Monday, 29 December 2014

Penyesalan berganda

  1. Ada 3 misi utama yang saya tanamkan sebelum pergi ke KL hari tu. Satu, selongkar kedai buku. Dua, beli roti. Dan tiga, cari macaroon. Dia punya mengidam ni dah lama, tapi tak sampai2 jugak rezeki nya. Cuma Alhamdulillah baru ni, sampai jugak hajat nak try rasa benda bulat ni. Okay persoalannya, kenapa rasa macam telan segumpal gula?
  2. Hajat nak beli roti yang beraneka bentuk yang paling tak kesampaian. Dah sampai ke kedai pun boleh patah keluar balik, samada sebab tengah kenyang atau sebab rasa akan singgah kedai roti lain atau sebab takde mood. Takde rezeki memang macam ni. Lagi kesian dekat mangsa banjir. Bersyukur diya!
  3. Seronok bila dapat menjejak masuk ke beberapa buah kedai buku. Tapi tak boleh meronda lama2. Setakat cari buku nota je nak buat khazanah baru (harap yang ni yang terakhir, please diya).
  4. Paling rasa ralat bila tersilap beli charger digital camera (yang entah sejak zaman bila tak berfungsi). Haihhh sengal apa entah silap bagitahu jenama camera. Langsung tak boleh guna jugak charger tu. Nasib camera tak mereput je.
  5. Umar dah selamat berlepas dan selamat sampai di sana. Katanya, lepas setahun lebih baru balik Malaysia. Saya pesan kata kalau saya kahwin, dia kena balik. Tapi masalahnya, awak tu bila nak kahwin nya?
  6. Air banjir dah makin surut slow2. Mujur yang rumah tok, air tak naik sampai atas. Takat dapur je sebab dapur level bawah. Cuma rumah sedara mara yang teruk keadaan rumah mereka. Tunggang terbalik habis segala barang perabot dalam rumah, penuh dengan lumpur. Kesian sungguh. Moga mereka tabah dan moga Allah ganti dengan lebih baik.

    Friday, 26 December 2014

    Kejadian banjir #2


    Alkisahnya, Nana yang tak dapat pergi KL terlibat sama dengan family mak sedara dalam misi menyelamatkan tok dan nenek di kampung. Alhamdulillah semuanya selamat, tok dan nenek setuju juga akhirnya untuk berpindah ke rumah kami. Kalau tengok keadaan siang tadi cuma kawasan dapur je masuk air sekarang ni. Tak pasti lah air akan naik lagi atau makin surut. Hanya Allah sahaja yang menyimpan mohor2 banjir besar begini.

    Gambar ni baru kat rumah tok, belum lagi banjir kawasan rumah sedara mara dan rakan2. Ada yang lagi teruk dan tak sempat nak selamatkan barang2 memandangkan air naik begitu cepat. Kita yang memandang dari jauh ni tak tahu nak tolong macam mana, doa je mampu sekarang ni. Lagi serba salah bila kawasan rumah kami je masih terkawal sebab kawasan tanah tinggi tak mudah naik air. Mak kata kalau air naik kat rumah jugak, kena pakat buat bahtera macam Nabi Nuh. Memang habis tenggelam seluruh Malaysia agaknya.

    Ujian atau bala?

    Adalah sangat menyakitkan bila kau hanya mampu melihat perkembangan keadaan banjir melalui tv tanpa menghulur sebarang bantuan. Ya Allah, kena pulak masa kami datang ke KL nak hantar Umar balik aussie. Sekarang tengah pakat risau dengan keadaan tok di KB sebab air makin naik. Dulu masa kecik2 tak pandai nak risau2, siap berenang-renang lagi dalam air banjir. Sekarang, dah fobia tengok air banjir mengenangkan ramai yang terkandas dalam banjir.

    Mulanya saya tak rasa kritikal sangat situasi banjir ni dan hopefully air cepat reda. Saya tak terfikir pulak hospital akan dilimpahi air juga, dan tentulah semua pesakit akan mengalami kesukaran untuk berpindah. Dengan pesakit icu, orang2 tua, bayi baru lahir sedang bertarung nyawa. Allahuakbar sungguh ujian Mu sangat besar pada kali ini ya Allah. Saya ada terfikir, apakah ini ujian atau bala?

    Maafkan kami ya Allah. Maafkan kami jika ada khilaf kami menimbulkan kemarahan Mu. Engkau lah tuan angin, tuan awan, tuan hujan, tuan langit dan tuan bumi yang sentiasa akur dengan kekuasaan Mu. Engkau tenangkanlah angin, awan, hujan, langit dan bumi tempat kami menumpang teduh ini. Dan Engkau tenangkanlah hati-hati kami menerima segala ketentuan Mu ya Allah....

    Monday, 22 December 2014

    Impian yang tidak hilang

     

    Dari permulaan episod lagi Misaeng telah menambat jiwa saya dengan ikat kemas. Sehingga lah ke hujung ceritanya, ikatan masih digenggam erat. Dan saya rasa ia akan kekal begitu untuk jangka masa yang lama. Mungkin kerana jalan ceritanya yang sangat dekat dengan kehidupan kita, kehidupan yang tiada lensa kamera, tiada skrip kata, kehidupan yang penuh dengan rengek tangis, sakit hampa, suka derita, jerit kecewa, dan sesal berpanjangan.

    Tiada hero, tiada heroin. Tiada hitam, tiada putih.
    Yang ada cuma kita-kita yang mencari titik bangun di setiap pagi,
    mengharap hari tidak lagi diarak mendung sepi.
    Mengharap hari kembali dibibit garis pelangi.

    Sunday, 21 December 2014

    Memilih untuk tidak menyimpan memori

    Lepas makan di luar bersama keluarga tadi, timbul cerita zaman kecik2 dulu masa dalam kereta on the way balik rumah. Mak timbulkan cerita Nana suka tidur dalam buaian, cerita Umar tersilap masuk tadika orang lain (which is sangat kelakar), dan cerita saya balik jalan kaki dari sekolah sampai rumah. Mulanya saya ingatkan cerita saya balik jalan kaki tu hanya berlaku ketika saya di sekolah menengah, rupanya masa sekolah rendah pun saya pernah balik jalan kaki sorang2!

    Ya Allah dahsyatnya ingatan saya sampai boleh lupa peristiwa bersejarah tu. Ayah cerita dari awal sampai habis pun saya macam terpinga-pinga tak boleh terima kenyataan. Lepas beberapa ketika, baru saya boleh retrieve sikit2 apa yang pernah terjadi dulu. Simpati betul saya dengan otak yang ada dalam kepala saya. Habis semua benda kena delete sebelum menginjak tua. Suka sangat buat sistem clearance. Entah berapa persen memori je yang tinggal untuk berdekad tahun akan datang. Jangan kosong terus sudah. 


    PS-Perangai suka jalan kaki ni memang bawak sampai ke tua agaknya. 

    Saturday, 20 December 2014

    Bukan perfectionist

    1. Saya rasa saya bukan perfectionist person (kot), tapi kalau bab buku tulis-tulis personal, saya langsung tak boleh kekalkan momentum hingga ke hujung muka. Mesti dan pasti berhenti juga separuh jalan dan mengada nak buka lembaran baru. Tolong sesiapa cubit saya bagi sedar diri sikit.
    2. Mungkin saya cenderung dengan sifat tak tetap pendirian. Mungkin sebab tu saya decide untuk tidak mempunyai akaun social network. Saya tahu lambat laun saya 'hilang' juga.
    3. Bila orang tanya saya ada facebook ke tak, dan saya jawab 'tak' mesti ada yang kata 'baiknya takde fb'. Saya macam tak boleh brain apa kaitan takde fb dengan 'baik'. Saya cuma rasa saya tak compatible dengan tempat banyak mata memandang. Takde fb dan sifat seseorang itu tidak lah bertindak balas secara langsung. Ramai je orang baik ada fb. 
    4. Atau mungkin saya jenis tak suka berhadapan dengan masa lalu?
    5. Kadang-kadang terasa bizarre sangat bila teringat satu-satu fasa kehidupan yang lepas. Rasa macam mimpi. Betul ke aku pernah lalui semua tu? Ke dejavu? Start dari usia 25 ke bawah, saya dah tak boleh proses sesetengah memori yang terlintas. 
    6. Ada ketika saya berharap memori yang terlintas tu hanya mimpi semata-mata. 
    7. Jadi, masih taknak mengaku 'perfectionist'?

    Wednesday, 17 December 2014

    Kejadian banjir

    Hujan turun mencurah-curah dari awal pagi sampai sekarang tak henti-henti. Kemuncak musim tengkujuh agaknya ni. Seingat saya, selama tinggal hampir 20 tahun kat sini, belum pernah lagi berhadapan dengan situasi banjir. Kalau hujan lebat pun, tak cepat naik air sangat sebab kawasan tinggi. Tapi kali ni, selang beberapa jam je tetiba naik air paras betis. Habis segenap jalan kena tutup, sampai kuliah esok pun diarahkan untuk tangguh.

    Macam ajaib pun ada. Awan boleh menghasilkan kandungan air begitu banyak, dalam masa yang singkat. Agak-agak berapa banyak rahmat Tuhan yang sedang terjun bersama?

    Sunday, 14 December 2014

    Masih terpinga-pinga

    Dengan perkara yang melibatkan majlis-pagi-tadi-demi-melihatkan-ramai-bergaya-sakan. Jatuh rahang tengok dressing masing-masing. Bila masa pulak diberitahu tema arabian ni? Duh. Kalau tahu pun, macam aku kisah. Cukup dengan pagi-pagi kena brainstorm nak pilih baju mana untuk dipakai. Dan perkara yang melibatkan niat suci murni seorang kakak yang menghadiahkan kepada saya tudung bawal ruffle. Punya la ditahan nafsu untuk tidak terlalu terpesona dengan jenis tudung baru, akhirnya Allah bagi jalan 'penyelesaian' sebegini pula. Terima kasih ye.

    Monday, 1 December 2014

    Soalan tergantung

    Masa dalam kereta dengan adik beradik, tiba2 timbul isu 'siapa yang saya suka'. Naim macam biasa, mula membangkitkan soalan 'bernas' pura-pura menjadi seorang adik lelaki sulung yang (kononnya) rasa bertanggungjawab terhadap kakak sulung yang perasan jual mahal (?).

    Antara soalan common dia yang entah repeat berapa kali ; saya nakkan lelaki yang macam mana. Saya jawab simple pun tak puas hati jugak dia ; yang saya SUKA sebab saya SUSAH untuk jatuh suka. Nana menyampuk kata saya tak pernah cerita saya suka siapa2. Motif apa nak cerita kalau saya bukan betul2 suka. Membazir air liur jeh.

    Dengan isu hensem tak hensem nya, kaya tak kaya nya. Pernah sekali bila cerita ada yang datang merisik, soalan pertama si Naim bukan cukup solat ke apa boleh pulak tanya 'hensem ke tak?'. Amboih, memilih pulak kau ni. Dan pernah juga hasut saya pilih yang kerja biasa2 je, boleh queen control katanya. Sengal kuasa dua budak ni. Siapa nak kahwin siapa ni?

    Last2 memang saya biar hanging je soalan2 dia. Malas layan.

    Thursday, 27 November 2014

    Upacara baling topi #2

    Esok pagi-pagi lagi menapak ke airport demi si Nana yang berkonvo siap pergi rehearsal bagai budak ni. Saya dulu takde perasaan pun nak berkonvo apatah lagi nak pergi rehearsal. Masa degree je paksa diri naik pentas, master lagi lah dengan scroll pun tak ambil2 lagi. Dah mereput agaknya benda alah tu haha.

    Mungkin pemikiran saya kuno sikit kot, tak value sangat upacara meraikan sesuatu ni. Saya tahu pencapaian kita, usaha penat lelah kita at least kita hargai untuk kenang sampai bila2. Entah lah. Mungkin jugak saya tak boleh terima hakikat kena beratur panjang tunggu giliran nombor ke 123 dan terpaksa menunggu giliran beratus manusia yang lain pulak. Erhhh tak kuasa.

    Tapi kalau bukan konvo saya, excited pulak saya ni. Macam konvo Umar dulu, saya masuk dewan dengan Mak (Ayah tak dapat pergi atas urusan kerja). Gigih tangan ni ha pegang kamera rakam video dari Umar melangkah masuk dewan sampai dia pegang scroll. Kalau konvo Naim yang hari tu dan konvo Nana yang akan datang ni pun boleh masuk jugak, saya rakam video dari awal sampai habis. Heh. Over pulak kakak kau ni dik.


    PS-Ali dah habis exam SPM tapi macam takde riak-riak kegembiraan pulak budak ni.
    PPS-Minggu depan dah masuk semester baru, minggu ni dah terasa bahang kesibukan.

    Wednesday, 26 November 2014

    Pencarian happiness

    Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful. - Albert Schweitzer

    Saya takkan bagi standing ovation dekat orang yang berjaya dalam field yang dia suka, dalam area yang dia minat. Dah benda yang kita suka ni, muntah 20 kali pun sanggup hadap lagi. Bagi lah apa rintangan sekali pun, selagi base dia kuat dia kental kan jugak. Cuba kalau kena buat benda yang opposite dengan passion, personality. Lagi parah buat benda yang paling tak suka. Takut kang sekali tornado melanda, habis berterbangan segala organ. Agak-agak sanggup ke muntah darah berpuluh kali?

    Kita ni, akan sampai satu masa kita akan berhenti mencari 'happiness'. Bukan sebab kita taknak happy, tapi sebab kita dah tak tahu apa makna 'happy' yang sebenarnya. Bukan ada tag nama 'happy' pun dekat bahu jalan, tepi kolam, dalam hutan. Kalau ada merata-rata, gigih jugak la kutip letak dalam balang. Boleh gantung kat leher kalau rasa-rasa nak bertukar jadi teletubbies.

    Tapi, mungkin sampai satu masa kita akan realize ; 'happiness' yang sebenar, tak suka menetap di tempat yang dia tahu akan hancur jugak nanti. Buat apa melekat dekat tubuh manusia yang akan mereput lambat laun. Lain lah kalau mati syahid. Bukan setakat diri sendiri dapat anugerah 'happiness', boleh kalung dekat orang lain pulak tu.

    Emm. Kalau je lah.

    Monday, 17 November 2014

    Berpijak bumi nyata

    Bila makin bertambah kedut (?)  di muka, makin berkurang bilangan impian yang reliable dan masuk akal. Dari 50+ pada tahun 2011, turun 40+ tahun 2012, turun lagi 30+ pada tahun lepas. Sekarang dah tak sampai 20 pun impian yang layak masuk kategori impian berpijak bumi nyata. Lebih separuh kena cut down dan saya sendiri pun rasa apa-masalah-otak-aku-dulu-ni-berangan-bukan-bukan.


    Mungkin akan sampai satu masa dalam hidup kita yang kita bukan lagi mengharapkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan bahagia.

    Tolong kembalikan adikku

    So, Umar dah selamat sampai rumah semalam walaupun kedengaran cerita kurang selamat masa departure dari KL masalah enjin apa entah sampai kena U-turn balik itu flight. Delay dekat dua jam jugak, jadi malas nak tunggu dekat airport. Tunggu kat rumah tok je lah. Sesampai je dia, terus bising pung pang sana pung pang sini. Dah lain sangat appearance budak ni, culture shock ke apa. Macam tak boleh terima hakikat pulak dia dah hampir menyerupai Ali. Dari mr. hulk dah jadi mr. sekeping. Dengan rambut terjurai pulak tu, Nana bising suruh potong. Aduhai, takde dah la Umar yang bangun (lewat) pagi dengan kain pelikat tak berbaju. Motif apa entah penyegan sangat nak tunjuk perut baru dia tu.

    PS-Naim pulak berhijrah ke KL. Kebetulan masa dia kena lapor diri tu sehari sebelum  Umar balik. Bergilir pulak diorang ni. Yang ni balik, yang tu pergi. Yang ni pergi, yang tu pun pergi. Haihh saya kena sedar diri yang masing-masing telah dewasa.

    Thursday, 6 November 2014

    Cerita kegagalan

    Pada pengamatan saya, kebanyakan orang berpangkat / bertitle yang bersifat sangat humble and well-mannered ialah dari kalangan mereka yang pernah mengalami kegagalan. Bukan kegagalan biasa tak dapat top five pertandingan bercerita ke apa, tapi kegagalan tahap rasa nak terjun bangunan.  Orang yang begini sering saya dengar cerita kegagalan yang dahsyat. Yang kadang2 tu tak sangka pun disebalik exterior yang gah, terselit cerita penuh bah. Tapi kerana kegagalan yang dahsyat itu lah yang membentuk mereka yang sekarang. Sebab tu mereka lebih considerate towards other people. Dan mereka ni tak perlu disuruh-suruh pandang tinggi pun, kita dengan sendirinya terasa nak tabik dua tangan dekat dia.

    Pada saya, saya nampak hebat nya ilmu seseorang tu bukan berdasarkan certificates or title, tapi pada akhlak. Sebab akhlak yang membantu timbangan kita kelak.

    Monday, 3 November 2014

    Perubahan dari masa silam

    Saya ingin bercerita tentang cerita kita.
    Cerita saya, awak dan mereka.
    Cerita yang kita lupa bila bertambahnya usia masa. 


    Seringkali saya menyedari di mana saya suatu ketika dahulu adalah tinggal nya di celah ranting kayu, memeluk tanah. Tetapi kerana hambatan masa, saya tidak sedar yang saya menginjak memaut akar, memeluk dahan. Saya tertanya-tanya setiap kali saya menoleh ke bawah, tempat saya berpasak di sebelum ini. Saya tertanya-tanya, kenapa saya meringkuk di bawah sedangkan di dahan lebih memesona. Sekali lagi kerana hambatan waktu, saya beralih memesok pada urat daun. Ahh, hebat juga di sini. Memberi 'nyawa' pada manusia.

    Mungkin ini namanya kesinambungan hidup kita. Kalau duduknya kita di celah ranting kayu, bukan bermakna kita selamanya tinggal dengan hanya mendongak memandang awan. Adakala, ada angin meniupkan dengan rela mahupun paksaan. Mereka yang ditiupkan dengan paksaan itu tidak akan sedar selagi ia tidak menoleh ke bawah. Saya melihat ke bawah beberapa kali, beberapa hari lalu. Saya tahu ada senyum sinis dari daun, dahan dan akar pada ranting kayu. Beberapa kali. Tetapi ranting kayu masih juga tersenyum manis pada mereka. Ahh, kalaulah ranting kayu buka cerita tabir mereka, pasti mereka tunduk menyembah di hujung nyawa. Cuma ranting kayu sifatnya rapuh, dia tidak pernah menyalahkan mereka. Biarpun adakala berkali-kali disalahkan.

    Berapa ramai dari kita yang menyalahkan kisah silam?
    Dan berapa ramai sebenarnya yang benar-benar memaafkan?

    Saya ingin bercerita tentang cerita kita.
    Cerita saya, awak dan mereka.
    Cerita yang kita lupa bila berhentinya usia masa.

    Sunday, 26 October 2014

    Bagai langit ketujuh

    Baru tengok ep 4, saya dah tak sabar nak tunggu Umar balik. Tak sabar bukan sebab dah lama tak jumpa, tapi sebab nak paksa dia tengok Misaeng. Saya tahu deep person akan value setiap scenes dalam Misaeng (perasan deep ke apa aku nih?).

    Kenapa Misaeng bagai langit ketujuh dan kerak bumi dengan Kdrama lain?
    1. Sebab watak utama bukan anak CEO / CEO
    2. Sebab watak utama bukan anak CEO / CEO
    3. Sebab watak utama bukan anak CEO / CEO


    Saya admire orang yang berusaha keras sehingga ke tahap dia merasakan dia tidak pernah cukup berpenat lelah. 

    Saturday, 25 October 2014

    Tiga watak sempurna

    Ada tiga watak sempurna (di mata saya) yang saya 'jumpa' dalam movie atau drama.
    1. Phunsukh Gwandu (3 Idiots) - Tahap deep dia ni boleh berkoyan air mata dibuatnya. Manusia rare macam dia payah dah nak jumpa. Err wujud ke?
    2. 1900 (The Legend of 1900) - Watak 1900 (yes nama dia memang 1900) secara halus nya banyak resemble diri saya. Saya bagai terkena panahan, di setiap scene 1900.
    3. Jang Geu Rae (Misaeng) - Saya harap bakal pasangan dan anak memiliki ketekunan dan keazaman yang tinggi seperti beliau. 
    Ketiga-tiga mereka mempunyai definisi sempurna yang berbeza. Yang pertama sempurna dari segi cahaya putih, yang kedua dari segi cahaya suram dan yang ketiga adalah gabungan putih dan suram. Perfect.


    PS-Salam Maal Hijrah ye awak yang tengah baca ni ;)
    PPS-Hijrah tahun baru ni, saya mahu kurangkan fikir-fikir. Benda Allah dah maktub, bukan kita ada kuasa nak ubah dengan fikir-fikir pun kan. Buat senak otak je. 

    Thursday, 16 October 2014

    Untuk bertahun-tahun akan datang

    Insha Allah,

    jika diizin oleh Nya, saya akan kekal di sini. Sehingga suatu masa yang tidak dapat dipatah-patah, sehingga suatu masa saya lupa bagaimana menulis kata patah, sehingga suatu masa ditakdirkan dengan mati yang mematah-matah.

    Saya tahu saya bukan lagi mengejar mata-mata untuk membaca kata buta. Yang adakala tidak saksama pada jiwa yang gelita. Untuk apa gerangan itu semua? Jika akhirnya kita membawa secebis guna yang tinggal di sebalik cela.

    Dan moga Allah redha,
    dengan sifir kata kita.

    Thursday, 9 October 2014

    Bermula misi baru

    Kenapa dari dulu lagi saya tak terfikir nak buat benda alah ni?

    Kalau tak, dah lama saya 'kaya raya', haha! Dulu tercari-cari jugak apa sebenarnya hobi saya selepas zaman hobi mengumpul setem (walaupun tak nampak apa ke motif hobi sebegini tapi nostalgia masih menerjah setiap kali membelek buku setem). Saya assume hobi saya menulis. Menulis di blog, nak panjang sikit jawapan. Tapi sebenarnya menulis bukan technically hobi.  Menulis ni dah jadi satu kewajipan bagi saya.

    Ada jugak terdetik kenapa orang sanggup belanja gila-gila untuk hobi extreme dia. Sampai ribu riban kos untuk hobi dia saja. Kalau boleh dapat pulangan balik takpe lah jugak. Ini tak, duit mengalir begitu saja. Sebenarnya, istilah hobi ni patut diberi maksud 'sesuatu yang kita tak kisah langsung berapa banyak duit telah dibelanja, yang penting terasa kepulan awan di sekeliling'.

    Yup, saya baru terasa kepulan awan tersebut.


    Misi baru saya tidak memerlukan belanja yang besar tapi tahap kekhusyukan dia kalau bunyi bom depan rumah pun boleh membatu jugak kat situ.

    Sunday, 5 October 2014

    Update raya aidiladha pulak

    Jarang sebenarnya kami buat open house masa hari raya haji. Biasa buat masa hari raya puasa je. Cuma untuk raya haji tak open sangat lah, setakat sedara mara sahaja yang terlibat. Dan ada buat barbeque sikit. Naim yang over nak buat barbeque setiap kali pun. Dia kalau bagi mengadap bara api sampai berjam-jam pun sanggup. Saya mengadap dua-tiga minit pun lemas, kadang terasa bahang sampai ke muka. Ehem, baru api dunia ye cik kak.

    Kena pulak blackout tengah2 duk buat persiapan. Nasib tak lama, dalam sejam lebih je. Tapi lemas jugak la takde letrik masa tengah bersilat kat dapur. Dalam pukul 5 dah settle semua terhidang atas meja, cuma tinggal bahan-bahan makanan untuk dibakar. Hampir semua pakat datang serentak pukul 6. Meriah pulak terasa macam raya puasa. Dan alhamdulillah masa diorang datang, hujan tak selebat petang sebelum2 ni, takat rintik-rintik air bergelora je. Cuma bila dah terlebih nyaman, mula la makan tak ingat planet Bumi.
     
    PS-Kesian Umar, teguk air liur je lah tengok gambar kitorang berbabeque. Kalau sebelum2 ni, dia co-partner Naim dalam bab bakar membakar nih. Ayah pujuk dia, kata nanti Umar balik kita buat barbeque dua kali ganda. Dan pastikan Umar naik berat dua kali ganda jugak!

    Saturday, 27 September 2014

    Degil tak sudah

    Bila saya mula-mula terbaca ciri-ciri otak kanan, otak kiri, saya macam confuse seorang diri. Ada jugak tanya-tanya dalam diri, betul ke benda alah ni. Sebab saya tak boleh decide saya to the right ke to the left, langsung tak nampak jawapan. Jadi, saya abaikan jelah. Lama-lama kalau saya terserempak dengan mitos otak kanan-kiri ni, saya lantak kan je. Tuhan dah bagi otak kedua-dua belah, patutnya syukur tahap langit ketujuh.

    Cuma masa kursus motivator Andy Lau baru-baru ni, saya dapat pencerahan jawapan. Dia ada tunjuk satu gambar. Gambar tengkorak yang digabungkan dengan gambar seorang perempuan tengah pandang cermin. Lepas tu, dia tanya siapa yang nampak gambar tengkorak dulu? Saya mengada angkat tangan, walaupun on the dot saya 'eh apesal ada gambar perempuan jugak?'. Dia kata siapa yang nampak gambar tengkorak dulu, dia lebih menggunakan otak kanan manakala yang nampak gambar perempuan dulu, lebih kepada otak kiri. Kalau nampak dua-dua sekaligus dikira sebagai gifted person.

    Gifted? Please jangan sesekali mintak untuk ada kedua-dua nya sekali. Anda tidak tahu apa yang sentiasa bergelumang dalam kepala yang dua-dua side asyik nak menang, taknak kalah. Dia punya pertelingkahan tu tahap perang dunia ketiga yang tak boleh didamaikan. Kalau nak ajak duduk semeja minum kopi, mahunya ditengking nya kita balik. Horror okay, horror!


    So yeah, benda ni saja nak reveal betapa kedua-dua nya degil sampai ke sudah. Tepat pada angka 50/100 ye. Tak lebih tak kurang. Dan 'harmony' yang dimaksudkan tu hanya lah lakonan semata-mata.


    PS-Benda ni kira satu jawapan jugak pada segala split personality yang saya encountered sebelum ni. Puas hati Diya?

    Cita-cita yang ditelan zaman

    Kebanyakan kita masa sekolah dulu mesti pernah tulis autograph acah-acah. Konon feeling artis, ada orang mintak autograph. Maklumat asas yang kita tulis ; nama, alamat, hobi, cita-cita, nombor phone. Maklumat sampingan lain pula ialah makanan / minuman / warna kegemaran. Yang saya nak highlight hanya point cita-cita. Kalau tak silap, masa sekolah rendah saya banyak tulis cita-cita ialah guru di mana bukan kerana saya berminat untuk menjadi guru atau pun saya ada meminati mana-mana guru. Nehi sama sekali (tapi ada lah pernah crush sebelah jari dekat sorang cikgu kacak darjah enam hahaha).

    Guru dan cita-cita memang tak dapat dipisahkan, default cita-cita agaknya. Asal tulis biodata je, kena tulis cita-cita guru. Saya rasa mungkin sebab belum didedahkan dengan dunia luar, dan hari-hari kau menghadap guru jadi kau cuma nampak perkerjaan atas dunia ni hanya lah guru. Kadang nak nampak fancy sikit saya tukar ke dokter walaupun tengok darah pun boleh pitam. Tapi nampaknya, bukan sahaja apa yang kita cakap adalah doa, apa yang kita tulis boleh jadi doa jugak! Kalau boleh naik mesin masa, saya paksa dia tulis cita-cita sebagai peraga kucing ke, penternak arnab ke, pencuci kandang panda ke. Baru lah rare!

    Bila masuk sekolah menengah, saya beralih arah. Konon nak jadi bomba / polis pulak. Ini akibat dari banyak menonton Gerak Khas ye. Dan bila dah masuk matrik, tiba-tiba tune cita-cita jauh tersasar. Ini bukan akibat skrin layar lagi dah, ini pengaruh rakan sebaya. Dia punya passion nak jadi pilot tu sampai tempias berbaldi-baldi ke kita jugak. Presentation dia sorang je saya ingat sampai bila-bila. Saya rasa orang lain tak ambil port pun masa dia present dengan model kapal terbang siap kertas mahjong, saya sorang je melopong tengok dari awal sampai habis. Dahsyat tak dahsyat penangan dia. Masa tu baru saya terdetik nak ikut jejak langkah passion dia. Amusing rupanya bidang aircraft ni. Tapi awal-awal lagi terpaksa semadikan cita-cita tersebut sebab syarat utama dia ialah mempunyai ketinggian melebihi 163cm. Terkubur impian ku di pusara harapan (amboiii overrr).


    PS-Orang kata minat boleh dipupuk, hari ni tak suka, esok lusa mungkin akan suka. Eh, nak muntah boleh tak? Cuba kalau kau minat gila dengan jam dinding tetiba orang paksa kau tanam kecintaan pada almari. Agak-agak rasa nak lempang tak?  

    Sunday, 21 September 2014

    The reflection of my blog

    Kononnya nak habiskan menanda masa melanguk dalam kursus, alih-alih melanguk tengok penceramah je dari pagi ke petang. Setakat tanda objektif je masa rehat. Kuat jugak penangan penceramah kali ni. Saya takkan sebut nama dia kat sini lah, mana tahu ada yang search nama dia (ehem, aku la tu) tetiba tersesat ke sini satu hal pulak nanti. He's quite famous jugak ye, nama pun distinctive. Sekali search, bammm berderet page mentioned nama dia. Rasanya ni 1st time kot saya search nama penceramah, sebelum ni attend mana2 ceramah tak pernah pulak terbuka hati naluri ni nak tahu lebih tentang mereka. Mungkin sebab dia lain sikit kot.

    Dia kira motivator kedua yang buat saya 'oh my God apa yang dia telah meracuni pemikiran ku ini sampai terasa nak selam diri dalam kapal selam (?)'. Yang pertama, penceramah masa kursus KAP tahun lepas. Slot petang dia rapat ke maghrib, saya boleh terbuntang mata sampai habis dan rasa macam taknak bagi dia stop bercakap. She's not a Malay and she's a non muslim, tapi impak aura dia sampai ke hari ni boleh terasa. Saya tak ingat semua yang dia cakap masa hari kejadian tu, tapi dia punya kesan penyampaian tu buat saya fikir totally on different perspectives. Orang memang takkan ingat apa kita cakap / buat kat dia, tapi orang akan sentiasa ingat bila kita boleh sentuh hati dan pemikiran mereka dengan kata2 / perbuatan kita.

    The same goes with my second motivator idol. Tapi dia on a different level sikit, sebab dia sentuh bab-bab agama dan diselit tazkirah sikit-sikit eventhough macam tak percaya je bila tengok muka dia yang ala-ala pelakon hong kong tu. Hahhh baru perasan! Muka dia ada iras Andy Lau! Boleh imagine tak muka yang macam Andy Lau tu bagi tazkirah sampai menitik air mata macho ku ini? Penat nak tahan hoiii! Tertitik jugak setitis dua haa. Hopefully kawan sebelah menyebelah tak perasan haha.

    Satu nya yang awesome pasal dia ni ialah dia seolah-olah satu visual yang reflect almost 80% dari konsep yang saya guna dalam gabungan blog saya pernah ada. Dia macam the male version of my blogs! Terkebil-kebil sejenak bila dia guna vocab yang saya biasa guna dalam blog. Dia baca blog aku ke? Hahaha berangan sangat! Kagum pun ada. Selama ni kita duk pung pang pung pang dalam blog konon dah terrorist, padahal ada yang boleh pung pang pung pang secara verbal dengan sempoi dan slumber pakej dengan muka pelakon hong kong pulak tu. Tabik ah.

    Saya memang ada keinginan nak voice out kebanyakan yang ditulis. Slumber party gitu kan. Tapi apakan daya, diriku hanya lah pacal yang hina (?). Untuk blog sekarang ni saya kira saya tone down dah sikit banding muda remaja dulu konon aku extrovert sangat kat luar, padahal hadooo. Terkatik-katik macam ayam serama tercekik tulang ye adik kakak sekalian. Dengan family yes bising tung tang tung tang sampai adik suruh diam, dengan manusia lain terus kesopanan dan kesusilaan *muntah.

    Saturday, 20 September 2014

    Ingin terbang

    Bila dah habis semester ni, mula la saya tak senang duduk. Kejap terasa nak pergi sana, kejap terasa nak pergi sinu. Tapi masalahnya, saya tak suka tengok angka dalam akaun berkurangan. Ada tak penerbangan yang tak memerlukan sebarang belanja? Kalau tempah online flight ticket nak pergi Beijing sekalipun, akaun saya fix dengan angka yang sama. Ada ke? Berangan nya la haiiii!

    Saya ada satu impian kononnya nak travel alone. Dari sebelum kerja lagi berangan, bila dah pegang duit sendiri ni lagi la tinggi angan-angan. Tapi macam tak yakin je nak pergi tempat asing sorang-sorang. Lagipun pergi travel ni lagi happening bila dengan family. Dengan kawan-kawan, saya tak prefer sangat. Walau ada yang dah kenal lama, saya masih lagi tak selesa kalau travel dengan mereka. Bukan mereka tak okay, cuma perangai saya ni susah nak biasakan diri dengan manusia sejagat. Control je banyak. Kalau diorang dengar saya mengilai, mahunya putus kawan. 

    Okay, berbalik pada isu ingin terbang. Ikutkan hati saya nak travel bawa satu family setiap kali pun. Tapi setakat dalam Malaysia mampu lagi lah, kalau luar negara tu habis hancur lah simpanan ku. Lepas tu ada terfikir yang Umar tak join sekali masa pergi Sarawak baru ni. Ingat nak belanja cuti-cuti untuk dia masa dia balik bulan 11 nanti. Ada tanya dia nak pergi jalan mana-mana ke, boleh je dia jawab pergi mana-mana pun tak kisah asalkan boleh makan sedap-sedap. Budak ni kempunan nak makan nasi agaknya. Balik nanti entah-entah naik balik berat dia yang asal. Jaga lah nanti saya sumbat dengan masakan itu ini (kononnya).


    PS-Bila habis semester walaupun banyak lagi kerja tak beres, otak saya macam senang lenang sikit. Jadi rajin nak memasak. Masa tengah serabut, jangan harap nak sentuh kuali. Macam mana nak kahwin ni? Haha.

    Friday, 19 September 2014

    Memori yang terhakis

    "They don’t have amnesia. They are just missing the details." - Source
    Saya tak ingat bila saya 'sedar' yang saya mula kurang menyimpan memori. Mungkin tahun lepas? Atau dua tahun lepas? Atau bertahun-tahun yang lepas? Tapi makin lama makin saya faham kenapa otak saya tidak diasuh dengan penyimpanan memori. Sebab nya, saya rasa saya orang paling susah nak 'move on'. Spesifikasi nya pada sesuatu yang mencalarkan hati dan perasaan. Perempuan  memang macam ni kot? Saya mungkin memaafkan, cuma untuk melupakan tu agak mustahil. Bila dah 'fokus' sangat dengan benda calar-balar-cili-bulu (?) ni, jadi benda sampingan tu terus masuk dalam recycle bin. Tak ambil masa lama pun nak kosongkan dia. Selang dua-tiga hari sekali saya akan buat operasi.

    Pernah juga suatu ketika, ada yang muncul dari zaman purba kala tiba-tiba menegur dan saya pun terkulat-kulat untuk membalas teguran kerana sesungguhnya saya langsung tak boleh recall siapa anda, ketahui lah bahawa anda hanyalah watak sampingan dalam hidup saya. Even manusia zaman terkini pun ada sesetengah yang saya tak ingat siapa / jumpa bagaimana / nama apatah lagi, tapi saya pura-pura mengenali dia dan menjawab perbualan seperti manusia normal. Jadi, maafkan lah saya yang suka kosongkan recycle bin.


    PS-Layout baru kononnya ni. Dari dulu lagi, saya dan 'penyakit' main-acah-acah-tukar-layout-blog tidak dapat dipisahkan.

    Wednesday, 17 September 2014

    Untuk tiap-tiap hamba itu,

    Saya baru tersedar akan satu hakikat yang teramat lah indah nilainya untuk manusia yang mengaku dirinya sebagai hamba. Saya emphasize hamba di sini ye, kalau yang rasa diri dia tu sekadar manusia sahaja, tak perlu teruskan pembacaan ke ayat seterusnya. Buang masa.
    1. Okay, soalan pertama. Anda hidup kerana apa? Kita automatically akan jawab 'Allah'. 
    2. Terus dengan soalan kedua.  Anda kerja / belajar kerana apa? Yes, Allah again. 
    3. Dan soalan ketiga. Anda agak-agak kerja / belajar anda tu berkat ke tak? Soalan menikam ni ye. Kalau tak rasa menikam tu, alhamdulillah syukur pada Nya, anda termasuk golongan yang berada di jalan yang lurus. Soalan ketiga ni sesuai untuk hamba-hamba yang berada pada jalan yang kurang lurus, macam saya. 
    4. Sambung soalan keempat. Anda agak-agak boleh measure tak berkat tu? Dengan calculator ke, pembaris ke, alat penimbang ke, please ada yang boleh measure? Soalan sengaja cari pasal namanya ni.
    5. Yang terakhir. Anda agak-agak boleh 'dibeli' tak keberkatan tu? Ye, boleh! Kenapa? Jawapannya ada pada soalan nombor satu.
    Saya sebenarnya kagum dengan insan-insan yang diuji dengan situasi di mana mereka perlu melakukan sesuatu LEBIH dari apa yang sepatutnya. LEBIH yang sampai tahap kita rasa kesian dan tak sampai hati. Untung sebenarnya mereka ni, sebab mungkin sampai satu tahap tu, Allah nak 'beli' berkat yang ada pada LEBIH mereka lakukan. Gila apa nak tolak offer jual-beli dari Yang Maha Awesome?

    ---

    Wahai Nahdiya, kau hidup dah lebih dua dekad baru rasa nak hantuk kepala ke tingkap jendela?

    Tuesday, 16 September 2014

    Sungguh, janji Allah itu pasti

    Ya Allah,

    maafkan aku, maafkan aku kerana merangkai sangsi akan ketentuan Mu yang telah pasti. Tidak cukup dengan itu, seakannya pernah aku memohon di fast-forward perancangan agung Engkau. Maafkan aku ya Allah. Engkau buat lah Ya Allah, Engkau buat lah apa sahaja.

    Bak kata Umar, Allah terlalu awesome untuk difikirkan kenapa jangka masa di musim winter adalah berlainan dengan musim summer. Terlalu awesome!

    Sunday, 14 September 2014

    Random thoughts

    • Teringin nak scroll down balik cerita2 lama yang ditulis dengan jujur dan ikhlas serta penuh gambar berwarna tapi satu hal pulak nak create blog lain dan import bagai. Kadang rasa nak baca, kadang rasa nak lempang bila baca. Tu yang simpan dalam khazanah folder saja lah.
    • Semester dah nak habis, saya sepatutnya rasa teramat lega seperti sebelum-sebelum ini. Ya, saya lega tapi rasa sedikit pelik. Pelik kenapa masa berjalan dengan begitu laju sehingga tidak tercapai juga impian cinderella saya? 
    • Skype dengan Umar semalam. Dah macam M Nasir kau. Terkezut daku tengok, dengan rambut panjang nya, dengan jambangnya. Agak kacak di situ, macam kakak dia. Haha.
    • Umar masih sengal okay. Sebelum ni macam tak boleh imagine dia melawak dengan struktur badan sekarang. Tapi bila nampak depan mata dia melawak tak boleh blah, saya beryakin bahawa dia masih lagi Umar yang sama.
    •  Ada setengah yang cun / kacak ni tak semestinya attractive. Kacak tapi tak attractive ni macam something wrong somewhere. Muka dah good-good, tapi apesal personaliti macam kertas kosong? Plain gila. Terus hilang kekacakan anda.
    • Keywords di sini ialah, tapi dan rasa.

    Friday, 29 August 2014

    Cerita 2 hari 1 malam

    1. Sesampai sana, tak sangka pulak dapat bilik tingkat atas. Dulu dapat yang bawah. Duduk tingkat atas, melodi dia lebih sikit. Tapi kesian dekat mak ayah naik turun tangga pulak, nak tukar bilik bawah, semua dah penuh. 
    2. Lepas Naim, Syahid dan Nana sampai, terus pergi dinner. Sambil-sambil makan, sambil-sambil bercerita, sambil-sambil melawak.  Melawak pulak meleret-leret, sorang mula, sorang tambah, sorang improvised. Gelak tak cover dah. Belum tambah Umar lagi, kalau dia melawak, boleh sampai tahap guling-guling atas lantai.
    3. Tapi tak boleh imagine dia melawak dengan struktur badan dia yang sekarang. Dia turun berat lebih 20kg semenjak-menjak study oversea. Jauh beza dengan dia yang dulu hoiii.
    4. Baru perasan, bila pergi bercuti, kitorang jadi terlebih kreatif bila melawak. Jadi betul lah fakta yang saya baca. Traveling might boost your creativity!
    5. Lepas dinner, mengadap TV sebelum tidur. Kena pulak rancangan Semanis Kurma yang bertajuk 'Cerewet memilih jodoh'. Saje nak perli aku ke apa ni? 
    6. Tetamu undangan dia Neelofa. Nana keluarkan topik Neelofa dengan kerabat diraja. Eh, mula-mula tahu pasal gosip ni, I was like 'Seriously? Neelofa?'. Kalau dengan kerabat diraja lain tu lantak lah kan, kalau dengan Sultan Kelantan, sampai tujuh keturunan pun saya tak percaya. Ayah pun against dan tak percaya. Nana buat-buat sengal, boleh pulak tanya kenapa tak percaya. Dan Ali tamatkan perdebatan kami dengan satu statement yang menikam 'Alaa kakak dengki la tu'. 
    7. Mak saya yang lebih-lebih nak dengar rancangan tu. Sibuk suruh saya dengar sekali. Okay la fine, tadah jugak telinga ni. 
    8. Dalam pada tadah tu, dapat lah 1 point penting yang Ustaz Ustazah beritahu. Tanda-tanda jodoh lepas istikharah. Pertama, ketenangan hati. Awal-awal lagi dah kena pangkah ni. Sebab selalunya lepas istikharah, saya serabut tak tentu pasal. Even saya pernah rasa lega yang amat lepas buat keputusan untuk menolak. Lega okay, macam jatuh batu dari bahu. 
    9. Kedua, kecenderungan yang tinggi. Seumur hidup ni, cuma dia sorang je yang buat saya yakin saya adalah manusia yang mempunyai perasaan pada manusia lain. Haha. Like I said, saya payah nak mencenderungkan diri pada manusia sejagat. 
    10. Ketiga, ilham atau mimpi. Terpulang pada Allah nak hantar macam mana mesej-mesej ni, tak semestinya melalui mimpi sahaja. Tapi yang peliknya Mak saya yang mimpikan 'jodoh' saya, dan setakat yang datang ni takde lagi ciri-ciri fizikal macam 'jodoh' mimpi Mak saya tu. Wallahu'alam betul ke tak.    
    11. Point keempat tak sempat masuk list, duk sembang apa entah. 
    12. Mak saya pecah rahsia Ayah yang cari jodoh saya dalam diam-diam sampai 6-7 calon tapi tak jadi-jadi. Huh? Seriously, Ayah?
    13. Saya terus terang dengan Mak, saya prefer yang jenis pandai seimbangkan tuntutan dunia dan akhirat. Yang terlalu keduniaan tu, memang sangat tak elok. Yang terlalu menidakkan keduniaan pun, tak elok jugak kan.
    14. Dan saya tak boleh terima jenis personaliti yang 'pasrah dan menerima seadanya'. Like, 'dunia je semua ni, tak perlu susah payah membanting tulang serta membuang masa mengejar harta, bukan boleh bawa masuk kubur pun'. Hello? Tak perlu technically usung harta masuk dalam kubur pun, kau nourish je lah harta tu dengan sedekah dan kongsi dengan orang sekeliling supaya harta tu boleh tolong terangi alam baqa' kau nanti. At least tak lah malap sangat tempat tidur kau kelak. 
    15. Serius tak boleh terima jenis yang stuck dalam satu tempat yang sama seumur hidup dia. Kau tak lemas ke?
    16. Bangun pagi, Naim dan Syahid turun dulu bersiar-siar tepi pantai. Terharu betul bila tengok gambar diorang tulis 'HAPPY BIRTHDAY KAKAK' atas pasir pantai.
    17. Dan baru saya sedar, saya tak menagih apa-apa hadiah pun. Benda-benda simple sweet gitu pun dah cukup bagi saya. 
    18. Lepas tu, kami makan pagi secara pukal. Bila lagi nak sumbat segala jenis makanan?
    19. Lepas makan, kena bakar kalori. Apa lagi, terjun kolam lah. Tak ingat bila kali terakhir mandi kolam, dah lama tak berenang, dah makin tumpul skill yang ada. Tapi tak pasti yang dulu-dulu tu, nak klasifikasi sebagai skill berenang atau skill syok sendiri.
    20. Lepas kolam, terjun laut. Tapi kejap je lah, ombak kuat dan air agak dalam. Setakat lepas kempunan je.
    21. Dalam pukul 11 lebih kami check out.
    22.  




    23. Panjang nya entri ni ya Rabbi!

    Drama tepi pantai


    Alhamdulillah, tercapai juga wishlist-mengejut-tak-tentu-pasal. Walaupun sekejap je, tapi rasa worthwhile sangat.Wishlist kali ni antara yang paling lekas tercapai. Moga-moga Allah lekas-lekas kan juga wishlists lain yang sedia ada dan akan datang. Aminnn.

    Wednesday, 27 August 2014

    Mari rehatkan minda

    Berbalik kepada wishlist mengejut-tak-tentu-pasal. Dah set dalam kepala, nak pergi yang dekat-dekat je. Dan terlintas dalam kepala nak pergi Sutra Beach Resort, resort yang kami pernah pergi 4-5 tahun yang lepas. Saya pun dah tak ingat the exact year bila kami pergi tu. Tapi saya ingat lagi semua momen di sana. Bermula dari kami bersiar-siar tanpa hala tuju, lepas tu ternampak signboard SBR, lepas tu Ayah tiba-tiba belok masuk lorong ke resort tu, lepas tu check in tak semena-mena. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba. Tapi tak tahu kenapa saya boleh ingat hampir semua momen di sana.

    Kali ni, terasa nak pergi ke sana lagi walaupun pada asalnya saya search banyak jugak jenis resort lain, even saya minta suggestion resort dari rakan yang biasa ke KT. Tapi akhirnya saya pilih instinct pertama juga. Mulanya nak pergi khamis, jumaat, sabtu. Tapi full house hari jumaat sampai ke ahad. Lupa pulak saya birthday saya ni seiring dengan hari merdeka. Dah sah-sah orang ramai pakat bercuti masa hujung minggu yang gabung sekali dengan cuti merdeka ni. Tak dapatlah bercuti lama, takat 2 hari 1 malam je lah. Insha Allah esok lepas kerja kami akan terus ke sana. Mudah-mudahan Allah permudahkan.

    Sunday, 24 August 2014

    Past is past

    http://reluv.co/21-signs-that-you-have-a-chance-with-him/9/

    #9.He introduces you to his family, especially his mom.

    Saya tidak kesal jika ini takdir Nya. Saya cuma sedikit terkilan kerana tidak berpeluang untuk bertemu mata dengan insan yang awak sanjung, yang mempertahankan saya, yang saya mahu lihat ada diri dia pada diri saya di masa-masa akan datang.

    =')

    Wishlist #5

    Hari lahir saya pada tahun ini jatuh pada hari jumaat nanti. Rasa megah pun ada bila hari lahir jatuh pada hari penuh barakah (megah? syukur okay, syukur!). Saya tiba-tiba berhajat mahu bercuti pendek bersama keluarga di Terengganu especially tepi pantai. Tetiba nak berdrama tepi pantai ni apa kes? Entah. Tetiba kan. Macam jatuh buah kelapa, mana boleh jangka (?).

    Jadi, saya muqadimah dengan Ayah dulu. Buat-buat tanya Ayah ada kerja tak hari jumaat sabtu ni. Seperti dijangka, memang ada kerja dia hujung minggu. Mula-mula rasa berbelah bahagi nak proposed cuti tu. Tapi cuba sekali lagi. Bila saya cakap birthday saya hujung minggu ni (yang mana saya tahu Ayah saya tak ingat), terus Ayah saya kata available untuk hari Jumaat. Alhamdulillah. Settle bab Ayah, proposed dekat Mak pulak. Mak saya buat lawak antarabangsa.

    Saya tanya Mak tahu tak hari apa hujung minggu ni. Mak saya jawab,

    "Hari apa? Tak tahu lah"
    "Sampai hati, birthday Kak la"
    Mak saya tergelak sambil tadah tangan "Haa nak hadiah jodoh kan. Ya Allah Ya Tuhan ku berikan lah jodoh untuk anak ku ini jatuh bedebuk dari langit"

    Hahaha. Saya pun dah hampir lupa yang saya pernah suarakan hajat hadiah 'jodoh' untuk hari lahir tahun ni dekat family. Saja buat lawak masa tu (padahal dalam hatiiii).

    Hari berkabung pertama Malaysia

    Dua hari lepas kita dapat saksikan satu sejarah baru Malaysia di mana semua rakyat tak kira tempat, bangsa dan agama, bersama-sama turut merasai kesedihan ahli keluarga penumpang MH17. Saya tak sempat nak browse news masa hari kejadian, tengok ala kadar je Buletin Utama. Dan sempat juga dengar update melalui siaran radio. Hari ni baru tergerak nak tengok update gambar-gambar hari berkabung kita. Ingatkan hati dah cukup cekal dan kental, rupa-rupanya berbondong air mata mengalir tanpa disuruh. Yang takde kaitan ni pun dah berbondong air mata, apatah lagi yang ada mak, ayah, suami, anak-anak kat dalam pesawat tu. Lagi menyayat bila tengok gambar budak kecik dengan kawan-kawan pilot abah dia, dan gambar budak umur sekolah rendah duduk meratap sebelah keranda mak dia. Sayu nya Ya Rabbi....

    Kita ni bila pula nak menyusul?

    Thursday, 21 August 2014

    Hari pelik sedunia

    Hari pelik sedunia dalam hidup saya jatuh pada 21 Ogos 2014. Pelik bukan apa, pelik sebab hari ni saya jadi speechless tak tahu nak kata apa, tak tahu nak describe macam mana dengan mixed feelings yang dirasai sebentar tadi. Dah la pagi nya makan tak ingat planet Bumi. Mentang-mentang jamuan raya satu kampus, habis setiap jabatan jamu macam-macam jenis juadah. Meriah jugak la. Fakulti kami kena sedia soto which is rasanya first time kot saya telan makanan tu. Tak pasti pernah makan ke tak, yang pasti tekak saya jarang berminat dengan makanan berunsur kemelayuan (?). Bab nasi je saya mengaku orang melayu, bab makanan lain memang tak bernafsu nak makan. Itu yang dua tiga kali pusing booth pun tak tahu nak decide makan apa.

    Bukan bab jamuan yang buat saya mixed feelings (jamuan tu buat saya mengantuk ada lah). Bab satu situasi yang saya saksi sendiri depan mata lepas balik kerja tadi.

    Speechless.

    Cuma terdetik nya satu je, kita memang tak boleh pilih siapa ibu bapa kita, di mana dan bagaimana kita dilahirkan. Kalau dari dalam kandungan boleh pilih, dah tentu kita nak pilih yang baik-baik, yang sekurang2 nya mampu bagi sedikit kesenangan kan. Tapi Allah tak bagi kita buat pilihan (saya tiba2 wonder kenapa). Mungkin sebab Allah nak tengok siapa yang redha dengan kesusahan dan siapa yang bersyukur dengan kesenangan. Sebab Allah pun dah kata, Dia takkan ubah nasib melainkan kita sendiri yang USAHA untuk mengubahnya.

    He's the most Just after all.

    Wednesday, 20 August 2014

    Kerana setiap ujian itu datang dari Nya

    Tengahari tadi kami ada sembang-sembang berkenaan dugaan yang dihadapi beberapa orang lecturers and staff. Ada yang diuji anak sakit, sampai kena berhenti kerja sebab nak jaga anak. Ada yang diuji suami sakit, sampai kena kerja lebih masa sebab nak tampung belanja kos rawatan. Dan ada yang diuji dengan diri sendiri yang sakit kritikal sampai kena ulang alik pergi hospital lepas habis kerja. Ya Allah, meremang bulu roma bila dengar cerita diorang. Serius meremang. Sekarang mudah sangat dengar perkataan 'kanser'. Sampaikan jenis kanser yang tak pernah dengar pun tetiba boleh muncul. Bukan solely faktor genetik dah sekarang ni, faktor pemakanan yang paling banyak pengaruh. Zaman makin canggih, makanan pun ikut tercanggih sama.

    Dah la saya ni spesis tak jaga makan jugak. Semua benda nak telan. Yang paling bahaya, 'penyakit' makan tak ikut masa lepas tu bila kelaparan mula la melahap mengalahkan baby dinosaur. Bukan nak diet sangat pun, tapi kadang memang tak sempat nak keluar makan (tambah2 waktu kritikal tengah2 sem sekarang ni). Bertahan jela tak makan sampai ke petang. Sem ni paling ketara tak makan tengahari (tak termasuk masa bulan puasa lah kan), boleh kira dengan jari berapa kali makan tengahari. Busy mengalahkan menteri (amboii over kau). Tu yang saya pelik kenapa masa bulan ogos 2 tahun lepas saya boleh update sebegitu banyak entries dalam masa sebulan. Saya terkena lightning power ke masa tu? Haha.

    Berbalik pada kes yang dibicarakan, bila kita rasa dah diduga begitu begini, sebenarnya ada orang lain yang lebih dahsyat ujian nya. Ujian kesihatan ni sebenarnya antara top 3 jugak lah. Kesihatan fizikal tu satu hal, kesihatan mental tu lain hal pulak. Ya Allah, mintak dijauhkan lah. So far kesihatan fizikal alhamdulillah okay, yang risau nya mental ni ha. Sebab saya pernah ada pengalaman 'blackout' yang mana saya betul-betul terasa seperti berada di dunia lain (bukan dunia buniaan ke apa ye) dan seolah-olah saya terpisah dari dunia realiti. Totally clueless. Jadi tak tahu nak buat apa, jadi tak tahu nak react macam mana (tapi takde lah sampai melibatkan orang lain, saya still lagi boleh 'berlakon' bila berhadapan dengan orang lain).

    Depressed ni jangan lah ambil mudah. Yes, orang pendiam ni paling kuat tendency untuk bertindak di luar kawalan. Sebab apa? Sebab dia tak boleh nak voice out apa yang terpendam dalam diri dia. Orang extrovert memang takkan faham situasi golongan introvert. Kami teramat sukar untuk berkongsi (I mean verbally, secara berdepan. Dalam blog ni, budak tadika pun boleh nampak terror). Salah satunya faktor kepercayaan lah. Susah gila kot nak put trust on other people, termasuk family sendiri. Tapi once kami sanggup open up, please jangan sia-siakan.

    Saya mohon dengan sangat.

    Be patient. For what was written for you was written by the greatest of Writer. #tumblr


    PS-That is definitely the most comforting quote, EVER.

    Wednesday, 30 July 2014

    Update hari raya

    Saya masih lagi terpinga-pinga dengan kehadiran Syawal. Betul ke dah raya ni? Kenapa tiba-tiba je boleh raya ni? Eh pelik semacam je rasanya. Tiba-tiba solat hari raya, tiba-tiba selfie di pagi raya, tiba-tiba kena bagi duit raya, apakah saya masih lagi di planet Bumi? Haha serius terpinga-pinga. Dalam pada terpinga-pinga, makan tak ingat planet Bumi dah, Pagi raya pertama makan kuzi, bihun dan nasi hujan panas sekaligus, lepas pada tu pergi rumah sedara mara dah tak boleh nak telan apa. Surrender akhirnya.

    Raya kedua slow down lah sikit sebab buat open house. Ramai juga yang datang walaupun ada yang tak diajak. Saja nak beraya la kot. Kena pulak masa kita buat open house, macam tahu-tahu je. Sampai habis dua periuk besar nasi arab. Sebelah petang baru berkumpul ramai-ramai dengan sedara mara belah Mak dan Ayah. Kami siap ada upacara main mercun. Kalau berkumpul sampai malam, memang akan buat 'pertandingan' mercun siapa lagi ganas. Saya bahagian penonton jelah. Dah tua-tua ni takda feeling nak join sekali. 

    Alangkan dengar bunyi mercun pun nak tergolek jantung,
    apatah lagi yang kena hurung bom tiap-tiap hari.

    Pagi tadi keluar awal untuk ke majlis kahwin sepupu. Takut tersekat dalam jammed kononnya, tapi awal pagi okay je. Topik hangat setiap kali raya ialah isu jammed, jumpa mana-mana mesti tanya jalan jammed ke tak. Bila duduk sebelah Mak masa akad nikah diorang, mula la Mak jeling-jeling hasut-hasut saya. Tambah-tambah bila tok imam bagitahu kalau kahwin ni boleh dapat pahala 70 kali ganda bila solat bersama. Macam la saya tak tahu. Rasanya semua orang tahu kot pahala berganda kahwin ni. Dan bukan taknak grab all those pahala, siapa taknak pahala kan, cuma tak tahu kenapa masih takda feeling yang boleh buat saya yakin yang dia boleh terima saya seadanya dan saya boleh terima dia seadanya ...

    PS-I'm not really a kid's person. Tapi semenjak dua menjak, jadi melayan pulak baby ke budak-budak. Nana pun pelik kenapa saya tiba-tiba offer nak pegang baby. Biasa buat tak tahu je. Eh saya pun terkejut. Mungkinkah naluri keibuan sedang meresap? *muntah.

    Saturday, 26 July 2014

    Penghujung Ramadhan

    Pejam celik pejam celik, kita dah tiba ke penghujung Ramadhan. Rasa terpinga-pinga jugak nak sambut raya tahun ni. Macam takde mood pun ye (dalam pada takde mood, entah berapa ketul biskut raya saya dah telan  huhu). Sambutan raya tahun ni lebih kurang sama je dengan tahun-tahun yang lepas. Hari raya pertama di rumah datuk nenek, hari raya kedua insha Allah akan buat open house dan hari raya ketiga majlis kahwin sepupu. Yang muda belia cepat je sampai jodohnya, yang tua bangka ni entah bila nak settle down. Dalam pada taknak fikir, nak serah semua pada takdir Yang Esa, sekali sekala terfikir lah jugak sedikit sebanyak ermmm..

    Tahun ni takde baju raya yang dirancang. Yang ada cuma jubah merah yang terbeli secara tidak dirancang di Langkawi sebelum ni, dan recycle je mana-mana baju yang jarang dipakai. Tudung pun sama, saya dah kena stop beli tudung pashmina sebab rasa macam malas nak belit pakai pashmina. Lagi selesa pakai tudung bawal. Kasut pulak tak jadi beli yang baru, guna je yang sedia ada. Walaupun pada asalnya ia tercabut tapak akibat kerap melasak ke sana ke mari, tapi sebab sayang nak beli baru, tampal je dengan gam uhu, ia kembali normal seperti sedia kala. Secara kesimpulannya, tahun ni tahun recycle sahaja. Dah tua lah katakan.

    Friday, 18 July 2014

    Ganti rugi

    Antara jenis perangai yang paling saya rasa nak cekik-cekik ialah jenis yang suka membanding-bandingkan kehidupannya yang 'malang' dengan kehidupan 'bahagia' orang lain. Even jenis perempuan-kereta-peugot-memalukan-kaum pun jatuh nombor dua okay. Golongan sebegini patut ganti tempat rakyat Gaza, ataupun campak keluar negara dan ikat setengah hari duduk kat Palestin. Cuba bagi rasa sikit apa itu maknanya 'malang'.

    Rakyat Gaza habis luka cedera, calar satu badan, ada diorang memekak mintak ganti rugi? Ada diorang banding-bandingkan kesengsaraan dengan kesenangan kita? Padahal diorang berhak teramat berhak untuk menuntut segala ganti rugi serta menimbangtara segala kesengsaraan mereka dengan kesenangan kita. Tapi ada diorang memekak? Tough gila kan jiwa mereka. Orang yang berjiwa hebat takde masa nak jenguk intai kehidupan orang lain semata-mata untuk merasakan diri dia adalah yang paling malang. Takde masa okay!

    Kadang bila berhadapan dengan skrip kata makhluk yang suka membandingkan, saya tersenyum sinis dalam hati. Manusia memang clueless kan, Tuhan. Agak-agak masa di padang mahsyar nanti Engkau ulang tayang setiap inci kehidupan 'bahagia' kami di hadapan mereka yang 'malang' tersebut, apa agaknya reaksi mereka ye?

    ---

    Allahuakbar, MH17 pula jadi sasaran. Terlalu banyak nyawa telah menjadi taruhan. Terlalu banyak hati yang berdarah merintih pilu. Hanya Allah sahaja yang lebih tahu...

    Wednesday, 16 July 2014

    Move on

    Saya pernah tertanya-tanya kenapa begitu mudah manusia itu jatuh suka pada manusia yang lain? Okay, persoalan yang tak patut jadi persoalan pun tapi as usual kepala otak saya agak tak boleh blah sikit. Yang saya maksudkan manusia-manusia itu adalah yang berlawan jantina. Dan yang saya maksudkan jatuh suka itu bukan sekadar suka, tapi yang boleh menjuruskan ke arah ikatan seumur hidup. How do they decide on that? Saya nak decide pakai baju kurung warna apa tiap-tiap pagi pun kena bertafakur setengah jam depan almari. Dah bertafakur pun, boleh pulak tukar baju lain last minute. Saya ada masalah otak ke orang lain ada superpower?

    Tambah-tambah spesis yang 'suka sama suka' sedangkan laki/bini diorang ada tercongok depan mata. Eh, kau ingat dia tunggul? Mungkin la saya tak faham naluri serta dugaan yang mereka lalui sebab saya belum kahwin. Atau mungkin saya tak faham yang setan suka aim orang yang dah kahwin dari orang bujang sebab dah sah-sah dia boleh runtuhkan masjid terus. Dan mungkin juga saya mempunyai masalah hormon yang mencantas unsur-unsur kasih sayang terhadap manusia berbanding terhadap kucing, arnab, panda dan haiwan-haiwan comel yang lain. Mungkin kah?

    Saya pernah tanya Mak, macam mana orang lain senang je boleh decide nak kahwin? Mak jawab, macam yang kakak decide sebelum ni. Saya macam terkaku kejap. Ye, memang ada one time saya tak fikir apa and terus said yes. Saya setuju tanpa fikir panjang. Saya pun pelik juga. Tapi yang satu kali itu saya tak tahu samada hanya satu kali itu saja atau ada lagi kali kedua saya boleh decide tanpa fikir panjang. Saya memang tak boleh fikir lama-lama, nanti confirm tak jadi sebab otak saya suka putar belit everything. Jadi, kalau ada kali kedua tu nanti mungkin satu keajaiban yang tak terhingga. Dan Mak ada cakap, "Kalau dah jodoh, datang lah yang bentuk macam mana sekalipun, kita akan terima."

    ---

    Ramadhan kali ini, Allah dah bagi jawapan apa yang saya pohonkan untuk sekian lama. Dua tahun, dua tahun saya membazir masa dan perasaan. Dan saya rasa cukup lah dengan dua tahun itu sahaja. Cukup lah.

    Monday, 14 July 2014

    Anak kucing saya #4

    Anak-anak kucing yang lahir pada kali ni, yang paling kerap saya jenguk-jenguk, cuba sentuh-sentuh.  Mungkin sebab mak dia 'beroperasi' di dalam almari bilik saya. Tu yang setiap kali bangun sahur, balik kerja mesti nak tengok. Bila dah kerap jenguk, mula la makin rasa nak picit-picit. Geram overdose. Sampai rasa tak sabar nak tunggu dia membesar ke usia sebulan lebih. Sekarang baru dua minggu, bila dah sebulan nanti dia akan mula berjalan dan aktif.

    Kali ni anak kucing ada 4 ekor. Seekor macam panda, pattern warna dia lebih kurang panda, tapi muka macam hamster. Nama in progress : Debab. Yang kedua, pattern macam atuk dia, warna kelabu dan putih. Nama in progress : Lat Junior. Yang ketiga, putih melepak tapi ada tompok hitam kecil di mata dan ekor warna kelabu. Nama in progress : Adik Teh. Yang terakhir ni special sikit, sampai sekarang tak buka mata lagi. Yang lain dah buka mata seluas nya, mata dia je masih terkatup. Saya cuba basuh sikit dengan tisu basah pun tak terbuka juga. Ya Allah, kesian sangat kalau dia betul buta. Ini first time dapat anak kucing cacat penglihatan. Nama in progress pun tak tahu nak decide lagi. Setakat ni, cuma panggil 'Sayang'.  

    PS-Baru petang tadi, mak dia pindahkan budak-budak tu kat dalam almari Mak saya pulak.
    PPS-UPDATE : Alhamdulillah, pagi nuzul quran adik Sayang dah buka mata. Rasanya saya nak panggil dia Nuzul kot lepas ni, hehe.

    Nanti buka mata ye Sayang...

    Sunday, 13 July 2014

    Memanfaatkan Ramadhan

    Tengahari tadi ada ceramah agama di kampus. Penyampaian dari sheikh mufti Mesir. Excited juga walaupun kita tak pandai speaking Arab, at least boleh dapat cerita dia dari translator kan. Mula-mula tengok sekali imbas dari jauh, masha Allah segak tuan nya, bersih suci murni wajah nya, muda lagi baru 30 lebih. Orang Arab kan memang segak2, tak boleh bayang macam mana rupa Nabi Yusuf a.s (tetiba).

    Setelah pengenalan dari MC dan MC pass mikrofon pada sheikh, saya pelik dah kejap. Takda translator ke? Mungkin dia speaking english kot. Okay takpe, layan je. Muqadimah dia baca ayat Quran sikit, subhanallah sama macam dalam TV live dari Makkah. Dan lepas pada tu, dia mula perkenalkan diri... dalam bahasa Melayu. I was like, huh? Bukan setakat takda translator, bukan setakat dia cakap Melayu, dia boleh kecek kelate teruhhh!! Haha terkesima okayy! Serius tak boleh brain. Orang yang asal kelantan pun ada yang tak pandai kecek kelate, inikan orang Arab yang asal dari negara Mesir. Kagum sejenak. Rupanya dia dah lama belajar bahasa Kelantan, lebih 10 tahun jugak. Patutla habis segala jenis vocab bahasa kelantan dia guna. Siap boleh buat lawak pulak tu. Kagum hoii. 

    Penyampaian beliau berkenaan 5 perkara yang boleh dimanfaatkan sepanjang bulan Ramadhan. Pertama, memperbanyakkan aktiviti jemahh. Dua, mendekatkan diri dengan Al-Quran dengan menghafaz, baca atau beramal. Tiga ialah mengamalkan sedekah samada dari segi duit, makanan atau perbuatan. Keempat pula ialah maaf bermaafan, bukan hanya pada bulan syawal. Dan kelima, mengambil amalan sunat pada awal dan akhir Ramadhan.

    Saya tertarik dengan point yang kedua which is bacaan Al-Quran. Dia kata some of us, ada yang terkejar-kejar sangat nak habiskan / khatam Al-Quran. Ada yang sampai 2-3 kali boleh khatam dalam bulan Ramadhan saja. Tambah2 yang boleh hafaz Al-Quran lah kan. Tapi sebenarnya ada tiga cara kita boleh dekatkan diri dengan Al-Quran. Khatam tu satu. Yang kedua, tak khatam pun takpe, asalkan kita boleh sentiasa baca. Kalau kena masa sibuk, boleh baca sikit2. Kalau ada masa lapang, boleh baca lebih sikit. Yang penting, kita dengan Quran sentiasa on.

    Saya paling tertarik dengan cara ketiga. Sheikh cakap, golongan yang ketiga ni dia baca beberapa ayat je (ayat ye, bukan surah) dalam satu hari. TAPI, dia dalami ayat tu dengan sedalam-dalamnya. Cari maksud, faham maksud, cari fakta tentang ayat tu, bila diturunkan, untuk siapa dan dia cuba beramal dengan ayat tersebut. Sheikh bagi contoh Saidina Umar a.s. Saidina Umar sendiri ambil masa 9 tahun untuk hafal surah Al-Baqarah, 9 tahun tu dikira lama bagi golongan sahabat Nabi. Even budak umur 9 tahun pun dah boleh hafal 30 juzuk. Tapi Saidina Umar kata, dia risau kalau dia hafal kesemua surah tapi dia tak mampu amalkan apa yang terkandung dalam surah-surah tersebut. Hebat kan orang yang dijanji syurga ni. Di antara keempat-empat khalifah, saya paling jatuh cinta pada Saidina Umar. He's such a remarkable person, sangat inspiring.

    Saturday, 5 July 2014

    Lintasan hati

    Masa hari khamis baru ni, ada orang datang ke bilik pejabat untuk galakkan sedekah wakaf Al-quran. Mulanya saya ingatkan kena bayar full harga Al-quran, kitab tu. Tapi boleh juga gabung duit untuk bayar. Okay lah, since duit saya tak seberapa masa tu, saya bagi setakat yang termampu. Dia ada cakap boleh bank in, kalau nak bagi lebih lagi. Bila dia sebut bank in, saya terus terlepas cakap - "macam tak boleh percaya je kalau bank in ni". Sengal apa entah boleh terlepas cakap gitu, dah kalau tak boleh percaya untuk bank in, maksudnya memang kita tak boleh percaya dia masa tu jugak la (memang saya ragu-ragu pun dengan dia). Tapi, kita niat jelah untuk wakaf tu, selebihnya urusan dia dengan Tuhan.

    Then tadi tiba-tiba dapat call dari rakan sefakulti. Dia minta pandangan tentang budak yang datang minta hulur sedekah wakaf tu. Since dia nampak nama saya pun ada tercatat dalam senarai yang wakaf, dia tanya la samada saya bayar full ke. Saya bagitahu lah saya tak bayar full, separuh je dan saya bayar masa tu jugak. Yang kawan saya ni, dia takde duit masa budak tu datang, so dia plan nak bank in jela. Dan kawan saya cakap, dia ada bagi resit untuk menyatakan kita akan bayar tapi dekat resit tu boleh pula ada nyatakan 'pembatalan adalah tidak benarkan'. Erkk biar betul? Kita bukan nak bayar cukai ke hutang ke apa, kita nak sedekah dik oii. Yang kau pergi paksa siap call banyak kali, mesej bagai tu dah kenapa? Saya terus cakap dengan kawan, tak perlu jawab call dia, buat senyap je. Sesuatu sangat budak tu.

    Even masa mula-mula nampak muka dia, hati saya dah terdetik - 'tak jernih muka dia ni'. Bukan nak judge ke apa, tambah2 bulan puasa ni kan. Kita bersangka baik jelah. Tapi akhir zaman ni, macam2 dah boleh jadi. Nak kata saya expert baca muka orang tu tak la jugak, tapi rasanya most of us boleh beza muka baik dan tak baik ni. Tak hensem takpe, jangan muka pecah. Biasanya orang muka jernih ni, kalau tak hensem pun, Allah akan bagi kelebihan nur di wajah dia. Dan kalau yang muka hensem sekalipun, Allah akan tarik cahaya di wajah kalau hati tak bersih. Ada je saya terjumpa atau ternampak golongan muka segak tapi tak nampak jernih. In fact, ramai je golongan (setakat yang saya ternampak) sebegitu.

    Saya tak tahu lah orang lain macam mana, mungkin satu kelebihan juga Allah bagi boleh 'baca' muka orang. Sikit je, tak detail pun. Yang sederhana saya tak boleh detect sangat. Cuma yang memang obvious nampak muka dia kurang dibasahi dengan air wudhu' dan muka orang yang sering sujud pada Nya. Boleh nampak beza. Tapi, saya takde lah 'menilik' semua muka, macam takde kerja pulak nya. Untuk sesetengah orang je dan benda ni sekadar lintasan hati. Mungkin betul, mungkin tak betul. Allah sahaja yang lebih tahu.

    PS-Saya sendiri pun tak seberapa, tak layak nak judge lebih2.

    Friday, 4 July 2014

    Tentang destinasi impian

    Naim ajak pergi Singapore pulak. Baru ni ajak pergi Jepun. Sebelum tu lagi, ajak pergi Melbourne tempat Umar. Semenjak kahwin ni sibuk je nak pergi sana sini. Nak honeyman tu pergi dengan bini jela, ajak kita jugak ni apa kejadah nya. Letih kalau melayan dia ni.

    Masa dia dok pot-pet-pot-pet tempat-tempat pelancongan, saya suruh dia teka tempat yang saya betul nak pergi.

    Korea?
    Europe?
    Istanbul?

    Banyak lagi tekaan dia, saya pun tak ingat dia sebut negara apa lagi. Tapi memang dah agak dia takkan sebut negara yang saya betul nak pergi, 

    Afghanistan.

    Naim jawab, "Nanti kena bom pulak kat sana". Hehh penakut punya budak.

    ---

    Ye, dulu saya ada berhasrat untuk negara-negara fancy. Negara yang penuh warna, negara yang boleh la buat orang jealous kalau kita dah jejak ke sana haha. Tapi, bila saya bandingkan gambar-gambar negara penuh aneka dengan gambar-gambar negara yang masih boleh tersenyum biarpun bergelodak saban waktu, saya rasa hairan, dan mula tertanya-tanya ...

    apa itu bahagia sebenarnya?

    Thursday, 3 July 2014

    Update Ramadhan

    Dalam pada diselubungi musim beku-ness semenjak dua menjak ni, saya bersyukur masih diberi peluang berhidup di bulan Ramadhan pada kali ni. Mana tahu, ini memang Ramadhan terakhir saya.Walaupun instinct saya merasakan ini Ramadhan terakhir sebagai solo-ranger, tapi mana tahu saya berjodoh dengan ajal terlebih dahulu. Jodoh pun macam mati jugak, kita tak tahu the exact date, bila, bagaimana, di mana semua tu adalah rahsia Allah. Lagipun, kita memang datang sebagai solo-ranger dan akan pulang sebagai solo-ranger juga.

    Minggu pertama berpuasa, alhamdulillah tidak sepenat yang dijangka. Mungkin salah satu faktornya, saya telan vitamin semasa bersahur. Dan kesannya agak superb, saya langsung tak rasa lapar dan penat. Dahaga pun sikit2 je. Batuk juga beransur kurang. Syukur Allah mudahkan urusan. Sebenarnya, puasa ni kalau betul niatnya, tak lah kita rasa puasa ni sekadar untuk menahan rasa lapar dahaga saja. It's way more than that.

    ---

    "Sebab antara kau dengan Tuhan, kau tak perlukan audience pun" - Umar

    Antara kata Umar yang saya ambil dari blog dia. Agak tertikam di situ ye. Umar kalau dah keluar fatwa dia, memang terpanah ke dasar.

    Saya tak pasti dia tahu ke tidak saya baca blog dia, sebab saya pun tak pernah suarakan apa-apa tentang update cerita dia di blog. Rasanya better dia tak tahu kot. Kalau dulu, saya syak dia pernah baca blog TD versi pertama dan Mak pun ada baca. Saya agak segan juga kalau family baca blog ni, even strangers baca pun segan walaupun tak kenal bertemu muka. Sebab tu bila bertukar ke TD versi kedua ni, saya dah tak expose sangat. Family tak tahu blog ni, rakan-rakan pun tak tahu. Yang tahu kewujudan TD 2.0 cuma beberapa kerat sahaja, sebab tu saya pelik macam mana ada sesetengah pembaca boleh 'tersesat' ke sini. Sedangkan saya tak promote di mana-mana, dan blog ni pun kurang dapat perhatian encik google.

    PS-Umar tak balik juga untuk raya tahun ni. Sibuk dengan projek katanya. Macam mana lah beraya di perantauan ye. Tambah-tambah kalau beraya di luar negara. Mesti mendayu-dayu rasanya.

    Monday, 30 June 2014

    Beku #3

    Again, saya dikelilingi rasa gloomy yang tidak enak. Satu perasaan yang sangat tidak selesa. Rasa tidak berpijak di bumi nyata, rasa terapung yang tidak menyeronokkan. Dalam erti kata lain, roh saya sedang diulit mimpi berpanjangan. Yes, suffocating. Tapi, untuk kali ni tidak lah se-extreme kali yang lepas. Masih terkawal, kerana saya masih lagi mampu melakukan tugas harian.

    Ikut perkiraan jatuh anak bulan (?), perasaan ini supposedly muncul lambat lagi. Tapi, anak bulan jatuh tergolek awal dari kebiasaan. Mungkin salah satu faktornya adalah kesan simulasi dari ketidakmahuan mengikuti kursus baru-baru ini. Dan sehingga ke saat ini, saya masih tidak percaya jasad saya telah melalui fasa tersebut. Erghh saya ada tekan button forward ke apa?

    Saya benci bila saya terlalu terfikirkan sesuatu yang sangat tidak relevan dan patut buang dalam laut lagi bagus. Please diya, please. Duniawi je ni!

    Saturday, 28 June 2014

    Sehari sebelum Ramadhan

    Seperti yang dirancang, kami sekeluarga keluar makan malam di kedai makan nasi arab untuk menyambut birthday Ayah in advance. Naim yang bersungguh nak ajak makan situ. Rupanya sedap juga nasi arab dia, boleh dapat portion yang banyak dengan harga murah. Berdekad lama tinggal di sini, baru hari ni tahu kewujudan kedai makan tu. Okay la, better late than never.

    Esok kita akan sambut 1 Ramadhan. Orang lain excited, saya agak kerisauan di sini. Sakit tekak dan batuk yang berlarutan ini sesungguhnya satu ujian yang berat bagi mereka yang perlu menggunakan suara sepanjang hari. Terasa nak mengajar guna bahasa isyarat pun ada ni huhu. Semalam Shayid suggest minum air 100plus, dia pun batuk tak berhenti sebelum ni. Tapi lepas minum air 100plus, Allah izin hilang batuk dia. Saya try juga lah teguk beberapa kali, masih lagi tak berkesan sepenuhnya amboiii diya, kau ingat 100plus tu air magik ke apa. Apa pun, Allah Yang Maha Menyembuhkan, kita usaha jelah setakat yang termampu. Sakit pun boleh gugur dosa kan.

    PS-Entah kenapa terasa ini Ramadhan dan Syawal terakhir ... ayat tak habis lagi ni ... hehe.. terasa ini Ramadhan dan Syawal terakhir disambut sebagai solo-ranger haha berangan tak habis-habis.
    PPS-Salam Ramadhan untuk yang mengikut baca cerita-cerita saya, walaupun tak ramai tapi yang tak ramai ini lah yang sudi menatap baca keluh cerita saya yang entah apa-apa kadang-kadang tu. Terima kasih anyway ;)

    Tuesday, 24 June 2014

    Alkisahnya kursus sana sini #2

    Semasa perjalanan pergi menaiki bas, saya telan ubat siap-siap bila bas mula-mula bergerak. Tak pasal-pasal kena fight dengan kesan ubat angkara tayangan Kabhi Kushi Kabhi Gham selepas setengah jam bas bergerak. Saya hanya mampu bertahan setakat SRK dan Kajol dihalau keluar dari rumah oleh keluarga mereka. Selepas pada tu, sedar-sedar dah sampai di masjid berdekatan jeti. Lama juga menunggu untuk naik feri, jam 6 pagi tiba, jam 9 baru boleh beratur naik feri. Dan ketika ini saya masih lagi diadun dengan kesan ubat. Nasib lah movie yang ditayang di dalam feri waktu tu agak menghiburkan, hilang habis segala mabuk. Tak pernah lagi saya tengok filem melayu sesengal filem 'Awak Nak Kahwin Dengan Saya?', banyak kali kena cover gelak sebab dikelilingi orang ramai. Ehem.

    ---

    Satu-satunya slot yang saya paling enjoy sepanjang menjalani program BTN ialah slot di mana kami dikerah untuk mengharungi semi-hutan belantara. Dah lama saya kempunan nak daki bukit, tercapai juga hasrat walaupun tak sempat dibanjiri peluh, kaki dah menapak di kem utama (kami diberi track yang paling mudah). Lagi seronok kalau tak dikelilingi ramai manusia sebenarnya. Bukan apa, kita nak communicate dengan pokok2 pun kena cakap dalam hati, nanti orang kata gila pulak huhu. Dan bila dah ramai-ramai ni kena banyak menunggu dari bergerak. Tambah pula saya dalam group yang pertama, jadi bila dilepas awal kami bergerak dengan sedikit pantas. Tapi, terpaksa berhenti banyak kali sebab kena tunggu lima lagi kumpulan yang lain.

    Ohh dan slot senaman di waktu petang juga menyamankan. Telah agak sekian lama lemak di badan dimanjakan, sekali sekala kena singkir juga. Selain dari dua slot tu, yang lain memang masuk angin keluar asap. Tambah2 slot yang melibatkan penggunaan otak dan mulut secara total. Setiap kali diberi task, otak saya macam kena kukus pun ada. Tak berfungsi langsung, mulut apatah lagi. Kiranya kalau saya takde dalam group pun tak menyumbang apa-apa musibah, melainkan mereka akan kehilangan seorang setiausaha yang menulis dengan cantik di atas kertas majong. Itu saja.

    ---

    Sebelum pulang, kami diberi peluang shopping sakan di kompleks HiG. Saya aim dua benda je, perfume dan coklat. Langsir yang Mak kirim terpaksa ditangguhkan kerana seumur hidup ini saya tak pernah lagi beli langsir. Untuk perfume, Naim dan Shayid yang kirim dan Naim suruh beli untuk Ayah sekali sempena birthday Ayah nanti. Coklat pula, Nana kirim feroro 2 bekas besar, Ali kirim beraneka jenis coklat macam kan guna duit dia pulak. Itupun saya cuba cut down beberapa jenis, mengenangkan diri yang dah senget seperti ketam mungkin akan bertambah senget kalau mengangkut terlebih muatan ke dalam feri. Tapi dek kerana hasutan rakan sebaya, saya membeli perkara-perkara yang tidak termasuk dalam list. Bahana betul kawan saya ni, padahal dia yang suruh saya istighfar banyak2 sebelum terdetik nak beli sesuatu. Namun, akhirnya dua-dua tertumpas juga dengan godaan nafsu.


    PS-Kali kedua telan ubat, saya kena fight juga sebab kawan ajak turun makan. Dalam pada dunia berputar-putar, habis juga separuh pinggan nasi beryani.
    PPS-Hari terakhir kursus, suara saya jadi seksi dan seksa akibat sakit tekak yang berlarutan. Ehh sedap jugak suara seksi dan seksa saya ni hehe.

    Wednesday, 18 June 2014

    Alkisahnya kursus sana sini

    Baru mula semester dah kena pergi kursus. Dah la enjin turbo baru keluar workshop, tak pasal-pasal kena kerah pergi kursus. Tapi kalau ikutkan, mood berkursus saya memang takde dalam kamus kehidupan pun. So, redah jela. Cuma, saya baru tahu petang semalam yang saya ada kursus lain pulak minggu depan. Pening dibuatnya. Kursus BTN dah tahu lama, kena pergi hari khamis ni balik ahad. Bengkel vetting kena pergi hari sabtu, balik isnin. Bertindan pulak nya.

    Tapi, akhirnya saya terpaksa pergi ke kursus BTN juga. Malam ni dah bertolak, rasa lemau semacam je nak pergi kursus BTN. Kat langkawi pulak tu. Mak awal-awal lagi kirim beli langsir, Naim kirim beli coklat, kawan kirim beli gamat, saya macam masuk angin keluar asap je bila merenung nasib ku ini. Serius takde perasaan. Tapi dalam pada takde perasaan, sempat jugak beli skirt, blouse baru nak pakai pergi sana hehh.

    Kita ni dah la spesis motion sickness tahap kronik. Kalau pergi dengan kereta okay lah sikit, tapi kalau pergi dengan bas yang penuh dengan bau-bauan manusia tu, alamatnya muntah 14 plastik lah saya sebelum naik feri (kalau tak telan ubat). Tu belum naik feri lagi, belum naik bas dari jeti ke tempat kursus pulak. Alamatnya, terlebih dos dadah saya terpaksa ambil sepanjang perjalanan pergi dan pulang nanti. Tolong doakan kesejahteraan saya ye. Harap saya tak dihanyut laut bergelora, huhu.

    Tuesday, 17 June 2014

    Permulaan semester baru

    Minggu lepas memang hazab nak paksa diri supaya sentuh semula segala ulitan nota yang dah uzur. Ekzos tersumbat, enjin turbo second hand masuk workshop taknak pulih-pulih. Tambah sengsara bila dikelilingi sekelompok hasutan iblis. Pedihhh. Bila masuk minggu kedua ni, alhamdulillah segala hasutan tu makin berundur pergi (dah jangan mengada nak datang lagi, pergi main jauh-jauh). Ekzos pun dah bersih sikit, enjin turbo kena heret keluar workshop jugak so overall tengah cuba berpijak di bumi nyata.


    PS-Sakit tekak tak pulih lagi, banyak kali kena berhenti bercakap untuk minum air. Satu cabaran juga kalau masih sakit tekak masa puasa nanti.

    Monday, 9 June 2014

    Hari Ketiga Kejadian


    Sebelum kejadian.

    Seperti yang dijangka, memang tak cukup segala oksigen di udara. Penat nya ya Rabbi, Tuhan jela tahu. Kerja nya duk ke hulu ke hilir yang jadi lenguh satu macam. Kira ni 1st time saya jadi penyambut tetamu barisan hadapan. Segan pun ada. Awkward pun ada. Setakat senyum dan tegur sepatah dua je saya tahu. Huhu.

    Yang kemuncaknya masa menunggu kedatangan rombongan pihak perempuan. Plan asal nya diorang sampai pukul 11.30, tapi kerana tersangkut dalam jammed, mereka sampai lewat sikit dari dirancang. Mula la kitorang kalut ribut sebab orang jemputan yang lain makin ramai datang bila melepasi jam 12. Risau takut tak cukup tempat sebab semua meja disediakan hanya untuk rombongan pihak perempuan. Tapi takkan nak sekat orang datang kan. Terpaksa la diorang bersempit-sempit seketika.

    Kalut ribut yang melanda pun hanya lah seketika. Lepas sesi menyambut menantu, makan beradab terasa lega dah sikit sebab dah lepas agenda utama. Lega sikit je lah awal-awal tu, orang datang berpusu-pusu start pukul 1 sampai pukul 4. Penuh meja makan. Sampai saya tak lalu nak makan. Sedara mara duk risau takut saya pengsan tak makan apa sampai ke petang. Saya dah kenyang dengan minum air sejuk. Boleh kata setiap setengah jam saya teguk air, jadi dahaga ya amat. Habis hilang habit tak minum air sejuk. Saya dah makin craving nak minum air sejuk pulak.

    Dalam pukul 5 dah reda sikit kelompok manusia, baru saya jamah nasi hidangan. Buat catering pun dah letih, kalau masak sendiri, memang betul pengsan agaknya. Dalam pukul 7, dekat maghrib baru berhenti orang datang. Masa ni baru betul-betul lega. Berakhir jugak satu hari yang panjang. Letih pun rasa berbaloi sebab majlis berjalan lancar. Alhamdulillah.


    PS-Saya masih dalam mood kurang rajin bekerja. Malas ni memang satu penyakit marabahaya.

    Saturday, 7 June 2014

    Hari Kedua Kejadian

    Mula-mula risau takut tak sempat siapkan packing door gifts. Rasa macam dah buat banyak, tapi tak bertambah jugak jumlahnya. Tapi lepas zohor ramai sedara mara sepupu sepapat yang datang menolong dan memberi kerjasama yang padu. Suka je tengok diorang tolong menolong, benda yang banyak kerja kena buat, jadi cepat je siapnya. Sebelum asar, dah settle 90 peratus. Alhamdulillah, moga Allah murahkan rezeki mereka.




    Yang kemuncaknya esok lah, hari ni pun rasa tak cukup nafas. Esok hopefully cukup segala oksigen di udara. Huhu. Risau jugak kalau ramai yang datang sampai tak cukup makanan dan door gifts. Moga-moga Allah mudahkan urusan kami esok. Aminnn.

    Hari Pertama Kejadian

     


    Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Naim telah diijabkabulkan dengan Shayyid, sekali lafaz. Walaupun wali Shayyid (abang nya) yang terlebih gabra sampai 2-3 kali lafaz. Tapi, Naim steady dengan jawapan sekali sahaja. Kalau saya sendiri pun dup dap dup dap jugak, sebab semua orang tertumpu kat kita. Adik kahwin pun saya berdebar, entah macam mana waktu saya nanti. Jangan tercabut jantung sudah.

    Yang paling tak sangka nya, Naim berair mata jugak. Shayyid pun apatah lagi kan. Especially masa upacara bersalaman dengan ibu masing-masing. Saya mula-mula control macho, tapi part diorang masing-masing bersalam dengan parents tu, saya agak tersebak. Mak mula-mula okay je, dah tengok Naim, tetiba je jadi drama swasta. Senyap habis semua, mengalun pilu bersama (gituuu). Nana tak payah cakap la, macam dia pulak yang kahwin nya. Habis merah seluruh muka.

    Bila saya utarakan pasal 'drama' Naim dekat Nana, Nana cakap dia, Naim dan Mak adalah yang paling sensitif dalam keluarga. Ayah, Ali, Umar dan saya termasuk golongan yang takde perasaan. Susah nak menangis. Kalau saya bukan susah sebenarnya, cuma tak tunjuk. Dan saya perasan saya agak berhati 'batu' bila dengan mereka. Dengan family memang saya jarang sangat (tunjuk) menangis, tapi kalau cerita pasal diorang dekat kawan rapat, mula lah mengalir air terjun.

    Sepupu-sepupu duk kata, ni belum majlis saya lagi, dah menangis bagai (tapi tangisan yang masih terkawal). Kalau majlis saya nanti agaknya habis semua yang takde kaitan pun sibuk nak jadi watak tambahan drama sinetron. Bukan setakat air terjun dah, banjir 4 hari 4 malam berturut-turut. Haha over pulak imaginasi, entah wujud ke tidak majlis tu. Entah-entah jumpa kat syurga (amboii yang ni lagi over).

    PS-Rasa tak lengkap tanpa Umar. Serius rasa kurang menyenangkan. Still happy, tapi rasa kurang.

    Tuesday, 27 May 2014

    Misi mencari Tuhan

    Antara peristiwa yang paling ajaib pernah berlaku dalam sejarah manusia, ialah peristiwa israk mikraj Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum ini, saya hanya terkesan dengan kisah ini secara general sahaja, tetapi bila saya baca semula kisah Baginda s.a.w diangkat ke langit, melihat seluruh isinya kerajaan Yang Maha Esa, terasa diri ini terlalu kerdil untuk mempunyai hanya secebis hasrat bertemu dengan Nya.

    Antara kesemua lapisan langit yang Baginda s.a.w saksikan, saya sangat terkesan dengan di sebalik tabir lapisan langit keenam di mana Baginda melihat umat nya seramai 70,000 orang yang masuk syurga tanpa dihisab. Diulangi ye, tanpa dihisab! Ya Allah, alangkah bertuahnya mereka yang diberi keistimewaan yang teramat hebat itu. Entah apa la nasib kita yang selebihnya ini ...

    PS-Adakala dengan hanya sepotong ayat sahaja, mampu mecantumkan kembali sekeping hati yang telah lama berderai. Jangan lupa akan kuasa Dia yang memegang hati-hati ini,

    Friday, 16 May 2014

    Kerana ini takdir Nya,


    Semalam kami buat operasi menyiapkan doorgifts secara besar-besaran. Sebelum ni pun dah buat sikit2, kali ni je kami buat dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Saya kurang minat nak buat benda2 'halus' ni, tapi kena menghadap jugakla untuk mempercepatkan proses. Untuk majlis saya (yang entah bila) nanti, memang takde nya menempel riben begini, beli kotak yang siap beriben terus lagi senang. Tak perlu menempel bagai. Mak saya pula entah berapa kali buat statement 'boleh-simpan-untuk-majlis-kakak-nanti' kalau ada lebih doorgifts. Tapi saya tak rasa akan ada lebih kalau berduyun-duyun orang datang nanti since ni kali pertama majlis besar-besaran keluarga kami.

    Sebelum ni saya stressed out jugak bila mengenangkan situasi adik kahwin dulu ni adalah sesuatu yang semestinya akan jadi 'topik hangat' masa majlis nanti. Tapi sebenarnya bila orang tanya soalan-soalan cepumas tu, saya takde lah terasa offended ke apa, malah takde rasa apa pun. Serius, takde sakit hati ke apa. Biasanya saya senyum je dengan soalan-soalan mereka. Saya cuma stressed out bila mengenangkan saya dalam posisi kena malayan ramai manusia sekaligus masa hari tu nanti. Malas okay, malas! Haha.

    Monday, 12 May 2014

    Bukan peminat gajet telah tumpas akhirnya

    Haha saya ingatkan saya boleh bertahan hingga 10 tahun lagi ke, tapi akhirnya saya tumpas juga dengan godaan keperluan. Saya beli bukan sebab minat, tapi untuk senang nak berurusan. Susah pulak bila kita jauh ketinggalan. Update events pun dapat tahu lambat. Jadi, saya terpaksa akur dengan perkembangan dunia terkini. Ikutkan hati, saya suka konsep handphone dalam camera, bukan camera dalam handphone (maksudnya, features utama dia adalah digital camera). Tapi teknologi phone dalam camera ni belum lagi wujud di Malaysia (ke dah wujud?). Kita tunggu dan lihat tahun bila dia akan wujud.

    Bumi kenyalang

    Ini pertama kali dalam hidup, kami menggunakan khidmat tourist guide, which is rasanya akan jadi yang terakhir kali jugak. Sebenarnya, konsep yang kami mahu cuma PEMANDU-pelancong, bukannya pemandu-dan-isteri-duduk-makan-bersama-dan-menyesakkan-lagi-keadaan. Serius tak boleh terima. Awkward gila kot. Tak selesa nak huha-huha dengan family bila ada orang asing (saya memang spesis susah nak bermesra alam)

    Okay, apa pun, ada dua benda yang buat saya boleh terima ketegangan suasana bila ke sana. Pertama, kek lapis. Sungguh rambang mata bila nampak pelbagai jenis kek lapis, dah la masa pergi kedai kek tu baru lepas makan. Jadi bila try makan apa-apa jenis kek pun, rasa sama je. Cuma ada lah kek lapis yang stand out, salah satu nya kek Awan Dania. Naim ber-ia nak beli, tengok-tengok dah sold out. Kecewa betul dia, sampai nak kirim dekat sepupu untuk bawa balik nanti. Saya pula grab je mana-mana kek lapis yang ada perkataan cheese dan coklat, hehe.

    Kedua, kampung budaya. Ikutkan, dalam dua jugak nak masuk ke tak. Tapi dah alang-alang sampai, baik menapak je ke tempat landmark dia. Saya punya la imagine, dalam kampung budaya ni dia pamerkan rumah kecil2 je, sekali masukkkk, terpana okay!



    Mula-mula masuk ke rumah Melayu, rileks lagi. Sebab dah biasa tengok rumah-rumah Melayu lama dalam cerita-cerita Hang tuah-hang jebat. Bila menapak ke rumah kaum Melanau dan Orang Ulu, saya dah cuak. Siapa boleh duduk dalam rumah setinggi alam dan berkayu-kayan-boleh-nampak-celah-celah-tanah ni?? Macam mana orang dulu-dulu boleh survive duduk dalam rumah macam tu? Ayah kata, diorang bina rumah tinggi-tinggi sebab nak elak binatang buas since dulu-dulu kan masih dalam dunia flora dan fauna. Saya ingatkan saya ni takde 'penyakit' acrophobia, tapi bila berjalan dalam rumah tu, tahu pulak cuak nya. Mungkin sebab saya pakai skirt dan wedges, jadi tak selesa nak melasak. Menyesal jugak pakai outfit serba keperempuanan ni, kalau tahu awal-awal kampung budaya ni agak adventurous, saya pakai baju sukan terus.

    Kami tak masuk semua rumah, walaupun sebenarnya teringin nak explore banyak lagi. Dengan Nana yang tak berapa adventure, dengan Mak Ayah duduk tunggu lama kat luar sebab Mak penat nak berjalan masuk, dengan saya pakai outfit tak kena tema. Jadi, terpaksa lah keluar awal. Insha Allah ada rezeki, boleh ke sana lagi. 


    PS-Kesian Ali tak dapat ikut sekali sebab ada periksa tengah tahun. Lain kali la ye. Datang dengan Umar pulak nanti.

    Tuesday, 6 May 2014

    Buku pilihan


    Semenjak sekian lama, sempat juga make over bilik. Tak la sepenuhnya, cuma boleh kata 60 persen saya buat perubahan kedudukan perabot. Mencabar jugak nak fikir kedudukan yang sesuai, saya stuck dalam masa setengah jam bila tengok keadaan bilik semacam kena hurung puting beliung. Alhamdulillah bila buat satu-satu boleh juga siap dalam masa 3 jam.

    Rak buku tu sebenarnya dua jenis yang berbeza. Saya gabung jadi satu. Jimat space punya pasal. Hopefully yang bahagian atas tu tak terhumban ke bawah. Saya tak letak buku dalam kuantiti yang banyak lah kat atas tu, yang bawah je saya sumbat buku dua line. Kebanyakan buku kat bahagian bawah rak tu novel-novel Nana zaman dahulu kala, budak tu gila novel jugak dulu. Sekarang je dah insaf sikit. Buku saya berapa kerat je, sebab saya bila masuk kedai buku sampai berjam-jam last2 tak tahu nak beli yang mana. Dan saya perasan, saya mudah untuk decide beli magazines dari beli buku. Majalah pilihan saya selalunya travel magazines, reader's digest atau pun national geographic. Buku pulak mostly buku-buku fakta yang bergambar.

    Ada jugak rasa awkward bila dekat kaunter, saya bayar untuk buku-buku begitu berbanding perempuan-perempuan lain (yang lebih kurang sebaya) tunggu turn untuk bayar novel-novel pilihan mereka. Huhu.

    Monday, 5 May 2014

    Impian yang tertangguh

    Masa cuti hari pekerja baru ni, Naim ajak pergi ke KL untuk cari barang hantaran. (Saya baru tahu dia jenis fussy gila. Sebelum ni, perasan jugak tapi kali ni memang obvious sifat fussy dia. Kalah perempuan). Since dia yang willing nak drive, saya on je lah. Ajak sekali Nana dan Ali. Dan sebelum bertolak tu, ada lah suggest kat dia nak pergi sana sini. Yang dah lama on my wishlist, nak pergi Aquaria. Nana bising kata dah pergi Underwater world kat Langkawi tu sama je lah dengan Aquaria KLCC.

    Okay, fine.

    Lepas tu, suggest nak daki bukit broga, Naim geleng kepala dengan statement ulang suara 'kalau nak pergi tempat pelik-pelik, pergi dengan suami je nanti'.

    Okay, fine.

    Suggest nak pergi muzium negara, taman negara, zoo negara apa semua, dia suruh pergi dengan bakal suami jugak. Kalau nak masuk hutan sangat, dia kata dia boleh tinggal tepi jalan (on the way ke KL) terus masuk dalam hutan belantara, boleh jumpa macam-macam jenis haiwan kat situ, lagi real katanya. Siap dengan pakej boleh jumpa dan mungkin kahwin terus dengan orang asli. Bila dah balik nanti, dia pickup semula kat tepi jalan. Sengal okay Naim ni.

    ---

    Baru lepas skype dengan Umar tadi. Kurus banyak dah dia hoiii. Nampak beza bentuk muka, dari bulat kepada oval. Nak kena merantau jugak nampak gaya ni, baru boleh kurus mehehe.

    Sunday, 27 April 2014

    Tentang jodoh

    Semenjak TD masuk fasa peralihan ke arah kedewasaan (kononnya), saya cuba sedaya nya untuk tidak lagi meluah untuk perkara sebegini. Perkara jiwa(ng)-jiwa(ng), perkara fatamorgana serba tidak pasti ini. Jika diikutkan zaman muda remaja dulu, saya kerap juga berkias-kias tentang yang itu yang ini (walaupun saya tidak bercerita details), tapi alih-alih sampai ke sudah tidak ke mana. Yang tu entah ke mana, yang ni entah ke mana. Saya sendiri pun rasa ralat dan tak tahu kenapa dulu ber-iya sangat nak bercerita tentang yang itu dan ini, sedangkan bukan terikat lagi.

    Dan kali ini tidak lah saya nak bercerita tentang siapa-siapa, cuma hari ini saya teringat balik kronologi kisah-kisah silam dulu bila berbual panjang lebar tentang jodoh dengan seorang kakak. Bab ni memang selalu jadi topik hangat, cuma takde lah details sangat. Kali ni je agak terperinci pengisian perbualan kami tadi. Mungkin kerana kami 'seangkatan' dan melalui perkara yang sama. Saya faham situasi dia, dia pun faham situasi saya.

    Saya tidak lagi mengharap apa-apa. Takdir Allah dah banyak kali membidas atas muka, saya mengelak macam mana pun, akhirnya akan kena juga. Saya mengejar macam mana pun, akhirnya terlepas juga ...

    Thursday, 24 April 2014

    Pemergian kucing-kucing

    Selepas pemergian kucing-kucing secara 'pukal', saya ingatkan dah berhenti penyakit yang membawa maut kepada mereka. Rupa-rupanya ada juga kes kematian secara mengejut. Ting Tong paling latest dan mengejut. Kalau yang lain, akan nampak tanda-tanda nak 'pergi', tapi Ting Tong yang sihat walafiat waktu pagi, tiba-tiba waktu tengahari dah terbujur kaku. Tak dapat dikesan puncanya, mungkin kena patuk dengan haiwan berbisa, wallahu'alam.

    Selamat tinggal, Ting ...

    Dia paling survivor (selepas mak dia), kalau ikutkan masa dia kecil, teruk juga keadaan nya. Dan semua adik beradik dia meninggal dunia masa kecil. Kecuali dia. Lepas bawa ke klinik, alhamdulillah dia beransur pulih. Dia cuma rapat dengan mak dia, dan anak-anak (masa kecil) je, dengan yang lain tak mesra pun. Apatah lagi dengan manusia, langsung tak mesra. Saya perasan, kucing betina ni tak mesra sangat dengan human beings berbanding kucing jantan yang terlebih mengada-ngada.

    Saya jadi takut nak ada attachments yang kuat dengan kucing, sebab kita tahu hidup mereka tak lama. Paling menyayat hati saya, bila anak-anak kucing yang masih kecil tak dapat survive lama. Rasa helpless sangat tak tahu nak tolong macam mana... Apa pun, saya cuba untuk terima takdir Allah yang menjanjikan bahawa hidup ini hanya sementara ...

    PS-Kembali ke layout TD yang lama, mengimbau kenangan lama. Saya paling 'connected' dengan layout ni dulu.

    Wednesday, 23 April 2014

    Puzzle kehidupan

    Saya pernah tengok sepupu bertungkus lumus menyiapkan satu puzzle saiz besar, terdetik dalam hati 'tabah nya la hai, tak kuasa aku nak menghadap benda tu'. Memang sesuatu yang mustahil lah untuk saya yang serba tak cukup kesabaran ni. Tapi entah macam mana, tiba-tiba boleh TERbeli puzzle saiz besar masa tengah melilau-lilau cari hadiah. Konsep 'TER' digunakan ialah kerana saya langsung tidak merancang untuk beli puzzle tersebut, tak pernah terlintas pun, dan selama saya berpusing-pusing dalam supermarket tu saya tak pernah perasan ada puzzle kat bahagian tu. Padahal dah berapa ribu kali menapak ke situ.

    Dan konsep 'TER' digunakan ialah untuk menunjukkan bahawa saya sendiri tak menjangka saya tergerak nak beli puzzle tersebut. Dahla beli yang hardcore terus, 1000 pieces okay. Ingatkan 1000 pieces ni small matter je, rupa-rupanya saiz dia besar gedabak untuk beginner perasan terror ni. Ohh saya beli yang murah punya, bukan yang original, tu yang mengada sikit. Kalau yang original saya tahu harganya agak mahal, dah tentu2 saya akan fikir 40 kali dan last2 tak jadi beli hehe (sebab pernah masuk kedai puzzle, tapi akhirnya beli yang paling murah tahap budak tadika punya IQ).


    Saya tahu saya bukan jenis yang cekal, tambah pula saya jenis mudah bosan, dan lagi parah saya jenis slow the melow. So, saya tak expect saya mampu siapkan keseluruhan puzzle ni. Setakat buat sampai mencapai indeks kebosanan jela kot, hehe. Tapi bagus juga benda ni, menguji kesabaran betul dan rasa best je bila jumpa pieces yang fit satu sama lain. Kalau tak fit, cuba banyak kali pun tetap tak melekat. Metafora puzzle ni sangat menyerupai keadaan perhubungan antara manusia.

    Bukan dengan semua orang kita boleh ngam, tambah2 yang spesis 'rare' macam saya ni. Nak jumpa yang betul2 ngam tu, agaknya 1 dalam 1000 kot. Lagi 999 yang tak fit tu, cuba macam mana pun, tak kan kemana. Tapi masalahnya kadang2 bila jumpa 1 yang betul-betul kuat chemistry pun, tak kekal juga. Entah di mana silapnya ...