Kali lepas takat 2-3 ketul je. Kali ni sampai 2-3 beg, hahh ambik.
  3. Mula la tersenget-senget bahu mengendong segala bagasi.
  4. Saya baru perasan baju yang saya beli akan lebih cenderung kepada warna ceklat atau purple. Kalau tak ceklat, purple. Tak purple, ceklat. Serius takde variasi.
  5. Tema percutian kali ini boleh la diberi nama sebagai 'Penantian itu satu penyeksaan' haha.
  6. Kebanyakan gambar Umar yang ambil, yang gambar tak berapa seni sangat tu saya yang shoot. Serius takde urge sangat nak ambil gambar, nasib lah ada si Umar
  7. Alhamdulillah tercapai juga impian ke-22 saya iaitu melawat tempat akuarium besar. Hehe simple je impian saya tapi banyakkkk.

Tuesday, 29 October 2013

Fenomena anak muda

Saya sebenarnya ada sedikit masalah penghadaman proses maklumat ke otak setiap kali terjumpa kata 'jodoh' atau 'cinta' dari golongan yang masih berdigit 1 pada angka umur.

LIKE, SERIOUSLY?

Okay, mungkin zaman berbeza. Evolusi manusia yang makin lama makin terdedah pada sinaran skrin, maka mereka lebih cenderung pada persekitaran yang mendapat kemudahan akses dunia luar. Tapi, come on lah, awak hidup tak sampai 2 dekad lagi kot, nafkah untuk bayar yuran sekolah pun belum terjamin, inikan pula sibuk dengan 'nafkah' keperluan jiwa (lah sangat). Cuba bagi nafkah pada mak ayah yang bela awak sampai 2 dekad dulu, daripada bela perasaan pada manusia yang kononnya jodoh till jannah awak walaupun kenal tak sampai 2 bulan.

Eh, serius tak boleh hadam.

Monday, 28 October 2013

Hakikat manusia yang tidak sempurna

Saya pernah tertanya-tanya kenapa kita ditakdirkan melakukan perkara yang salah berulang kali.. Kenapa setelah kita bersungguh mengikat janji dalam hati untuk tidak mengulangi nya, tetapi tanpa segan silu kita lerai semula janji dahulu.. Kenapa Allah takdirkan kita berbuat dosa? Apakah memang betul salah kita yang tidak kuat istiqamah atau sudah tertulis suratan nya begitu?

Setelah mendapat pengisian dan perkongsian ilmu dari seorang makcik, saya mendapat jawapan yang merangkumi kesemua persoalan tersebut. Jawapannya ada dalam kisah Nabi Adam a.s dan iblis. Walaupun kisah ini berulang-ulang-ulang-ulang kali kita dengar, tapi bila disentuh dan digarap semula kisahnya, saya seakan-akan baru pertama kali mendengar kisah tersebut. Ya, kisah yang sama Nabi Adam dihantar ke Bumi dan kisah yang sama iblis dicampak ke neraka.

Kita sedia maklum bahawa detik pertama Nabi Adam ingkar pada larangan Allah ialah ketika Nabi Adam memakan buah larangan di dalam syurga. Akan tetapi Baginda segera bertaubat dan mengharap keampunan Allah. Di sini lah Allah mahu menunjukkan sifat Nya Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih meskipun Nabi Adam telah melakukan kesilapan yang besar. Sedangkan iblis ingkar pada perintah Allah untuk tunduk hormat pada Nabi Adam, tetapi enggan dan tidak segera bertaubat. Mereka riak kerana merasakan diri lebih hebat dan kuat beribadat berbanding Nabi Adam. Di sini lah Allah mahu menunjukkan bahawa makhluk yang merasakan dirinya sempurna tidak layak menetap tinggal di syurga Nya.

Kerana itu, kita cenderung melakukan silap dan salah. Allah mahu 'menyelamatkan' kita dari rasa ujub dan bangga diri jika kita kekal perfect sepanjang masa. Dan ada ganjaran untuk mereka yang berusaha untuk memperbaiki diri. Malah rasa kesal dan sedih terhadap dosa lama juga Allah sediakan token pahala....

Thursday, 24 October 2013

Hadiah tersirat

Setiap kali dapat makanan / pemberian orang mesti mak ayah saya akan keluarkan statement 'baru je bagi kat orang pagi tadi, petang dah dapat balik. cepat Allah balas rezeki' atau lebih kurang lah bunyi nya. Banyak kali jugak mak ayah saya keluarkan statement tersebut. Mungkin mahu mengingatkan kami adik beradik supaya jangan kedekut untuk memberi dengan apa yang kita ada.

Memang tak dinafikan mak ayah saya cepat dapat 'balasan' rezeki tu, sampai pernah terdetik di hati saya 'aku pun pernah bagi jugak, tapi tak dapat apa pun'. Astaghfirullah punya la banyak titik hitam ni sampai mengungkit pulak rezeki yang dah diberi. Jangan diikut ye. Yang dah bagi tu, jangan risau, malaikat dah simpan kemas dalam rekod pahala. Kalau tak dapat balik kat dunia pun, mungkin dapat kat akhirat...

PS-Sebenarnya, ada juga saya dapat balik, cuma dalam portion lain dan saya mengambil sedikit masa untuk menyedari apa yang saya dapat tu adalah 'hadiah' dari Nya.

Saturday, 19 October 2013

Model tak rasmi

 


Saya dah agak lama tak obses ambil gambar. On off on off juga lah. Kejap suka, kejap malas. Kejap rajin, kejap takde mood. Boleh kata bukan 'cameraman' sejati. Sekadar untuk suka2 je. Cuma kalau ada any event / trip dengan family rasa ralat jugak tak ambil gambar properly. Saya pulak tak harap sangat gambar2 yang adik2 ambil, sebab banyak yang tak berkenan di jiwa huhu.

Tuesday, 15 October 2013

Salam aidiladha

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7) 

Kita mengharapkan itu ini, bermacam perkara, meminta-minta itu ini, bermacam perkara, tapi the basic one pun tak boleh nak langsaikan. Macam mana Allah nak tunaikan? Rezeki pun boleh jadi ujian. Jangan ingat Allah bagi rezeki kerana kamu termasuk golongan yang 'layak'. Boleh jadi Allah hanya mahu menguji, kepada siapakah kamu 'kembalikan' rezeki Nya dan sejauh manakah kamu dapat mengawal penyakit hati (riya' specifically) bila dilimpahkan segala nikmat dunia.

Dan mengungkit rezeki orang lain tidak termasuk dalam kategori 'bersyukur' kan?

“Be careful about wanting what others have. There is always a price. Perhaps God didn’t give it to you, because He knew you wouldn’t be able to pay it.” - Yasmin Mogahed

Sunday, 6 October 2013

Hajat yang tidak kesampaian

Saya, bila berkeinginan sesuatu, saya akan ingin dengan sungguh2. Dari awal sampai akhir saya tetap ingin. Tetap utuh. Dan saya sangat sukar untuk menukar haluan keinginan tersebut biarpun takdir mengheret saya ke arah jalan yang bertentangan. Namun apa boleh buat, Tuhan lebih berkuasa atas segala kehendak Nya.

Monday, 23 September 2013

Rantaian realiti

Setiap kali tiba minggu study week, I felt soooo relieved and glee despite having to mark all of these tests and projects. Still, study week + exam week (sebelum tiba paper saya)  adalah diumpamakan seperti 'summer vacation' untuk otak keserabutan saya. So yeah, bulan 9 2013 adalah bulan penuh konflik dan tragedi (gituuu). Sampai satu masa nak kerat badan jadi tiga supaya boleh mengharungi semua rintangan ini (over la perempuan ni haha).

PS-Bertambah relief bila dapat tahu kursus hari rabu ni ditangguhkan. Alhamdulillah. Tapi harapnya penangguhan kursus tak buat masa cuti nanti...

Thursday, 29 August 2013

26























  1.  


  2. Masa terlalu begitu pantas berlalu. Sehingga ke detik ini, baru saya sedar angka 26 itu banyak. Banyak tanggungjawab, banyak amanah, banyak khilaf, banyak dosa yang belum dilangsaikan hutang nya. Dan banyak juga ruang-ruang kosong yang disia-siakan. Kalau begini lah kosong nya buku amalan saya di kitab Raqib sepanjang 26 tahun ini, buku apa lagi yang mampu saya persembahkan?

Sunday, 25 August 2013

Beku

Hari ni hari paling paling paling paling gloomy rasanya. Gloomy bukan dari segi sedih sangat ke apa, tapi gloomy tahap takde perasaan nak hidup sebagai manusia. Terasa bagai nak letak jawatan hidup manusia, boleh? Okay, takde motif. Serba tak kena sangat hari ni, nak buat apa pun rasa tak bersemangat langsung. Sebelum ni memang semangat tak pernah membuak-buak, tapi kali ni dah jatuh paras beku.

Saturday, 24 August 2013

Mujarab bacaan solat

Saya sentiasa percaya dengan mujarab bacaan solat. Mereka yang menjaga solat, insha Allah diberi kekuatan untuk melawan amarah, untuk memadam api marah. Kalau pun kita masih lagi tidak dapat mengawal emosi biarpun solat penuh 5 waktu siap topup dengan solat sunat lagi, itu ada kemungkinan kita curang dalam solat. Ya, curang. Berdepan dengan Allah, tapi di belakang fikiran penuh dengan perkara-perkara dunia. Melafaz kalimah-kalimah suci, tapi di sudut hati tidak terkesan dengan kalimah tersebut. Hati penuh dipagari dengan tembok besi, nak tembus masuk satu ayat pun susah. Dah tu macam mana nak jadi kuat lawan ego, lawan marah kalau 'senjata' pun takde? #peringatanuntukdiri

Drama Melayu

Saya bukan lah penggemar drama Melayu, filem Melayu apatah lagi. Sekadar tengok untuk suka2 tu okay lah, untuk masuk top list fav drama / film memang jauh panggung dari tv (?).Seingat saya cuma 3 filem Melayu sahaja yang mampu menduduki carta top fav saya iaitu filem Sepi, Aku Tak Bodoh dan Nur Kasih. Manakala drama pula, the one and only Nur Kasih.

Cuma saya baru perasan yang kebanyakan drama Melayu yang saya tergerak nak follow ialah drama yang mana Tizz Zaqyah selaku heroin drama. Tahun ni boleh kata pecah rekod jugak sebab saya download lebih 3 drama Melayu, termasuk Cinta Jangan Pergi, Sebenarnya Saya Isteri Dia dan terbaru Jodoh Itu Milik Kita. See? Bukan ke jelas lagi tertera ketiga2 drama tersebut Tizz berlakon sebagai watak utama. Dan ketiga2 nya mempunyai satu persamaan ketara : arranged marriage. Even Nur Kasih the one and only saya pun mempunyai tema yang sama. Dah memang trend drama sekarang ke buat drama kahwin2 ni? Atau drama2 ni memang sengaja nak perli saya? Haha siapa yang makan coklat, dia la terasa pahitnya.

Friday, 16 August 2013

Real love

Seperti biasa, setiap kali Umar pulang ke rumah (cuti hari raya baru ni) saya akan bising2 tanya dia any english movies yang dia recommend. Sebab setiap kali pun, Umar akan recommend movies yang kena dengan taste saya.


Cuma ada satu perkara yang saya terkilan ia tidak diselitkan dalam movie tersebut. Iaitu scene selepas mommy David meninggalkan David di dalam hutan bersama Teddy. Saya tertunggu-tunggu scene mommy David pulang ke rumah, scene mommy dia melalui hidup sehari-hari selepas kehilangan David. Itu sahaja yang lacking, yang lain perfect. Terutama the fact that David menjadi real boy, tanpa dia sedari throughout the journey of becoming a real boy.

Thursday, 15 August 2013

Pakej rezeki

Ada dua jenis pakej rezeki yang melimpah-ruah Allah beri pada seseorang. Samada dalam bentuk pakej hadiah 'penginapan-sepuluh-hari-sepuluh-malam-di-suite-paling-mahal' atau dugaan 'sehingga-menimbulkan-riak-dan-semakin-bakhil'. Saya taknak query pakej dugaan, sebab ia lebih kepada isu dalaman, yang mana Allah sahaja berhak menghakimi. Cuma bila saya mentioned rezeki melimpah-ruah untuk pakej hadiah, saya betul2 maksudkan rezeki yang melimpah-limpah. Rezeki 10 in 1, semua datang sekaligus. 'Mega sales' tak putus2 untuk dia.

Tapi...

Ada kita tanya apakah hadiah penginapan 10 hari 10 malam tersebut mententeramkan dan membahagiakan empunya diri?

Buat apa tanya kan,
orang gila je tak gembira dengan penginapan suite paling mahal.

Dan...

Ada kita tanya apakah amalan-amalan yang mereka lakukan dapat menarik perhatian kerajaan langit sehingga diberi percuma segala kemudahan dunia?

Buat apa tanya kan,
penginapan di kubur hanya lah seluas 6 kaki 4.

Monday, 12 August 2013

Tentang Diya

Disclaimer : Entri ini bakal dijadikan profile di sidebar untuk rujukan (bajet okeh perempuan ini)

  1. Diya ialah sebahagian dari nama sebenar saya, bukan nama penuh. Hanya nama timangan di laman maya. Manakala di luar maya, saya lebih dikenali dengan nama Nadia. 
  2. Uzayr ialah nama peneman 'Diya', bukan nama ayah. Saya mula menambahkan nama samaran Uzayr sekitar bulan November 2012.
  3. Saya lahir tahun 1987 dan makin menghampiri usia mati.
  4. Ya, saya telah bekerja.
  5. Tidak, saya belum berkahwin.
  6.  Saya menulis blog telah agak sekian lama. Ada banyak perbezaan antara TD versi pertama dan sekarang. Salah satunya, saya tidak lagi berhajat memuat naik gambar2 bercirikan atau bermotifkan manusia (?)
  7. Apatah lagi, gambar diri sendiri.
  8. Saya ada penyakit 'misteri' iaitu penyakit suka-menjadi-misteri haha.

Saturday, 10 August 2013

Aura tersembunyi

Ada sesetengah orang, dia dianugerahkan dengan satu kelebihan yang kita panggil sebagai 'aura'. Dengan sesiapa pun dia boleh berbual sakan, tak kira lah dengan orang yang dia jumpa dekat stesen bas sekalipun. Kira semua orang yang dia tegur, semua rasa selesa dengan dia. Tapi ada beza antara yang ramah dan banyak cakap.

Orang yang peramah, dia akan sentiasa make sure berlakunya two-way communication. Bukan dia sorang je pung pang pung pang, tak bagi can orang bercakap. Dan nak cam orang tu jenis ramah ke tak, tengok cara dia tanya soalan. Soalan yang dia utarakan MESTI membuatkan pihak kedua dapat hurai dengan panjang lebar. Meaning that, orang pendiam pun boleh bercakap banyak bila dengan mereka yang ramah. Kalau spesis yang banyak cakap, emmmm masak lah nak layan dia sorang. Habis yang biasanya peramah, boleh jadi pendiam pulak tiba2 bila communicate dengan dia. Yang jenis banyak cakap ni pulak selalunya dia tak bertanya sangat, dia akan tanya kita soalan simple je. Sebab dia ada banyak benda nak cerita pasal diri dia, atau pasal yang berlaku pada diri dia, atau apa-apa yang berada di sekeliling dia. Saya memang cepat muak dengan yang jenis banyak cakap. Malas nak layan, huhu.

Saya pulak jenis special case. Hanya dengan sesetengah orang je boleh get long. Dan kalau seseorang tu (which is sangat rare hanya sorang dua je yang wujud setakat hidup ni, selain family), boleh buat saya banyak bercakap tak henti bertanya soalan, ketahuilah bahawasanya anda adalah istimewa dan mempunyai aura yang kuat. Saya agak 'memilih' kot atau dalam erti kata lain saya kurang berminat ambil tahu hal orang (jadi, kadang2 terpaksa paksa diri supaya ambil tahu sikit2 huhu). Cuma selective person sahaja yang mampu membuatkan saya curious untuk ambil tahu hal dia...

PS-Penat melampau buat open house setiap kali pun. Tapi makan tetap lajuuuu hihi

Thursday, 8 August 2013

Salam aidilfitri

 

Hari raya pertama kali ini agak special sikit sebab tertumpu pada majlis suasana baru untuk kami sekeluarga. Walaupun hanya bertunang, penat tu terasa jugak lah. Dan walaupun hanya bertunang, kemeriahan terasa seperti majlis kahwin pun ada. Mungkin sebab ramai saudara mara yang ikut bersama. Itu pun baru sesuku yang datang, tapi cecah 9 buah kereta berderet ikut belakang.

---

Saya tak tahu entah berapa juta kali emak mengutarakan kenyataan setiap kali mak pening kepala dengan urusan pertunangan

"Allah dah susun elok, bagi Naim settle bertunang dulu. Lepas tu, kakak pulak."

Hidup saya bukan fairytale. Tidak pernah wujud perkataan 'fairytale' dalam kamus hidup. Hanya perkataan 'realiti' sahaja di setiap muka. Saya bukan Cinderella, Snow White atau Aurora. Diselubung kesukaran selama hidup tapi tiba-tiba muncul ajaib mengetuk pintu. Sangat tidak masuk akal. Nonsense.

Saya dah putus angan, saya dah tawar hati. Ikut lah Allah nak buat apa pun.

Friday, 2 August 2013

Kesan menulis dan bercerita

Interesting facts by Infographics

Okay, sekarang saya dah faham kenapa saya mudah lupa kebanyakan peristiwa yang telah lepas. Saya akui saya susah nak ingat kebanyakan perkara lalu (tapi for very certain random events saya ingat dengan sangat terperinci). Sebab? Saya jarang bercerita! I'm not a good storyteller, serius macam itik bercakap. Takde motif, plot berterabur, kadang2 bercerita secara backward (ending dulu baru intro), stutter sampai berpuluh kali, senang cerita memang tak layak masuk pertandingan bercerita darjah dua.

Yang sedikit sebanyak menyelamatkan kepupusan memori saya ni adalah menulis. Itu pun, dah lama tinggal menulis secara manual. Menaip dan menulis manual ada beza ye. Tapi, at least sekali sekala dapat lah asah sikit sistem otak saya. Alhamdulillah, Tuhan tak jadikan saya jenis yang kekok dengan perkataan. Kalau tak, baik kau bertapa dalam laut je lah diya. Pergi communicate dengan ikan duyung lagi bagus.

Untuk TD versi kedua, saya memang memilih tidak bercerita secara terperinci berbanding TD versi pertama dulu. Pertambahan usia buat saya rasa adalah lebih baik tidak 'diseksa' ingatan pada perkara-perkara yang secara luaran sahaja kelihatan mengujakan...

Selamat ulangtahun TD 2.0

Saya baru perasan bila baca semula entri2 yang lepas, hampir genap setahun TD 2.0 beroperasi, iaitu awal Ramadhan yang lepas. Tapi sebenarnya saya mula menulis 'diari-berciri-dewasa-jiwa-jiwa' ni dekat tumblr dulu. Pulun rajin update sebab agak lama saya berawan kertas sahaja. TD versi pertama dah lama ditamatkan kontrak, tu yang tiba2 banyak lepas kata. Dalam 2-3 bulan menulis di tumblr, terasa tumblr tak sesuai untuk diari jiwa-jiwa. Memang sejak azali saya ditakdirkan dengan blogspot. Dan saya dapat rasa blogspot akan kekal sebagai platform utama saya menulis untuk jangka masa yang lama. Dah serasi orang kata. Tak dapat dipisahkan.

Itu yang saya wujudkan TD 2.0, untuk sesekali meluah rasa walaupun tidak secara terus, dan berlapik-lapik tak kisah lah. Bukan ada yang hadap sangat blog saya ni. Saya tulis, saya sendiri baca pun dah cukup hehe.

Wednesday, 31 July 2013

Persiapan raya

Wahh semangat lebih pulak nak update bab raya ni kannn. Puasa pun tak habis lagi, heheh.

Bukan apa, baru boleh 'bernafas' properly ni jadi otak ada sikit senang lenang. Alhamdulillah. Tahun ni pertama kali saya in charge bab beli biskut raya (biskut tunjuk jela kita, nak buat pun takat makan untuk mulut sendiri). Beli takde lah banyak mana, takut nanti membazir kalau tak habis. Saya agak 'gila' biskut raya sebenarnya. Kalau kita biasanya dah dewasa ni tak hadap sangat dah kan biskut2 ni, tapi saya masih lagi looking forward pada tradisi biskut raya. Setiap kali pergi beraya, mesti ada sesuap dua saya telan. Tapi 'penyakit' ni bertahan masa musim raya atau beberapa hari sebelum raya sajalah. Lepas pada tu, pandang sebelah mata pun tak hingin.

Bab baju raya pulak, mak dah beli dua pasang baju kurung yang agak 'ranggi' dan makin ditenung pada baju tersebut makin rasa tak sesuai dengan diri ini (gituuu). Saya jenis yang simple je, saya suka baju kurung simple. Baju bermanik labuci bagai ni kebanyakannya mak ayah yang beli (dah tua2 pun kena parents yang beli huhu). Baju kurung berfesyen (tak pasti nama apa) pun jarang menarik perhatian saya. Jadi akhirnya mungkin satu baju baru saja saya sarung untuk raya nanti. Kalau rajin saya beli lain, kalau tak sarung je mana yang ada.  

Dan bab terakhir ialah bab adik lelaki, Naim bakal bertunang di 1 syawal. Mulanya saya tak rasa apa, sebab dah sampai masa dia kan. Tapi macam segan jugak bila orang bangkitkan isu adik dah melangkah satu tapak dari kakak. Saya senyum saja lah walau dalam hati ada sikit pahit. Bukan apa, bila orang terdekat mengharap kita melangkah dulu, satu tekanan jugak sebab saya tak mampu nak ubahsuai takdir dan bukan saya yang memuktamadkan kehendakNya. Benda ni kita plan bagai nak rak sekalipun, bila Allah kata TAK memang takkan jadi...

Monday, 29 July 2013

Hakikat hidup #2

"Biasanya kita akan diuji dengan perkara yang paling kita takut atau tak suka."

Ini adalah sangat terpanah ke dalam diri. Walaupun saya memang sudah sedia maklum dengan hakikat ni, tapi seakan ada kilat memanah depan mata sejenak bila terbaca satu ayat tu. Tambah pula, sehari dua yang lepas saya teringat satu momen di mana saya menegaskan pada diri dan mereka yang lain tentang satu perkara yang saya tidak mahu dengan sungguh. Mati hidup semula, tetap tidak mahu. Sangat utuh pendirian yang saya pacakkan.

Namun, Allah itu halus dan teliti dalam merancang. Dia gerakkan hati saya untuk sesuatu yang sememangnya bukan milik saya kerana mahu melihat sejauh mana keutuhan pendirian saya dapat ditundukkan dengan jalinan takdir. Saya kira ujian berperang dengan jiwa sendiri lebih dahsyat dari ujian berperang dengan sakitnya fizikal. Sebab apa? Sebab orang lain tak nampak segala peluru berpandu yang menghempas di segenap ruang jiwa kita. Orang tak nampak berapa banyak luka terhasil dari butiran bom yang meledak tanpa henti. Orang tak nampak runtuhan demi runtuhan yang berlaku di setiap kepingan hati. Orang tak nampak.., semua tu.

Tapi sampai satu masa dan ketika, kita tidak lagi mengharapkan segala hempasan, ledakan dan runtuhan itu didengari malah disimpati oleh manusia. Kerana cukuplah Dia yang menatap rawat kesemuanya...

Wednesday, 24 July 2013

Bliss moment

That moment when you suddenly burst into tears at the first stroke of 'takbirraltulihram'. You've been holding it in for so long but at that point, you have realized that Allah already heard every word uttered in your heart.

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan Chapter 1

Ramadhan kali ini agak merisaukan jika berbanding tahun lepas. Walaupun ingatan saya agak samar2, tapi saya kurang rasa 'terbeban' sebelum tiba bulan Ramadhan. Rileks je.. ohh baru teringat saya agak lesu bila saya buat kelas malam. Okay, tu je kot. Selainnya, alhamdulillah boleh redah. Cuma tahun ni, saya mudah terasa dahaga setiap kali tamat 2/3 jam kelas. Saya betul respect lah orang yang suka bercakap ni (tapi bukan yang bercakap kosong ye, maksud saya bercakap yang menggunakan ilmu dan kerah tenaga).

Isu lapar tak terasa sangat. Dah biasa tak sentuh makanan dari pagi ke petang. Cuma isu dahaga saja agak merisaukan, mungkin kerana cuaca yang terik sejak akhir2 ni. Dan sebenarnya, dugaan lapar dahaga ni kecil saja kalau dibandingkan dengan dugaan yang lain. Saya rasa macam hidup dalam dunia asing je semenjak dua menjak ni. Seperti ada belahan jiwa saya sedang terapung di udara mencari jawapan yang tidak berkesudahan. Terapung, ingin terbang, tapi kaki diikat tanah. Kadang2 rapuh juga saya ni, luaran je nampak kental takde apa berlaku. Biasalah, topeng simpanan dalam kotak besi ada baki beratus ribu lagi...

Thursday, 4 July 2013

Cerita tentang akal

Kadang-kadang, saya kagum dengan kebolehan akal. Berfikir tentang sesuatu dengan begitu ligat, tapi dapat melakukan tugas berfikir untuk sesuatu yang lain dalam satu masa yang sama. Hebat bukan? Malah yang paling ketara ialah apabila akal berperang dialog dengan hati, sehingga terpalit guris yang membuatkan kelopak mata limpah dengan linangan air ditebing pipi. Ada masanya apabila jiwa turut campur tangan memujuk untuk berdiskusi monolog dengan akal namun akhirnya akal termakan jua segala pujuk rayu. Akal sememangnya mudah tumpas dengan kehendak jiwa, kemahuan hati. Kerana itu akal yang membezakan kita antara manusia dan bukan manusia.

Saturday, 22 June 2013

Sepetang bersama


Allah ada timing yang tersendiri. Kalau kita sememangnya milik seseorang, Allah takkan benarkan sesiapa ambil hak milik walaupun satu dunia mengharapkan sedemikian dan meskipun telah hampir-hampir ia nya terjadi. Dan kalau benar dia adalah untuk kita, Allah juga takkan benarkan sesiapa mengambilnya biarpun dikeliling beribu, ditendang waktu dan terpisah berkurun lautan batu.

Kita memang selalu lupa, Dia yang Maha membalikkan hati-hati...

Thursday, 20 June 2013

Tarikh luput

Dalam seminggu dua ni saya kembali diserang ingatan melimpah ruah terhadap sesuatu. Sangat melimpah sehingga runtuh segala tebing empangan <-- hiperbola tak agak2.

Tak tahu lah sampai bila ingatan ni nak obsolete. Tak tahu lah sampai bila ingatan ni nak sampai tarikh luput nya. Penat tahu tak pujuk diri sendiri untuk sesuatu yang tak pasti...

Demi akhirat yang abadi

Adalah sangat menjengkelkan bila manusia constantly 'berkira' dengan manusia. Diulang-ulang perkara sama, seolah-olah jadi satu dosa jika tidak diselit perkataan "takpelah, awak kan ... (ayat berunsur 'kemudahan' untuk kita). saya ni ... (ayat berunsur 'kesusahan' bagi dia)". Kalau sekali dua takpe lagi, ini saya rasa sampai beratus kali! Yes, literally beratus kali atau mungkin dah sampai angka ribu. Saya memang ada semat satu ayat 'magic' yang boleh pangkah terus ayat default dia, tapi semat dalam kepala otak je buat apa kan. Tak tahu kenapa tak terkeluar jugak. Ya Allah, tolong mudahkan saya sampaikan kebenaran. Tolong sangat. Bukan mahu membalas, tapi enough is enough lah. Dunia kita ni sementara je. Bukan selama-lamanya saya ada 'kemudahan' tu. Allah boleh tarik bila2 masa je.

Saya sangat sangat sangat tak suka bila orang bandingkan apa yang kita ada, dengan apa yang dia ada. Minta tolong dengan sangat, jangan tunjuk dengan jelas yang awak tak percaya dengan kewujudan kerajaan akhirat. Orang yang percaya dengan akhirat, takkan rasa 'insecure' dengan apa yang Allah dah beri kat dia untuk hidup di dunia ni. Dia akan sentiasa merasa cukup walaupun dalam serba kekurangan. Sama sekali dia takkan persoalkan, sebab dia yakin dengan apa yang telah disediakan di tempat yang sebenarnya kekal kelak...

Manusia je yang lebih2 berkira. Sedangkan Allah tak pernah berkira. Orang yang patut dapat lebih, Dia bagi lebih. Orang yang dapat kurang, tak semestinya dia deserve dapat kurang. Ini namanya ujian, Allah nak tengok samada dia boleh bersabar tak dengan kekurangan tu... Dan kadang2 "lebih" ni boleh jadi ujian maha dahsyat. Apa yang kita buat dengan "lebih" tu for sure akan dipersoalkan nanti. Apakah kita bersyukur dan gunakan kelebihan tersebut di jalan baik atau makin bertambah arrogant nya. Saya rasa konsep ni yang paling mudah diselewengkan. Selagi tak faham konsep ni, selagi tu kita hidup dalam keadaan serba gelap dan malap.

Friday, 31 May 2013

Surat untuk masa depan #2

Orang kata passion boleh mengubah segala-galanya. Orang kata enjoy saja dengan apa yang kita lakukan. Orang kata kita kena happy baru boleh jadi positif. Oh orang kata, banyak sungguh berkata-kata. Dari suapkan dengan kata-kata, baik bagi saya pil berguna. Mungkin dia ingat bentuk limpa, pankreas dia sama dengan semua orang, kot.

Dah tu macam mana dengan peranan takdir? Bila kau dah stuck kat tempat tu, tak boleh buat apa. Itu takdir. Bukan stuck tak usaha, itu bodoh.

Sebab tu saya nak buktikan yang negative vibes juga boleh jadi 'pemangkin'.
Ya, boleh.
Dengan syarat, you haunted them back.

The art of learning

Rasa macam nak terbang keliling udara bila selesai kursus minggu ni. Alhamdulillah, Allah ada permudahkan. Despite of penat, tak cukup tidur, terlebih makan (?) segala, saya belajar banyak dalam minggu ni. Kalau nak rangkumkan semua, tak cukup helai buku nota yang mereka sediakan (padahal kita spesis kurang rajin menyalin).

Cuma ada lah beberapa points yang saya nak highlight. Satu, berkenaan betapa kagum nya saya dengan beberapa mereka yang terlibat kursus bersama. Ya Allah, hebat-hebat belaka. Nampak je biasa2, bila dah buka mulut.... ambik kau. Kalau tengah makan gula2, boleh terlekat dekat anak tekak haaa. Sebab tu kena selalu ingat, walau seelok mana pun kita, akan ada yang lebih elok. Masa ni baru tahu dunia ni bukan milik kita saja dan kita ni sebenarnya tak pernah cukup bagus. Sentiasa perlu belajar dan improve.

Dan kedua, seronok bila belajar bidang orang lain. Tambah2 bidang yang menarik dan agak sukar, terus macam waaaa kool nya dia. Padahal dia cuma expert bidang dia dan tak well-versed pun tentang bidang kita, semestinya dia pun rasa bidang kita kool apa. Itulah, apa yang kita tahu ni cuma setitis air je dari lautan tak bertepi. Bila belajar pelbagai bidang sekaligus, baru tahu yang kita hanyalah sekerdil-kerdil makhluk atas muka bumi. Kecil sangat.

Unik okay file yang dia bagi

Akhir sekali, saya masih terbayang2 sesi penceramah pada slot petang selasa. Saya ni kalau dah mengantuk, tak boleh tahan2, mesti rasa nak humban kepala. Tapi punyalah kuat penangan penceramah tersebut, saya dari mengantuk bagai nak rak (dah sesi dia waktu petang), terus hilang mengantuk dan penat! Serius melayang. Even boleh rasa mata saya jegil sampai ke sudah. 2 jam bagaikan 2 minit, lepas break setengah jam, sambung balik 2 jam, saya rasa nak suruh dia sambung lagi! I've never encountered this kind of penceramah before. Eh, paling kurang punya fun pun penceramah tu, kita mesti penat nak dengar dia bercakap berjam-jam kan. Tapi, beliau boleh buat saya jadi ketagih pula nak dengar dia bercakap. Mungkin sebab beliau telah mengubah 180 darjah mindset saya. Totally.

Saturday, 25 May 2013

Bicara dua hati

Dalam minggu ni saya agak terkejut dengan perkembangan diri dan reaksi yang saya pamerkan pada sesetengah individu. Sehingga terpacul bermacam jenis persoalan 'Apa yang dah berlaku?', 'Betul ke saya yang bercakap tadi?', 'Kenapa saya jadi begini?', 'Saya dah tersilap makan ubat ke?' Haha boleh pulak salahkan ubat padahal saya tak ambil apa-apa jenis kapsul pun. Saya tak tahu kenapa perkara ini terjadi dengan begitu pantas sehingga saya tak boleh undur ke belakang. Risau, takut saya jatuh terjelepuk seperti dulu dan mulalah saya buat perangai menghilangkan diri untuk rawat luka seorang diri. Tapi entahlah, kali ini macam ada tangan tolak badan saya terus ke depan. Saya nak slow down dengan tekan brek berkali-kali pun dah tak berfungsi.

Banyak perkara yang saya belajar dari beliau dalam sesingkat masa. Alhamdulillah, orang yang baik sememangnya akan duplicate nilai yang baik2 saja dari diri kita tanpa langsung dia sedar. Senang sangat dengan mereka yang ini. Moga-moga Allah pelihara hidup mereka. Amin.

Tuesday, 14 May 2013

Kisah rawak

  1. Setiap kali naik flight, kalau tak merasa motion sickness itu maknanya saya dah jadi mutant umpama Wolverine yang terperangkap dalam badan Cinderella. Ajaib, get it?
  2. Menunggu selama 2 jam dengan tumit 3 inci adalah tidak menyenangkan, nasib kuih dorayaki tolong cover rasa tidak senang itu.
  3. Gambar warp effect kami boleh jadi juara antara juara. Buruk dan rare. Umar yang mulakan, Nana tukang tambah, saya menyibuk, Naim tamatkan dengan rupa serius dah macam kembar Megamind.
  4. Umar kalau dia bersungguh sikit, mesti boleh celen Mat Lutfi. Senak perut okay tengok video sengal dia dan rakan2. Cuma itulah, Umar dia tak suka exposure sangat.
  5. Mencari kasut yang sesuai untuk kaki saya terutama untuk kegunaan masa tertentu adalah lebih sukar dari mencari jodoh (?).
  6. Isu jodoh sangat sensitif sekarang ni, ada banyak hujan dalam hati lately. Jaga-jaga.
  7. Tahu lah saya bahawa saya sangat enjoy dengan kedudukan tinggi berbanding adik-adik yang menghidapi acrophobia. Fair lah kan, diorang takde motion sickness.
  8. Tapi, bungee jumping punya task gila scary kot.
  9. Bila dah bertambah usia, saya rasa saya dah tak takut banyak perkara. Kecuali hati yang direnyuk.
  10. Menjadi spiderman sekali seumur hidup pun cukup lah. Tercabut segala kerongsang hah. Nasib tak tertanggal tudung je.
  11. Suara menjerit saya ni tenggelam sangat, padahal dah sampai volume 100.
  12. Kesian Ali tak dapat join sekali. 
  13. Naim kata kalau boleh dapat tempat parking on the spot tu maksudnya luck tahap karma punya tinggi. Dahsyat, lagi dahsyat bila tak ingat kereta park kat mana. 
  14. Saya bukan peminat superheroes, tak layan sangat batman, superman, spiderman, keluang man dan segala kerabat mereka, kecuali ..... Iron Man. Fun okay!
  15. Saya masih lagi menyesal tak sudah bila saya berkeputusan tak jadi beli baju kurung kelabu ala-ala corak batik tapi kosong separuh entah ceruk mana saya nak cari mak cik tuuuuuu. Nana pun naik bosan dengar saya membebel. Moral of the story, kalau rasa nak beli, berkenan sangat, beli je. Dalam dunia ni, nasib baik je kalau boleh jumpa LAGI yang kita betul2 berkenan. 
  16. Apa laaa ex student pun tak tahu Pejabat bendahari zon 16. Penat berputar-putar. Tapi memang dulu saya jarang sangat melepak di area Ptar1. Fakulti saya nun jauh atas bukit.
  17. Rasanya dah berkurun semenjak the last time saya letak lagu dalam blog. Budak2 sangat masa tu. Ohh sekarang nak kembali budak2 ke macam mana?
  18. Ada tiga perkara yang saya terkilan ia tidak tertulis dalam buku takdir saya - jejak ke kedai buku, aquaria dan sejambak roti. 
  19. So yeah, saya ada banyak thoughts yang tidak tersusun.

Friday, 10 May 2013

Menjadi diri #2

Dalam dunia ni, hanya beberapa orang sahaja yang mampu menjadikan diri saya berfungsi pada laras yang betul. Adik2 mampu membuatkan saya ketawa tanpa batas sehingga menghasilkan bunyi octave yang tingggi, adakala saya bercakap dengan kadar 5000 perkataan sejam hanya behenti di selang 0.5 saat, saya menegur hampir semua perkara yang ada di sekeliling ketika bersama mereka, saya cuba berlawak jenaka berulang kali walaupun mereka hanya ketawa dengan lawak tak jadi saya, saya tidak malu melakukan perkara2 gila bersama mereka dan saya menjadi diri yang saya idam-idamkan. Apakah ada wujud seseorang yang lain yang mampu melaraskan fungsi diri saya yang begitu?

Tuesday, 7 May 2013

Hakikat hidup


*senyum nipis*

Ini pertama kali dalam hidup saya jumpa scene drama yang dijendelakan sepenuhnya dari dunia realiti. Saya terkedu campur terpinga, Cha Seung Jo seolah-olah jadi mesin tukang translate apa yang bergema dalam kotak jiwa saya selama ni. Tiba-tiba rasa nak bagi standing ovation depan dia. Bukan sebab lakonan, tapi sebab menjelaskan sesuatu yang tak ramai orang faham. Bapa dia pun saya nak kalung bunga, sebab dah hentakkan kepala saya pada jendela realiti.

Monday, 6 May 2013

Biasan cermin hati

Saya percaya bahawa rupa kita boleh jadi biasan cermin hati kita. Berhabuk atau retak atau jelas, adakala boleh tertera pada raut wajah. Kalau ikut istilah biasa kita guna, 'muka jernih' untuk yang baik2 dan muka 'agak keruh' untuk yang kurang baik. Muka jernih, keruh ni langsung tak bersangkut paut dengan tahap kecantikan dan kekacakan seseorang ye. Nehi sama sekali. Tapi Allah pasti bagi bonus 'cantik' atau 'kacak' pada mereka yang jernih jiwanya.

Saya tidaklah expert 'baca' muka orang, nama pun mata kurang ilmu, jadi sikit2 saja lah. Tapi sebenarnya bukan dari mata je kita boleh nilai, dari mata hati pun boleh. Lebih kurang istilah 'sejuk mata memandang'. Tengok dia, rasa senang tenang dan dia tengok kita pun tanpa apa-apa prejudis (walaupun kita serba kurang). Jarang boleh jumpa orang begini. Yang golongan kita tengok dia rasa senang, mungkin biasa kita jumpa tapi golongan yang ada dua2 sekali tu paling minimalis dan terhad. Rare, sebab mereka di kalangan limited edition.

Kerana kita tetap ada kelemahan masing2 jadi tentulah cermin yang jelas sepenuhnya itu milik para Nabi. Kita yang serba kekurangan ni pasti ada yang berhabuk, retak atau pecah. Namun, cermin yang berhabuk masih boleh disapu buang habuk2 nya, cermin yang retak mungkin boleh tampal dengan sellotape dan cermin yang pecah mungkin boleh guna gam uhu untuk cantumkan semula. Boleh diperbaiki, dan masih ada masa lagi sebelum kita terikat mati... Insha Allah.


PS-Kalau bab baca body language, mungkin expert sikit (please excuse my bongkak-ness). Kelebihan introvert, dia banyak memerhati dari bercakap ;)

Doa yang diaminkan malaikat

Pertama kali mengundi walaupun kali yang lepas dah layak tapi kerap bertangguh sampaikan akhir tahun lepas baru jejak kaki untuk mendaftar. Okay lah kan dari tak daftar langsung.

Orang tunjuk jari, saya tunjuk nombor jelah hehe

Saya pergi bersama parents dan adik lelaki. Mak dan ayah di saluran 2, saya dan Naim di saluran 3. Mak ayah 2 minit beratur terus boleh mengundi, saya dan Naim 2 jam beratur sampai sesak nafas terasa baru boleh kena calit dakwat. Tak expect pulak saluran 3 ni ramai pemuda pemudi. Kalau tahu, saya bawa satu rak buku untuk baca sambil beratur (over hahh). Takde lah  suffocate sangat akibat lama menunggu bersama gerombolan manusia.

Saya tak berhasrat mengulas panjang tentang keputusan PRU kali ni. Saya pun jenis kurang cakna sikit soal politik, sekadar baca sepintas lalu. Cuma satu doa saya, walau siapa pun yang meneraju negara kita, saya harap negeri saya kekal begini. Kekal sahaja. Kerana semenjak dari kecil, saya dah terbiasa dengan suasana begini. Dan alhamdulillah, malaikat amin kan doa2  kami dan Allah izinkan ianya terjadi. Mana-mana doa yang belum diaminkan lagi, mungkin ada hikmahnya..

Wednesday, 1 May 2013

Terpencil dan istimewa

Ada sesetengah orang, dia tak perlu usaha dengan sangat, dia boleh dapat sesuatu dengan mudah. Dan ada yang lain, dia usaha bagai nak rak sekali pun, sampai ke sudah dia tak dapat apa-apa. Kita, mudah sangat nak bandingkan dua kategori ni. Tapi kita tak nampak behind the scene dia, terutama mereka yang boleh dapat sesuatu (kononnya) dengan mudah. Mungkin di mata engkau je nampak dia mudah segala-galanya, walhal engkau tak nampak benda lain yang dia susah tapi engkau dapat dengan mudah.

Rezeki namanya tu. Dan aturan rezeki Dia sangat terpencil dan istimewa. Kenapa terpencil? Sebab sebelum nya kita tak pernah tahu pun kewujudan ia, di mana dan bila kita boleh sampai ke 'tempat' tersebut. Tiada satu radar pun dalam dunia ni yang boleh mengesan lokasi tempat tersebut. Kita cuma menurut akur pada peta panduan yang Dia bagi. Kalau yang rebel, mungkin habis koyak rabak peta tu. Kalau yang pasrah, mungkin lunyai lah sikit kena tompok air mata. Dan kalau yang redha dan sabar, mungkin dia laminate terus peta yang dia dapat.  

Yang pastinya, kita semua ada tempat terpencil dan panduan masing-masing. Beza, lain, tak sama. Sebab tu jangan bandingkan. Satu masa dan ketika, bila kita tiba di sana, kita akan faham kenapa Allah hadiahkan tempat tu kepada kita dan bukan nya orang lain...

Mohon perlindungan dari Allah

Ada satu perkara yang saya sangat sangat sangat hairan dengan kelompok orang Melayu kita.

1.cemburu, 2. dengki, dan 3. busuk hati.

Okay, 3 points di situ adalah ikut turutan tapi berada bawah topik yang sama. Yang mana, cemburu boleh jadi langkah pertama, diikuti dengan sifat dengki dan akhirnya membusukkan segenap organ hati. Cemburu biasanya boleh jadi in a positive way, so kalau dia take it positively memang takkan terjebak dengan langkah kedua. Contohnya, dia cemburu dengan kejayaan seseorang dan dia juga mahu berjaya, then dia akan cuba usaha sungguh-sungguh untuk capai kejayaan seperti orang yang dicemburuinya. Ini yang dikatakan cemburu yang menggalakkan kita berubah menjadi lebih baik. Bagus lah kan, cemburu yang macam ni.

Yang jadi masalahnya, bila cemburu tu bertukar ke arah negatif dan diadun pula dengan hasutan syaitan, habislah terjebak dengan kancah kedengkian (?). Segala benda yang kawan tu buat, serba serbi tak kena. Engkau tak senang duduk, bila dia senang. Engkau tak senang hati, tengok dia tenang. Dah jadi makhluk serba kepanasan. Kalau boleh nampak side effect kedengkian tersebut, habis satu badan kau boleh nampak ada keluar asap dari liang roma. Punya la membara kan.

Tapi dengki ni kalau tak teruk sangat, mungkin takkan turun ke tangga ketiga. Setakat mengata belakang, mengumpat, melaser depan2, boleh nampak dah unsur2 dengki tersebut. Yang jadi bahaya nya bila sampai ke tahap busuk hati. Kena yang ni, saya harap sempat lah kiranya engkau bertaubat sebelum masuk alam baqa'. Dahla badan kita memang akan membusuk bila mati nanti, dah tak pasal2 hati kau busuk dulu sebelum kau mati. Yang dikatakan sampai ke tahap busuk hati ni, bila mana dia melakukan perbuatan jahat dan kejam terhadap orang yang didengkinya.

Saya dulu susah juga nak percaya benda2 pukau, sihir, bomoh segala. Bila tengok drama2 Melayu pun, memang tak percaya yang benda2 tu boleh berlaku in real life. Tapi bila dengar sendiri pengalaman sesetengah orang yang kena 'buatan orang', terkedu seketika. Terdetik dalam hati ya Allah, sampai macam tu sekali? Dahsyat sungguh akibat nya. Harap2 kita tak tergolong di kalangan mereka yang menganiaya mereka yang lain. Dan moga2 Allah lindung kita dari segala kejahatan jin dan manusia...

PS-Saya percaya orang yang KUKUH amalan baik nya, sama sekali tidak akan membiarkan rasa2 negatif membaluti hati nya. Allahu'alim..

Wednesday, 24 April 2013

Kata abstrak dari Tuhan

Dalam hidup, memang kita takkan selalu dapat apa yang kita mahu. Apa yang lebih melucukan, kita akan dapat apa yang orang lain mahu, dan orang lain sebaliknya akan dapat apa yang kita mahu. Tapi kita masing-masing pura-pura mahu apa yang orang lain mahu. Saya adakala tergelak sinis mengenangkan ini. Dan sinis yang saya lemparkan, adakala menghambat semula hujah yang saya pertahankan. Macam boomerang. Saya lempar, dia datang kejar saya pula.

Aneh. Saya diam saja. Kena bucu tajam, tertoreh sekalipun, saya diam kan juga. Langsung tak berganjak. Walau saya tahu dan terlalu tahu akan perancangan Tuhan itu bersifat mujarab kerana ia menyembuhkan dosa-dosa lama.

Peredaran masa

Saya jenisnya suka membanding-bandingkan. Suka membanding-bandingkan diri saya yang dulu dan sekarang atau yang sekarang dan masa depan atau yang dulu dengan masa depan. Banyak perbandingan yang saya dapat setiap kali. Walau adakala hanya berbeza sehari dua. Kalau dikumpul-kumpulkan mungkin boleh melebihi jumlah artifak dalam muzium kot. Banyak.

Salah satu yang ketara, saya menulis dengan kuantiti yang berbeza. Kalau dulu, menulis panjang berjela, update entah apa-apa, tapi isinya satu je. Sekarang, saya dah tak boleh nak mengarang 'entah apa-apa' lagi, sebab bila sampai jumlah perkataan tertentu, saya akan stop dan cuba minimize perkataan. Jadi, setiap entri takkan melencong jauh, saya fokus pada satu isi saja.

Itulah.

Jadi rindu nak menulis panjang-panjang. Tapi hakikatnya, rindu pada diri yang lalu ialah rindu yang paling susah nak bayar cash.

Saturday, 20 April 2013

Surat untuk masa depan

Untuk Diya 10 tahun akan datang, jika awak masih diberi nyawa, moga awak telah jumpa diri yang awak cari sekian lama. Dan moga masih kekal menjadi diri yang awak kunci dari sebelum ini. Jangan sesekali ubah biar ditawar beribu kunci emas sekalipun. Saya tahu awak terkilan untuk sesetengah perkara, saya tahu awak masih diselubungi rasa takut, tapi percaya lah ada yang hargai awak lebih dari segala-galanya. Saya harap di sana awak telah capai lebih separuh impian yang awak garapkan. Bersama-sama insan yang awak sayang. Dan moga di suatu masa dan ketika, kita dipertemukan dengan hati berbilah senyum.

Friday, 19 April 2013

Introvert specialty

Saya ada sedikit masalah jika berada di dalam satu group lebih 3 orang terutama rakan sebaya. Dan perkara ni masih tidak dapat diatasi sejak berkurun lama. Saya jadi 'blank' dan tiada idea dan hanya mendengar. Serius 'blank'. Macam mamee monster kena paksa makan mamee pun ada (errr??). Rasa sangat kurang selesa bila berada dalam group yang ramai, tak tahu kenapa otak jadi kosong. Sebab tu saya prefer hang out berdua. Kalau berdua, saya cuma akan tumpu pada dia saja. Jadi idea senang di generate. Bila dah ramai2, saya nak tumpu pada siapa pun tak tahu.

"Keistimewaan" ni selalunya terhad pada rakan sebaya saja lah. Kalau di kalangan mereka yang lebih muda, ketidakselesaan tu tak ketara sangat, sebab saya boleh 'control' mereka. Biasanya yang lebih muda akan mudah terasa awkward dengan yang berusia. So, automatically saya akan cuba buat diorang rasa less awkward. Tapi kalau kena dengan group yang lepas perangai, memang tak boleh dikawal jugak. Samada saya layankan aje, atau saya tukar topik lain. Budak2 ni bukan boleh layan sangat. Dan kalau saya berada di kalangan yang lebih berusia, dengan mereka yang ramah, seronok juga. Boleh nampak lah usaha mereka nak buat kita rasa selesa. Saya suka golongan veteran yang cuba untuk bertegur sapa in a good manner. Kalau kena yang 'sakit jiwa', rasa nak tolak gaung pun ada.

Thursday, 18 April 2013

Menulis untuk jiwa #2

Ekoran dari episod pertama, saya mahu sambung sedikit salasilah penulisan (konon orang berminat lah sangat haha. padahal saya tulis, saya baca sendiri). Oleh kerana di usia awal 20an saya berhenti menulis cerita2 pendek, saya cuba mencari alternatif lain. Ketika ini lah saya 'jumpa' puisi. Suatu masa dulu saya masih ingat lagi betapa amazed nya saya bila baca puisi siapa entah saya dah lupa, tapi punya lah kagum sampai hati tergetus 'uihh aku takkan mampu tulis macam ni'. Mungkin sebab dulu saya terbiasa dengan ayat panjang berjela, jadi untuk meringkaskan makna, saya memang tak terror

Puisi kan bahasanya ringkas dan mendalam. Jadi bila menulis puisi, saya tak risau dengan kekangan masa. Lama kelamaan puisi terhasil tanpa saya sedari / rancang. Kerana kecewa dengan sesuatu, saya cuba tulis beberapa bait. Sehingga lah sekarang, kebanyakan puisi terhasil dari buah kekecewaan. Yang anehnya, bila sampai ke hujung nota, terasa kecewa tu disapu angin pun ada. Nyaman dan mendamaikan, walaupun masih berparut luka. Alhamdulillah, Allah permudahkan sedikit jalan untuk saya salurkan buah2 kecewa tu...

Moralnya di sini, jangan sangka benda yang kita anggap kita tak mampu buat dalam satu masa, kita takkan  mampu buat untuk selama-lamanya. Kalau tak cuba, mana kita nak tahu kan (cliche bunyinya). Sekarang pun saya tak terror mana dengan puisi, tapi sekurang-kurangnya benda yang saya anggap mustahil dulu, saya boleh merangkak jadikan ia tak mustahil. Sikit2 lah kan, benda ni berkait dengan masa jugak. Ada sesetengah orang memang dilahirkan dengan bakat, dari kecil boleh jadi hebat. Ada sesetengah yang lain dilahirkan bakat melalui masa. Dan ada sesetengah yang lain dilahirkan bakat dengan latihan. Yang pastinya, semua ada kelebihan masing2. Tak kira lah dengan apa cara sekalipun Allah nak bagi.

Tuesday, 16 April 2013

Dua dunia berbeza

Dunia realiti dan dunia maya saya adalah dua dunia yang berbeza. Di dunia realiti, tak ramai yang tahu dunia maya saya (blog terutamanya). Dan dunia maya ini, tak ramai juga yang tahu siapa saya di dunia realiti. Saya lebih selesa begini, walaupun adakala saya dapat merasakan bahawa satu hari nanti dua dunia ni akan collide dan interlace, tapi biarlah masa yang jadualkan semuanya. Selagi boleh bersembunyi, saya akan terus begini. Saya menulis pun sekadar untuk bantu jiwa bernafas, membekalkan selagi boleh segala bentuk mesin untuk pernafasan injap jiwa yang adakala sesak rosak. Awak nak baca, baca lah. Awak nak copy, copy lah. Saya stressed out jugak dulu bila tahu ada yang sewenang-wenangnya buat harta sendiri dari segala harta tulis saya. Tapi lama-lama saya tahu saya tak boleh kawal semua orang. Itu antara awak dengan Tuhan pula.

Saya pun bukan jenis kepoh sangat, banyak diam je (payah juga jadi manusia yang terlalu berminat dengan diri sendiri ni sampai tak berminat nak ambil tahu hal orang, haha). Jadi, memang saya tak bercerita tentang apa yang ditulis. Pernah juga beberapa kawan saya tahu berkenaan hasil tulis saya, tapi serik pula rasanya (bila mereka tahu). Sebab ada sesetengah yang sangsi dengan penulisan saya, dikatanya saya copy paste penulisan orang lain. Walaupun saya diam sahaja, tapi gurisnya masih terasa hingga kini.

Saya bukan hidup untuk meyakinkan manusia akan segala hak milik saya. Saya bukan hidup untuk merewang kata pada dunia tentang 'inilah yang aku tulis, itulah yang aku cipta'. Bukan. Saya menulis kerana ada bantu dari Nya, menyusup kata ilham pada diri yang serba cela. Saya tidak punya kamera bukti untuk dipertonton pada semua, kerana saya cuma ada Dia...

Friday, 22 March 2013

Jun 2009



Angin rindu menyapa.
Tidak terukir sebarang nama.
Hanya mengungkai seribu makna.

Bila sampai sini, tempat yang sangat asing pun akan terasa sangat dekat. Seolah-olah tempat itu telah lama melambai-lambai kehadiran kita. Sebab tu walaupun lebih 6 bulan berlalu dari hari saya menjejak tiba di tanah air, saya masih ingat setiap detik yang saya lalui sepanjang di sana. Setiap inci kaki saya menapak, semuanya masih segar dalam ingatan.

Wednesday, 20 March 2013

Nikmat yang ditarik

Sejak akhir-akhir ni saya langsung takde selera makan. Ohh ini dikira perkara ajaib bagi saya. Sebab jarang-jarang sekali perkara ini berlaku. Even kalau demam selsema batuk pun, saya makan dengan penuh selera. Tambah pula saya jenis tak memilih makan, makan je semua (yang halal lah kan). Sebab tu saya rasa pelik bila orang mengomel apa-apa tentang makanan tak sedap, masin lah, pahit lah, tawar lah, manis lah. Kagum juga saya dengan kebolehan mereka mengkritik makanan. Mungkin mereka terror memasak kot, sebab tu boleh bezakan makanan sedap tak sedap (saya ni peringkat amatur je)

Bila orang tanya (sesetengah jenis) makanan sedap ke tak, saya hanya boleh jawab 'okay' je. Nanti kalau saya jawab sedap, ada pulak bunyi2 kata tak sedap. Pelik juga tang mana tak sedap nya. Sebab bila saya makan, elok je makanan tu masuk sistem badan. Takde pulak saya muntahkan balik. Kira okay sangat boleh alas perut tanpa perlu berlapar.

Tapi yang lebih ajaib nya, walaupun saya takde selera makan semenjak dua menjak ni, saya boleh telan juga makanan sampai habis. Walaupun di tengah-tengah mengunyah saya sebenarnya tertanya-tanya pada diri kenapa saya masih mengunyah. Seolah-olah Allah bagi rezeki, tapi Allah tarik nikmat menikmati makanan. Sepertinya Allah bagi kemudahan beribadah, tapi Allah tarik nikmat melakukan ibadah. Hanya mengikut flow yang ditetapkan. Scary juga ni.

Tuesday, 19 March 2013

Kun fayakun #2

Saya kira 19/3 catat sejarah paling bermakna dalam hidup saya. Satu lipatan hidup yang mengubah segala-galanya. Membunuh segala ego termampan, melerai semua dendam tersimpan. Ya Allah, sungguh benar lah Dia yang Maha membolak balik hati-hati kita. Sesuatu yang tidak tercapai dek akal, tak tersanggup dek hati, Allah mampu ubah dalm satu momen sahaja. Momen yang mengambil masa sepetik jari cuma, sekaligus menghancur ranap semua pendirian yang saya pertahankan sekian lama.

Saya sebenarnya masih in awe lagi dengan keputusan yang telah saya suarakan pada ibu bapa. Mereka pun terpinga-pinga demi mendengarkan hasrat impian saya. Okay, terasa nak sorok muka dengan bantal juga masa beritahu tu hehe. Tapi perkara ni belum muktamad lagi. Masih dalam proses confirmation. Dan proses ni mungkin ambil masa setahun dua lagi. Harapnya saya tak berubah fikir di tengah jalan, huhu.

PS-Ini langsung tidak berkait dengan hal menamatkan zaman bujang. Saya belum terbuka hati untuk bab ni. Tolong doakan.

Monday, 18 March 2013

Dendang puisi

Seumur hidup, saya tidak pernah melagu dendang puisi yang ditulis sendiri (yang bukan karya sendiri apatah lagi). Tidak terjangkau juga di akal fikir saya untuk deklamasi puisi dengan penuh emosi, seperti yang dilakukan pemuisi-pemuisi terkemuka. Kagum juga. Tapi mungkin profession begini tak sesuai untuk saya. Bukan kerana saya ada masalah stage fright atau anxiety disorder ke apa tapi saya kurang gemar pasang pembesar suara hati dan jiwa saya tidak betah dengan apa-apa bentuk mikrofon.

Dan saya sebenarnya tak hafal kebanyakan nukilan. Memang tak ingat semua. Sekadar menulis dan lepas tinggal. Tak kisah kalau ada yang kurang jelas, asalkan setiap bait yang ditulis (taip) membuat saya tersenyum lapang. Entah kuasa apa yang meresap bila setiap kali sampai ke hujung nota, terasa di hooray hooray oleh sekelompok malaikat. Bahagia? Ini sahaja yang dihadiahkan untuk saya.

Thursday, 7 March 2013

Suratan takdir

Ramai orang yang baik-baik amalan nya, tapi sangat tumpul kepercayaan pada suratan takdir (qada' dan qadar). Pelengkap iman bukan hanya pada solat, puasa, zakat kita, tapi sejauh mana kita berlapang hati dengan ketentuan Nya. Ada orang yang lepas kelima-lima rukun iman, tapi 'tersangkut' sedemikian lama di rukun keenam. Mereka percaya Allah itu Ilah yang wajib disembah, percaya akan kewujudan malaikat, percaya akan kitab-kitab, percaya Rasul itu pesuruh Allah malah percaya pada hari kiamat. Tapi bila takdir memasungkan hidup nya, terus menempelak Tuhan dengan soalan-soalan gopoh lagi bodoh. Bahkan membanding-bandingkan takdir hidupnya dengan takdir hidup mereka yang lain. Kenapa begitu? Kenapa tidak begini? Kenapa aku? Kenapa tidak dia? Kenapa?

Wahai insan gopoh lagi bodoh, sekiranya engkau tidak punya remote control untuk mengawal perkitaran matahari, bulan dan planet-planet, maka engkau juga tidak layak untuk memiliki remote control masa depan. Dan segera mohon pada Nya agar dituli kan segala persoalan-persoalan bengis yang pernah berkumandang. Moga Dia masih sudi mengampuni kita yang serba angkuh.

Sedikit pesan dari insan gopoh lagi bodoh,
Diya Uzayr

Monday, 4 March 2013

Tulis #2

Saya hanya menulis, yang memberi insight tu tetap lah Dia. Ramai yang boleh membaca, tapi tak ramai boleh 'menerima' apa yang dibaca. Syukurlah kiranya jika anda tergolong di kalangan mereka yang dipencarkan insights olehNya.

Dan apa yang terhasil di AK dan TD untuk masa sekarang ialah dari lumpur, jerih, herdik yang saya lalui di dunia nyata. Dengan harapnya, lumpur yang terpalit membuatkan saya 'selesa' disemadi suatu masa nanti.

Sunday, 24 February 2013

Terima kasih, kawan

Kadang-kadang bila sedang berbual-bual dengan seseorang, saya akan berkata pada diri - "Ya Allah, awkward nya anda diya! Why are you trying so hard?" Haha. Awkwardness is utterly my middle name. Awkward tu kira perkara wajib bila saya having a conversation. Tak pasti orang lain perasan ke tidak, tapi my inner-self memang aware sangat dengan situasi tersebut. Tapi kalau saya 'mencuba' juga biarpun awkwardness menyelubungi, itu maknanya saya sedang mencuba untuk berasa selesa dengan anda. Dan itu juga bermaksud, saya menyenangi kehadiran anda. Ohh yang pasti, ini sangat rare terjadi. Hanya selective people sahaja yang terlibat. Terima kasih anyway kerana membuatkan saya senang dengan anda ;)

Wednesday, 20 February 2013

Ikhlas dan hitungannya

Saya dulu agak hairan dengan mereka yang 'cover-cover', menutup segala yang kurang, hanya pamerkan kelebihan sendiri di layar maya. Kalau ikut istilah English ; too good to be true dan istilah melayu nya pula ialah poyo haha. Kenapa tak jadi diri sendiri je kan? Why not cerita sikit yang kurang2 tu, at least kita tahu yang anda tu real person. Human beings mana tak buat silap, mesti ada salah yang kita pernah lakukan once in a while.

Tapi itu pemikiran dulu, masih mentah. Belum mengerti bahawa dalam Islam, kita bukan sahaja digalakkan menutup kebaikan yang dilakukan, tapi kelemahan dan dosa juga tidak boleh dihebah-hebahkan. Saya baru faham hikmah di sebalik saranan Islam ini. Bila kita terlalu banyak menceritakan aib diri, kelak nanti orang akan melihat kita dengan aib yang sama walaupun kita telah bertaubat dengan sesungguh taubat. Biarlah segala yang lemah itu kita simpan kemas supaya boleh ubah di dalam diri yang tertutup. Hanya Allah sahaja yang tahu, sebab Dia yang akan mengampun kan kita. Tapi kadang-kadang orang Melayu kita ni, bila berubah sikit-sikit mula lah dia bising cari salah yang lain pula. Bukannya nak puji usaha berubah ke arah kebaikan tu, makin dicari cela ada lah. Harap kita tak termasuk golongan sebegini.

Untuk bahagian kebaikan pula, saya teramat yakin bahawa ikhlas ni sangat tertutup hitungannya. Hanya Allah sahaja yang boleh selak helai ikhlas dalam buku amalan kita. Sebab tu dibimbangi kalau-kalau kebaikan yang diceritakan bakal menimbulkan riak dan bangga diri, nauzubillah. Penyakit hati yang satu ni sangat merisaukan. Dia macam virus pun ada, boleh merebak. Moga kita dijauhkan dari penyakit dalaman sebegini.

Pengampunan tertunda

Saya sangat, paling, susah dan sukar untuk maafkan makhluk-makhluk yang ...
  • Menganiaya haiwan (seperti latest isu, beri haiwan makan racun)
  • Yang buat baby macam anak patung tak bernyawa
Video kes pembantu rumah mendera anak majikan, saya cuma lihat 2 saat sahaja, tak mampu diteruskan. Ya Allah, tersagat hati rasanya walaupun cuma untuk 2 saat itu. Entah bagaimana perasaan si ibu bapa mangsa bayi, tentu2 nya lagi parah. Manusia sekarang dah makin hilang kewarasaan rohani, mental (mungkin) masih waras, tapi roh terumbang-ambing, tiada pegangan begini yang membuatkan mereka tiada empathy dan belas pada manusia lain mahupun ciptaan Allah seluruhnya. Saya berharap dan mohon pada Allah, moga-moga kita dijauhkan dari masalah-masalah jiwa begini. Sakit fizikal jelas nampak dan boleh dirawat, sakit dalaman ni kalau tak sedar berpenyakit tu yang susah nak rawat. Baik cegah dari rawat kan.

Kes haiwan tu pun satu. Saya tengok arnab jiran yang dikurung 24 jam dalam sangkar pun, rasa nak pergi kidnap dan lepaskan dia. Kesian sangat dia sorang2, takde kawan. Setiap kali saya melintas rumah jiran, mesti saya akan menegur dia (dari dalam kereta). Saya tahu dia tak dengar, tapi at least saya harap dia tahu saya dah jadi secret admire dia hehe.

Kita mungkin rasa haiwan tak berperasaan. Tapi bagaimana pula kes ibu gajah yang diracun dan anaknya menitis air mata di sebelahnya. Ya Allah, heartbreaking rasanya bila tengok riak mata anak gajah tersebut. Jelas nampak kesedihan pemergian ibu =(

PS-Bumi bukan sahaja penuh dengan bahan toksik bahkan makin bertambah manusia2 toksik

Tuesday, 19 February 2013

Opposite attraction

Terlintas isu yang ada kaitan dengan ikatan kimia ni, berkenaan perbezaan yang menarik kutub utara dan selatan. Mungkin depends pada individu, tapi kalau untuk saya, terlampau banyak perbezaan juga boleh buat saya jadi suffocate dan rimas. Samada saya turn out jadi ahli sihir muka garang atau pun robot muka flat. Jadi, kadang-kadang saya perlukan sedikit persamaan untuk bertukar menjadi angels muka bidadari gituuuu.

In terms of relationship, saya kenal pasti berdasarkan kes-kes yang lepas, saya mudah tertarik dengan someone yang belajar/bekerja dalam bidang yang sama (tapi bukan di tempat yang sama). Ini namanya attraction separa sedar, sebab bila mempunyai background yang sama, saya senang untuk bercerita hal-hal yang boleh difahami oleh pihak kedua. Manakala attraction tanpa sedar, saya mudah tersuka pada mereka yang mempunyai maturity level yang sama atau lebih dari saya. Yang kurang matang ni aduhaiii, susah nak blend dalam bahasa diorang (padahal dulu pun kita pernah lalui fasa kurang matang huhu).

Dari segi opposite attraction, saya tak suka kalau si dia mempunyai minat yang sama dengan saya. Saya sangat kurang berminat pada lelaki yang sukakan kucing (walaupun saya sukakan kucing). Tapi bukan pula yang jenis sepak terajang kucing ye, yang spesis gitu baik sumbat dia masuk penjara. Mengganggu kesejahteraan masyarakat kucing je. Biarlah dia sekadar tengok-tengok, jeling-jeling, buat biasa2 je dengan kucing. Untuk peluk-peluk kucing, itu tugas saya hehe (memilih betul makcik ni, patutlah tak kahwin2 lagi haha).

In terms of friendship, saya mudah get long dengan mereka yang mempunyai minat yang sama. Ada mentioned dalam entri lepas. Biasanya kalau minat yang sama tu adalah minat teras, maka saya akan tutup mata saja akan segala perbezaan yang lain. Tapi bila minat teras tidak bersepadu, yang ni mungkin sekadar hari ni jumpa hi hi bye bye, esok pun hi hi bye bye saja dan begitu lah untuk hari-hari seterusnya.

Saturday, 16 February 2013

Untuk kenangan #2

Entah kenapa tiba-tiba sahaja terlebih rajin upload gambar di entri2 lepas, hehe. Memandangkan saya tidak punya akaun instagram, jadi abadikan saja lah gambar-gambar empunya diri dalam blog ini. Saje nak tambah warna sikit (walaupun tak banyak), dari menghadap putih dull yang sama kan. Tak banyak pun, dalam 4-5 entries saya update keping gambar. Untuk kenangan di hari muka.

Ingat lagi zaman muda remaja dulu, bukan main lagi aktif bergambar. Habis semua sudut di snap, habis semua keping nak upload dalam blog. Seronok juga masa adrenalin berfotografi tengah memuncak. Puas dan teruja. Tapi perangai saya dari dulu, saya kurang gemar berada dalam 'kotak lutsinar' empat segi itu. Selagi boleh elak, memang saya elak. Tambah-tambah kalau gambar dalam kelompok yang ramai, atau lebih dari satu. Kalau gambar seorang diri, layan saja. Bukan ada orang tengok, boleh ambil sesuka hati, hehe

Tuesday, 12 February 2013

Harapan dalam bayangan


Harapan saya umpama Great Wall of China, sukar untuk lebur apatah lagi ditumbangkan (kecuali dengan kekuasaan Tuhan). Jauh sangat perjalanan setiap harapan saya untuk sampai ke hujung. Kadang-kadang penat lelah sangat terasa, tapi enggan patah balik semula. Demi mengenangkan kaki yang telah jauh melangkah ....

PS-Saya semakin gilakan fakta sehinggakan tiada ruang saya allocate untuk cerita-cerita fantasi. Oh, saya maksudkan yang bertaip sahaja.
PPS-Setelah sekian lama, saya gagahkan diri juga untuk upload gambar hehe

Thursday, 7 February 2013

Dugaan akhir zaman

Setiap kali saya terserempak atau ternampak muslimah yang cover herself properly (by that means, baju labuh tudung labuh), terdetik di hati saya - bagaimana ye mereka boleh hadapi anasir-anasir jahiliyyah dalam zaman yang serba moden dan kurang identiti seorang mukmin, tapi mereka masih teguh pendirian dan tetap dengan perintah Tuhan? Dengan pelbagai jualan tudung yang makin fancy, baju terang bermanik-manik, kasut pelbagai design menawan, alat kosmetik yang berbalang-balang, dari kepala hingga ke kaki wanita diuji.

Kagum, walaupun kita tidak semestinya menilai dari luaran sahaja, tapi mereka yang memilih untuk kekal 'low-profile' dan tidak terpaut pada apa yang diagungkan wanita lain, ialah individu yang kuat pegangan hidup nya. 'Serangan' datang dari segenap penjuru, tapi mereka menolak mentah-mentah. Bukan calang-calang orang yang boleh memilih untuk percaya pada apa yang tidak nampak (akhirat) berbanding apa yang jelas tertera depan mata.

Tuesday, 5 February 2013

Menjadi dewasa

Seminggu dua ini terasa sungguh tidak cukup nafas. Pergi ke sana ke mari, buat itu buat ini. Memang banyak perkara yang perlu dilunaskan sebelum cuti CNY nanti. Sehingga kan misi 11-12-13 saya terbengkalai begitu saja semenjak seminggu yang lalu. Saya sendiri pun tak pasti mampu teruskan atau tidak. Kerana di hujung-hujung malam saya mudah penat dan mengantuk, sehingga kadang-kadang saya lupa apa yang berlaku sepanjang hari (akibat terlalu banyak perkara dilakukan dalam satu masa). Mungkin hold dulu untuk sementara waktu, atau mungkin terminate terus 'kontrak' tersebut. Kepada future spouse, mohon tahan telinga dengar saya bercerita kelak selain dari awak bakal 'dipaksa' baca apa yang saya tulis, hehe.

Sama juga nasib dengan tumblr. Saya mungkin akan bergerak secara silent reader sahaja di masa akan datang, walaupun memang sebelum ini baca senyap-senyap saja, tapi kali ni saya prefer sekadar simpan dalam starred items google reader saja. Takde reblog secara pukal seperti tiada esok hari. Kalau ada pun, mungkin ketika saya betul-betul lapang. Dah tua-tua ni rasa tak sesuai sangat menghadap aktiviti-aktiviti maya sebegini, saya serah pada generasi muda lah untuk memeriahkan suasana. Bila makin dewasa nanti awak sendiri akan faham betapa banyak tanggungjawab yang perlu digalas di dunia nyata.

Tapi AK dan TD ni saya sayang benar. Insha Allah akan cuba untuk tidak mengabaikan nya. At least dalam sebulan, ada lah 2-3 update.

PS-Senario dalam otak fikir saya terpaksa diubah 360 darjah. Sukar, perih. Kerana saya terlalu biasa dengan senario lama. Tapi apa boleh buat, takdir Allah mengatasi segala-galanya.

Hari Malas Bercakap Sedunia

Selain dari Hari wanita, Hari persahabatan, Hari belia, Hari ibu, Hari bapa, kita sepatutnya mewujudkan Hari Malas Bercakap Sedunia. Di mana pada satu hari ini, kita tidak perlu bercakap, mengeluarkan kata-kata, hanya communicate menggunakan bahasa isyarat. Di samping kita menyelami penderitaan mereka yang bisu sejak lahir, kita juga dapat mengelakkan dari berkata-kata yang tidak baik dan menyakitkan hati. Satu hari je cukup, mute persons pun rasanya happy bila kita cuba memahami bahasa mereka. Dan saya tentunya orang paling happy dalam dunia ketika hari tersebut benar-benar diwujudkan.

Friday, 1 February 2013

Garapan takdir yang sangat lucu

Sejak akhir-akhir ni saya mula tertanya-tanya what is happiness is all about. Sebab saya mula tercari-cari di manakah letaknya happiness tu. Di balik almari, di bawah kerusi, di dalam kotak, di belakang cermin, tak jumpa-jumpa. Yang saya jumpa hanya lah agony berpanjangan. Sehingga kan sesuatu berlaku yang mungkin sangat menggembirakan kebanyakan mereka, tetapi saya langsung tidak merasa apa. Lucu, mengenangkan takdir yang tidak putus-putus menampar muka. Kenapa saya tidak boleh menjadi yang normal, biasa-biasa sahaja? Penat, bila perlu berpura-pura menjadi normal. Entah di mana kesudahannya.

Eideitic painful memory

Ada satu istilah untuk mereka yang boleh ingat specific details of the events walaupun yang berlaku years ago ; eidetic memory / photographic memory. Maksudnya, dengan tarikh, masa, apa yang orang lain buat pun dia boleh ingat. Hebat, kagum. Mereka yang mempunyai IQ tinggi cenderung untuk memiliki kelebihan ni. Dan sebenarnya, ia boleh dilatih dan tidak semestinya tertakluk pada mereka yang asalnya bijak pandai sahaja.

Tapi saya bersyukur tidak dikurniakan 'talent' begini. Bayangkan otak kita penuh dengan semua memori-memori lama. Kalau ingat benda-benda manis saja tak apalah, tapi kalau ingat immature things yang pernah kita lakukan, tak ke rasa gloomy je? How awful our life could be? Mungkin kerana itu Allah cipta kita dengan sifat pelupa, supaya kita mudah lupa apa kesalahan yang orang lain lakukan, dan apa kebaikan yang pernah kita sumbangkan.

PS-Kebanyakan perkara memang telah lupus dari ingatan, tapi ada sesetengah yang saya masih ingat dengan sangat terperinci. Kebiasaanya, yang bukan manis-manis.

Monday, 28 January 2013

Ingatan sementara

Saya ada sedikit kesukaran mengingati rupa, tak pasti agak 'teruk' atau kondisi begini dikira biasa. Yang mana, telah banyak kali bila orang menegur atau senyum-senyum, dengan tiba-tiba macam ada satu thunder dalam kepala saya yang berbunyi 'have we met before?'. Senyum-senyum tu biasa lah, ramai yang kutip pahala dengan senyum sedekah. Tapi golongan yang menegur ni yang buat saya terpinga-pinga. Maka terjadi lah komunikasi satu hala sahaja, yang mana mereka tanya, saya jawab dan jawab. Kerana saya akan mula terkulat-kulat dengan persoalan samada 'err takpe ke kalau tanya sape dia' (selalunya soalan tersebut dibiar hanging saja).

Serius susah nak capture muka orang. At least, kena lebih 3 kali jumpa baru saya familiar sikit. Kalau banyak kali jumpa tapi saya tak tengok tepat ke muka dia pun saya boleh lupa details features muka dia. Tambah pula, saya jenis jalan menonong tak tengok orang. So, bila saya utarakan kenyataan 'sebelum ni tak pernah pun saya nampak akak', dan respon yang saya dapat 'yeke, akak selalu nampak nadia'. Pasrah sejenak.

Tapi kondisi saya ni tak lah severe sangat kalau dibandingkan dengan 'penyakit' hero drama Rich Man Poor Woman. Dia lagi dahsyat. 12 kali jumpa assistant sendiri pun boleh lupa muka dan nama. Harapnya saya tak sampai tahap begitu, haha.

PS-Muka saya ni kalau tak senyum akan nampak sombong nirrojim, lagi lah orang takut nak dekat (haha instinct saya selalu tepat).

Tuesday, 8 January 2013

Lamunan senja

Adalah sangat awful rasanya bila imaginasi gopoh mahu meneroka, meronda ke semua daerah, melancong riang ria ke sana ke mari, tapi akhirnya tersentak dari lamunan dan baru tersedar akan hakikat sekeping tiket yang masih tertinggal di kaunter.