Friday, 28 February 2014

Rahsia hati

Berminggu-minggu jugak rasanya saya rasa lega yang amat setiap kali hujung minggu. Minggu ni pun sama, walaupun tak sepenuhnya lega lagi. Dan selalunya bila tengah serabut, saya malas nak update apa2. Tapi kali ni terdetik nak update sikit bila dengan tidak semena-mena Allah hantarkan seseorang untuk beri saya kesedaran tentang betapa setiap kita ini SEMUANYA sedang fight dengan battles masing2. EACH ONE OF US.

Mungkin Allah nak bagi kesedaran jugak kepada saya, tentang betapa dugaan yang saya hadapi mungkin tidak sedahsyat dugaan2 orang lain. Ada yang lebih hebat lagi rintangan hidup yang mereka hadapi. Saya kagum sebenarnya dengan orang yang mampu meluahkan masalah personal secara face to face. Masalah yang kita tak mampu untuk luahkan even melalui tulisan. Saya sendiri tak mampu, tak sanggup, tak kuat untuk berdepan dengan reaksi orang yang kita pilih untuk dengar masalah kita. Bukan senang nak lafazkan apa yang selama ni kita simpan kemas dalam hati. Bukan senang nak beri kunci pintu hati kita yang paling tersorok pada orang lain. Bukan senang. Tapi Allah jua lah yang membolak balikkan hati kita. Dia yang melembutkan hati kita untuk berkongsi kunci tersebut....

Monday, 17 February 2014

Urusan keluarga

Take off to KL 15th Feb 2014

Alhamdulillah selamat hantar Umar di KLIA, selamat sampai rumah, dan Umar pun dah selamat sampai di Melbourne jam 8 pagi tadi waktu Malaysia. Walaupun hari pertama di KL saya tak berapa 'selamat' jugak sebab kemabukan + masuk angin tak keluar asap + keracunan makanan (kot) + terlebih makan sampai perut menerima kejutan budaya, tapi alhamdulillah dah recover sebelum sampai rumah.

Pertama kali juga saya lembik satu badan sampai hilang habis selera makan. Masa tu mula la menyesali segala kenikmatan yang Tuhan beri selama ni. Kalau ada selera nak makan tu, makan je lah. Jangan ditahan sangat selera makan selagi tak melampaui batas. Bila dah hilang selera, nak makan apa pun tak lalu. Terpaksa paksa makan semata-mata nak tambah tenaga. Bila takde tenaga, nak shopping pun tak larat. Hehe.

PS-Masa nak hantar Umar sebelum dia turun escalator, saya ingatkan ada drama sketsa mak ayah dan Umar, rupa-rupanya Tok Ayah yang jadi watak utama. Lepas Umar peluk je, Tok Ayah terus sebak dan pusing ke arah lain. Huhu cucu kesayangan Tok Ayah katakan.

Friday, 14 February 2014

Empati dan respek

Saya pernah tengok satu rancangan yang membuat kajian berkenaan kanak-kanak remaja yang berusia linkungan 8-12 tahun. Mereka dibahagi kepada dua kumpulan, kumpulan pertama diberi permainan video bola sepak dan kumpulan kedua diberi permainan video yang ganas (bunuh-membunuh). Dalam masa yang sama heartbeat mereka dipantau semasa mereka bermain permainan tersebut. Dan sememangnya permainan video yang ganas membuatkan heartbeat mereka jauh lebih tinggi dari mereka yang hanya bermain video bola sepak.

Dan selepas beberapa jam kemudian, mereka dipanggil masuk ke dalam sebuah bilik seorang demi seorang. Interviewer ada bertanya soalan, tapi fokus eksperimen bukan pada soalan tapi pada sebekas pen pensil yang dijatuhkan (dari atas meja) dengan sengaja oleh interviewer. Bila bekas pen tersebut jatuh ke atas lantai, interviewer akan terus bertanya soalan sambil mengutip pen tersebut.

Saya memang agak taken aback, bila tengok reaksi budak2 yang di temu ramah. Mereka tak bergerak sedikit pun dari tempat duduk, malah menjawab dengan slumber soalan interviewer. Takde nak tolong kutip pen pensil yang berterabur atas lantai, even takde nak initiate tanya 'boleh saya tolong'? I was like, seriously? Even just a simple act, tolong kutip pen je pun, bukan kayu balak, ia sebenarnya menentukan tahap empati kita pada orang lain. Dan mereka yang paling ramai tidak memberi respon itu ialah golongan yang diberi permainan video ganas. Kalau tak silap 80% and above kot kalau dibandingkan dengan mereka yang bermain video bola sepak hanya lah lebih kurang 10%.

Empati dan respek ni saling berkait bagai aur dan tebing (gituuu). Orang yang takde empati, automatik akan jadi orang yang kurang menghormati orang lain. Orang yang hormat pada orang lain, automatik akan mudah ada rasa empati. Walaupun kajian tersebut dilakukan di luar negara (UK), tapi di negara kita sendiri pun dah terlalu ketara evolusi golongan remaja. Sedih bila tengok realiti remaja sekarang yang semakin kurang empati dan respek mereka pada orang lain.

Saya tak terlalu kisah dengan kekurangan lain remaja2 ni, memberontak tak nak belajar ke apa itu normal untuk usia yang tengah berubah alam remaja-dewasa. Tapi yang paling saya terkilan, ialah takde sikit pun rasa hormat mereka pada orang yang sepatutnya dihormati. Ya Allah dahsyat betul penangan zaman teknologi. Seolah-olah teknologi telah menghakis rasa empati dan respek dalam diri mereka. Saya tak pasti samada apakah benar salah teknologi atau salah persekitaran atau sebenarnya salah institusi kekeluargaan itu sendiri?

Penjara diri

"It is not the man who has too little, but the man who craves more, who is poor" - Jose Mujica (Uruguay's President)

Saya ada juga tertanya-tanya apakah keadaan jiwa saya sekiranya saya mempunyai kurang dari rezeki yang Tuhan kurniakan buat masa ini. Atau apakah keadaan nya sekiranya saya mempunyai rezeki yang teramat melimpah ruah berbanding masa sekarang. Saya tak dapat pastikan jawapan. Jika kurang, apakah saya mampu bersabar dan tidak iri hati. Atau jika lebih, apakah saya mampu menahan keinginan untuk memiliki perkara2 yang tidak perlu.

Memang benar lah kata Rasullulah s.a.w, bahawa peperangan yang paling dahsyat ialah memerangi hawa nafsu sendiri. Baginda tidak mengatakan, berperang senjata itu dahsyat, atau berperang dengan penyakit, atau berperang dengan kemiskinan, atau berperang dengan kesukaran ujian hidup. Tidak, peperangan2 itu tidak menduduki carta pertama peperangan.

Kerana apa? Kerana kita semua dilahirkan dengan pakej nafsu yang seiring dengan fitrah. Orang sakit ada keinginan untuk sembuh, orang miskin ada keinginan untuk menjadi kaya, malah orang kaya berlipat kali ganda keinginan mereka. Dan berapa ramai sebenarnya yang diberi peluang melangkah satu pintu sahaja ke arah taman yang penuh dengan berlian permata tetapi memilih untuk melangkah beberapa tapak ke belakang semata-mata untuk membawa bersama mereka yang dipagari beribu bilah pintu lagi untuk sampai ke taman tersebut. Berapa ramai? 

Moga saya tidak terperangkap dalam ruang yang memenjarakan diri sendiri.




Thursday, 13 February 2014

Dari Allah kita datang,

Berhari-hari saya dilema samada nak pergi KL ke tidak hujung minggu ni. Asalnya memang 100% yakin nak pergi, tapi alih-alih dah jadi 50-50 pulak sebab kelas banyak bertangguh dengan meeting itu ini segala macam. Letih nak mengganti satu hal nanti. Itu yang berbelah bahagi empat juta kali. Entah apa lah yang menanti di sana sampai saya dilema sebegini rupa ... aisehhh.

---

Pagi tadi bangun saja dari tidur dengan mamai2 muka kusut masai, Naim beritahu wife sepupu baru meninggal dunia setelah beberapa bulan bertarung dengan sakit leukemia. Speechless tak terkata. Hebat sebenarnya dugaan kematian ni. Even dari segi fakta sekalipun, to cope with the death of loved ones ni antara stress level yang paling tinggi. It's too painful and heartbreaking.

Tapi, kepada Allah juga kita kembali ...

Monday, 3 February 2014

Beku #2

Perasaan 'dull' muncul lagi. At least sekali dalam enam bulan, akan muncul perasaan sebegini. Meaning that dua kali setahun saya encountered perasaan extreme ni, paling ketara sejak tahun 2011. Ia bukan lah sebenarnya merujuk kepada perasaan, ia lebih kepada kesuluruhan sistem anatomi tubuh badan saya seakan-akan berhenti berfungsi tapi 'dikerah' melakukan tugas seharian.

Musik latar mendayu-dayu pun sibuk nak mainkan peranan. Macam kan saya kena tinggal di tengah padang pasir, berjalan mencari sesuatu tanpa penghujung. Saya tak mencari air, menghilangkan haus walaupun tekak saya kering di hembus terik mentari. Saya tak mencari orang, menghantar saya pulang walaupun saya sesat terpinga-pinga di tanah luas. Saya tak mencari apa-apa, tapi seolah-olah ada banyak perkara yang telah meragut ingatan saya dari meneruskan pencarian ... 

Tak tahu macam mana nak describe.

P/S-Layout baru dah tolong explain separuh kot.