Sunday, 27 April 2014

Tentang jodoh

Semenjak TD masuk fasa peralihan ke arah kedewasaan (kononnya), saya cuba sedaya nya untuk tidak lagi meluah untuk perkara sebegini. Perkara jiwa(ng)-jiwa(ng), perkara fatamorgana serba tidak pasti ini. Jika diikutkan zaman muda remaja dulu, saya kerap juga berkias-kias tentang yang itu yang ini (walaupun saya tidak bercerita details), tapi alih-alih sampai ke sudah tidak ke mana. Yang tu entah ke mana, yang ni entah ke mana. Saya sendiri pun rasa ralat dan tak tahu kenapa dulu ber-iya sangat nak bercerita tentang yang itu dan ini, sedangkan bukan terikat lagi.

Dan kali ini tidak lah saya nak bercerita tentang siapa-siapa, cuma hari ini saya teringat balik kronologi kisah-kisah silam dulu bila berbual panjang lebar tentang jodoh dengan seorang kakak. Bab ni memang selalu jadi topik hangat, cuma takde lah details sangat. Kali ni je agak terperinci pengisian perbualan kami tadi. Mungkin kerana kami 'seangkatan' dan melalui perkara yang sama. Saya faham situasi dia, dia pun faham situasi saya.

Saya tidak lagi mengharap apa-apa. Takdir Allah dah banyak kali membidas atas muka, saya mengelak macam mana pun, akhirnya akan kena juga. Saya mengejar macam mana pun, akhirnya terlepas juga ...

Thursday, 24 April 2014

Pemergian kucing-kucing

Selepas pemergian kucing-kucing secara 'pukal', saya ingatkan dah berhenti penyakit yang membawa maut kepada mereka. Rupa-rupanya ada juga kes kematian secara mengejut. Ting Tong paling latest dan mengejut. Kalau yang lain, akan nampak tanda-tanda nak 'pergi', tapi Ting Tong yang sihat walafiat waktu pagi, tiba-tiba waktu tengahari dah terbujur kaku. Tak dapat dikesan puncanya, mungkin kena patuk dengan haiwan berbisa, wallahu'alam.

Selamat tinggal, Ting ...

Dia paling survivor (selepas mak dia), kalau ikutkan masa dia kecil, teruk juga keadaan nya. Dan semua adik beradik dia meninggal dunia masa kecil. Kecuali dia. Lepas bawa ke klinik, alhamdulillah dia beransur pulih. Dia cuma rapat dengan mak dia, dan anak-anak (masa kecil) je, dengan yang lain tak mesra pun. Apatah lagi dengan manusia, langsung tak mesra. Saya perasan, kucing betina ni tak mesra sangat dengan human beings berbanding kucing jantan yang terlebih mengada-ngada.

Saya jadi takut nak ada attachments yang kuat dengan kucing, sebab kita tahu hidup mereka tak lama. Paling menyayat hati saya, bila anak-anak kucing yang masih kecil tak dapat survive lama. Rasa helpless sangat tak tahu nak tolong macam mana... Apa pun, saya cuba untuk terima takdir Allah yang menjanjikan bahawa hidup ini hanya sementara ...

PS-Kembali ke layout TD yang lama, mengimbau kenangan lama. Saya paling 'connected' dengan layout ni dulu.

Wednesday, 23 April 2014

Puzzle kehidupan

Saya pernah tengok sepupu bertungkus lumus menyiapkan satu puzzle saiz besar, terdetik dalam hati 'tabah nya la hai, tak kuasa aku nak menghadap benda tu'. Memang sesuatu yang mustahil lah untuk saya yang serba tak cukup kesabaran ni. Tapi entah macam mana, tiba-tiba boleh TERbeli puzzle saiz besar masa tengah melilau-lilau cari hadiah. Konsep 'TER' digunakan ialah kerana saya langsung tidak merancang untuk beli puzzle tersebut, tak pernah terlintas pun, dan selama saya berpusing-pusing dalam supermarket tu saya tak pernah perasan ada puzzle kat bahagian tu. Padahal dah berapa ribu kali menapak ke situ.

Dan konsep 'TER' digunakan ialah untuk menunjukkan bahawa saya sendiri tak menjangka saya tergerak nak beli puzzle tersebut. Dahla beli yang hardcore terus, 1000 pieces okay. Ingatkan 1000 pieces ni small matter je, rupa-rupanya saiz dia besar gedabak untuk beginner perasan terror ni. Ohh saya beli yang murah punya, bukan yang original, tu yang mengada sikit. Kalau yang original saya tahu harganya agak mahal, dah tentu2 saya akan fikir 40 kali dan last2 tak jadi beli hehe (sebab pernah masuk kedai puzzle, tapi akhirnya beli yang paling murah tahap budak tadika punya IQ).


Saya tahu saya bukan jenis yang cekal, tambah pula saya jenis mudah bosan, dan lagi parah saya jenis slow the melow. So, saya tak expect saya mampu siapkan keseluruhan puzzle ni. Setakat buat sampai mencapai indeks kebosanan jela kot, hehe. Tapi bagus juga benda ni, menguji kesabaran betul dan rasa best je bila jumpa pieces yang fit satu sama lain. Kalau tak fit, cuba banyak kali pun tetap tak melekat. Metafora puzzle ni sangat menyerupai keadaan perhubungan antara manusia.

Bukan dengan semua orang kita boleh ngam, tambah2 yang spesis 'rare' macam saya ni. Nak jumpa yang betul2 ngam tu, agaknya 1 dalam 1000 kot. Lagi 999 yang tak fit tu, cuba macam mana pun, tak kan kemana. Tapi masalahnya kadang2 bila jumpa 1 yang betul-betul kuat chemistry pun, tak kekal juga. Entah di mana silapnya ...

Friday, 18 April 2014

Masih bukan peminat gajet

Semenjak dari dahulu lagi, saya kurang berminat dengan anasir-anasir teknologi yang menyerupai objek-objek mudah alih. Saya masih menggunakan handset nokia slide warna gold putih. Dan sebelum-sebelum ini pun saya menggunakan handset biasa-biasa sahaja. Walaupun sebenarnya Tuhan dah bagi rezeki lebih dari cukup, tapi saya masih lagi memandang objek-objek itu seperti pasir di tepi pantai. Langsung tak nampak rare di mata saya. Tak ada apa yang special.

Adik-adik saya semua dah pakat guna smartphone yang berganda mahalnya dari handset saya. Dan saya masih di takuk lama. Saya juga menerima gesaan dari mak, adik-adik, rakan-rakan supaya tukar handset dan join group whatsapp itu ini. Tapi macam biasa, saya buat tak tahu je. Saya memang old school dan conventional type of person. Kalau dah tak berminat, paksa macam mana pun, tetap sama. Cuba kalau kita dah biasa mengayuh basikal, tiba-tiba kena paksa menunggang kuda, boleh ke kita nak adapt dan terima? (okay, takde kaitan huhu)

Saya tak tahu bagaimana 10 tahun akan datang. Memandangkan teknologi berkembang dengan sangat pesat, smartphone senipis 0.22 inch pada masa kini, entah bagaimana pula invention smartphone pada masa akan datang. Sebesar ibu jari je kot? Dan apakah di ketika itu saya akan beralih arah? Dari nampak pasir, tiba-tiba nampak permata? Haha.

PS-Dan sebenarnya, bukan hanya sebab objek tersebut tidak kelihatan seperti permata, jauh di sudut hati saya cuba mengelak dari berinteraksi (secara berlebihan) dengan kebanyakan yang mempunyai tindak balas luar kawal.

"You tend to distance yourself from others because you feel that they’re going to leave anyway." #tumblr

Sunday, 6 April 2014

Tentang hikmah

Beberapa hari lalu saya keluar membeli tudung bawal. Lama juga tak beli tudung bawal yang baru, biasanya saya banyak beli tudung pashmina. Bila saya masuk ke kedai yang pertama, saya pilih satu tudung coklat dan satu tudung kelabu pada asalnya. Tapi entah macam mana jadinya, saya tukar pula tudung kelabu dengan tudung gold. Pertukaran drastik, tak fikir panjang. Padahal, tudung kelabu paling senang matching.

Kemudian, saya menapak pula ke kedai kedua, jumpa tudung coklat yang lebih cantik dari kedai sebelum nya. Ya Allah, terkilan nya Tuhan je la yang tahu. Tadi dah beli yang coklat, membazir pulak beli lagi satu warna sama. Dan kedai terakhir, saya grab juga tudung kelabu yang warnanya pudar dan tak menarik tapi ambil juga gara-gara dapat tawaran murah. Bila dalam perjalanan pulang, tiga-tiga yang saya beli, semua rasa tak kena.

Dah sampai rumah, saya lekas cari baju kurung yang matching dengan tudung gold, kelabu dan coklat tak risau sangat. Cari punya cari, bising punya bising, tiba-tiba saya jumpa baju kurung yang matching dengan warna gold walaupun warna baju tu adalah purple terang + hijau bulat2. Ingatkan mata saya je kero, rupanya adik saya pun nampak baju tu matching dengan tudung gold. Pelik juga mulanya.

Tapi itu lah kehidupan agaknya. Seseorang / sesuatu yang kita rasa tak sesuai atau tak kena pada awalnya, tapi sebenarnya ia lah yang melengkapi akan sesuatu yang lain. Kita ni, mudah sangat gelabah. Kadang bila buat keputusan drastik, mula menyesal begitu begini. Tapi, keputusan drastik tu jugak datang dari gerak hati kiriman Nya ...

Friday, 4 April 2014

Surat 2 : Destinasi impian

Kepada : Diri sebelum umur 30
Daripada : Diri selepas umur 20
Tarikh surat dihantar : undefined
Tarikh surat patut diterima : undefined

Ramai yang memasang angan melancong ke negara luar. Tengok tempat orang ni memang lain feeling dia, kerusi buruk sebelah rumah sikit punya klasik dan rare, tapi kerusi tepi jalan Ho Chin Minh jugak boleh masuk kategori 'selfie by me' versi instagram. Eh, kalau perabot boleh bersuara, dah lama dia pekik-pekik.

Tapi itulah, gigih jugak menapak, berpeluh keringat asal dapat. Menapak pula ke bandar melata batu konkrit, melimpah lampu warna pelangi, lagi hiruk lagi redah, berhimpit dekat pun tak jadi kisah, asal boleh post gambar dengan caption yang berlapik sinis 'i bahagia, you jangan jealous'.

Ajaib nya, saya pernah memasang angan destinasi utama ke Venice. Walaupun saya tak pasti kenapa pada awalnya (mungkin sebab ada sampan tengah bandaraya kot?). Tapi, ada tempat yang paling underrated akibat dikaburi dengan janji-janji manis negara membangun.

Dia punya klasifikasi bahagia tu lain sikit. That's why kot. Tempat yang menganggap mandi parit pun dikira bahagia. Tapi ada perasaan soothing bila (hanya melihat melalui gambar) penduduk-penduduk nya seakan merasa cukup dengan apa ada. Tidak berlumba-lumba.

PS-Mana lagi nak jumpa tempat yang tak tahu kewujudan Channel dan konco-konconya?

Surat 1 : Please, move on

Kepada : Diri sehingga 3 dekad akan datang
Daripada : Diri 3 tahun lepas
Tarikh surat dihantar : 04/04/14
Tarikh surat patut diterima : 04/04/11

Walaupun perkara ini saya boleh lakukan berbulan-bulan yang lepas, atau mungkin bertahun yang lalu, tapi saya masih terperangkap dengan ilusi-ilusi yang dipagari dengan tembok besar, dilestari pula di dalam nya sebuah istana emas, dikelilingi olehnya taman rama-rama, diturut segala mahu dan perintah, yes i mean, perfect. Gila apa mengharap realiti yang macam tu?

Even dalam fairytales pun boleh termakan epal beracun, tertinggal kasut kaca, disumpah tidur berpanjangan.

Apatah lagi realiti.

Ada satu cara nak beza fairytales dan realiti, fairytales ada 'pari-pari', realiti ada diri sendiri. So, tolong sedar diri dan move on.

PS-Mungkin tolak batu seberat 1 tan lagi mudah kot.