Monday, 20 January 2014

Blog dan kehidupan seharian

Lepas ter'jengah' siri dokumentari berkenaan famous bloggers di astro oasis baru teringat yang saya dah agak lama tak update blog. Huhu. Padahal takde lah lama sangat pun, tak sampai sebulan pun lagi. Cuma memang semenjak menulis di blog serba kepinggiran ni, saya tak rasa 'terpaksa' untuk update. Nak update, update. Tak nak update, sudah. Bukan dapat seketul mesin basuh hatta segedabak lori pasir (?) kalau update blog ni. Hihi.

Dalam dokumentari tadi, diorang kata bloggers ni attention seeker. Betul, memang betul. Kalau tak nak orang baca, baik private je kan. Saya sendiri pun ada sedikit rasa teruja kalau ada yang menelaah entri blog saya dengan begitu tekun. Rasa macam, dia tengah tekan button 'setuju' di setiap perkongsian. Cuma dalam masa yang sama, saya tak mengharap bilangan yang ramai untuk menekan button tersebut. Mental saya tak kuat. Makin ramai orang baca, makin banyak pandangan, makin lebat percanggahan pendapat. Saya kagum juga dengan famous bloggers yang pandai menepis dan menapis segala percanggahan pendapat. Tidak membalas yang negatif dengan negatif, malah mengambil nya sebagai perubahan ke arah lebih positif. Tenang dan cool. Saya mungkin tak lah kot.

Jadi, cukup lah setakat mana yang saya mampu handle. Saya pun tak nak rasa 'terdesak' untuk update semata-mata untuk 'santapan' orang lain. Selalunya, kita mudah menjadi diri bila takde mata memandang. Bukan lah kita menjadi orang lain, bila banyak mata memandang. Cuma kita akan cuba untuk menutup bahagian diri yang tergores parut lemah.

Sebab manusia adakala terlalu obses dengan 'kesempurnaan',
tanpa sedar.

Wednesday, 1 January 2014

Tahun baru, Diya baru

Pantun dua patah yang bunyi nya agak tak reliable, hermm.

So, semalam saya highlights (secara bertulis) perkara2 penting yang berlaku sepanjang 2013 sebelum beradu. Mulanya saya aim 10 perkara sahaja memandangkan saya tidak mempunyai ingatan yang kuat, tetapi bila go through entries TD sepanjang tahun lepas dan mission suku jalan 11-12-13, tak sangka boleh capai ke angka 20. Ada 2-3 perkara yang tak penting sangat, tapi saja gedik nak tulis jugak.



Dan saya baru perasan satu perubahan agak besar yang saya lakukan semenjak beberapa bulan yang lepas, ialah saya jarang sangat minum air sejuk. Seminggu sekali kot, ke sebulan sekali? Okay, mungkin bukan termasuk kategori perubahan yang boleh dibanggakan, tapi bagi saya ia satu anjakan paradigma yang layak menerima standing ovation (gituuuu, agak poyo perempuan ini).