Thursday, 20 March 2014

Terapi jiwa

Semenjak awal bulan lepas, saya bertekad untuk menulis rangkap-rangkap hidup yang saya lalui di saban hari. Saya mahu cuba. Sekali lagi, untuk kali yang entah ke berapa ribu. Sekurang-kurangnya untuk tahun 2014 ini. Salah satu faktor yang membuatkan saya bersungguh ialah, saya mahu ajar diri saya agar menerima surat-surat takdir dari Nya. Dan saya tidak hanya merakam kisah senang gembira sahaja, tapi jika ada waktunya saya kecewa, derita, cemas, bersedih, tetap saya lakarkan juga. Walaupun sebelum2 ini, saya cuba mengelak sedaya nya untuk tidak mengekspresikan kisah-kisah gelap yang hanya menyesakkan jiwa.

Tapi, saya silap.

Saya silap. Kenapa Tuhan campakkan manusia ke dunia sedangkan syurga itu terbentang luas?

Dan alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini saya terasa kesan nya 'meluah' di keping-keping kosong. Ya Allah, kuat juga kesannya. Satu perkara yang sangat mengecewakan saya, setelah diluahkan semuanya, keesokannya saya seolah-olah terlupa apakah puncanya yang membuatkan saya sangat kecewa itu. Saya masih lagi terkilan, tapi kecewa nya makin beransur pergi biarpun tidak sepenuhnya. Ini agak ajaib bagi saya yang amat sukar untuk memujuk diri. Saya akui, saya bukan lah seorang yang penuh dengan unsur positif. Untuk melawan sepuluh jenis elektron negatif, memakan masa lebih sepuluh tahun cahaya (?). Tak ke penat namanya tu?

Masih, Allah jua yang mencampakkan suka dan duka itu.

Monday, 10 March 2014

Kerana yang di langit dan di bumi....

Seperti ruh yang berpaksi pada kemanusiaan jiwanya, saya juga turut amat terkesan dengan tragedi yang menimpa negara. Pada mulanya, (ketika pertama kali terbaca berita) saya menyangkakan tanda flight yang hilang dari radar itu hanya lah sementara dan akan timbul semula selepas beberapa ketika. Rupanya, hingga ke jam ini masih lagi tiada tanda2 yang sahih berkenaan MH370...

... itu tetaplah di bawah kanun kerajaan Nya.

Saturday, 8 March 2014

Keaiban yang tidak dapat diselindung

Salah satu nikmat kasih Allah pada kita ialah Dia menyembunyikan dosa kesilapan kita dari pandangan insan lain. Walaupun perkara tu sudah lama berlalu, dan kita telah bertaubat, tapi kerana kasih Nya pada kita, Dia tidak membuka semula lipatan dosa kita yang lalu. Sebab tu kalau orang nampak kita baik dan sempurna, bukan kerana kita takde cela, tapi kerana Dia menutup keaiban kita dari pandangan manusia. Selagi kita menjaga keaiban orang lain, insha Allah di dunia malah di akhirat, Allah juga akan menjaga keaiban kita.

Tapi... kalau di dunia pun Allah dah buka satu persatu cela khilaf kita... dibuka segala pekung dosa lampau kita di khalayak ramai... apatah lagi di akhirat sana. Nauzubillah. Mungkin sebagai peringatan buat kita juga. Supaya tidak terlalu angkuh dengan pembalasan dari Nya...