Thursday, 31 December 2015

Selamat tinggal 2015

Bila tengok jumlah archive tahun ni berbanding tahun2 lepas, ketara sangat pulak kuantiti nya. Macam belah dua. Memang tahun ni saya kurang aktif mengemaskini rutin harian. Bukan takde apa yang berlaku, tapi sebab terlebih banyak benda yang berlaku, jadi tak tahu nak suarakan bagaimana. Tak mengapa lah, benda dah lepas, kita lepaskannn lepaskannnnn.

Sikit masa lagi, kita tutup kalam 2015 okay. There's no turning back. Jangan ingat, jangan ungkit. Rasanya, 2015 bukan tahun saya. Bukan tahun menambah bunga, bahkan tahun yang mencucuk duri. Sebab tu kot saya malas bercerita panjang.

PS-So, apa kata kita berazam untuk update tiap-tiap hari tahun 2016? *berangan*
PSS-Layout pun nak bertukar musim. Izinkan lah ye.

Wednesday, 30 December 2015

Percutian mengejut

Lepas seminggu, baru datang mood kerajinan sikit nak update blog. Huhu.

Minggu lepas, kami decided nak pergi bercuti satu keluarga. Mak yang mula dulu, kata nak pergi bercuti ke Gambang. Mak proposed pulak masa hari Ahad minggu lepas, lagi 2-3 hari sebelum cuti Maulidur Rasul dan cuti Krismas, memang last minute punya decision.Tapi okay lah, motif utama nak jumpa Seif, alang-alang tu boleh la rehatkan minda.

So, saya selaku AJK penempah hotel setiap kali cuti pun, memulakan tugas hakiki. Kalau dah cuti peak season, dengan cuti sekolah lagi, what do you expect? Memang sold out habis bilik kat Gambang Resort. Then, Naim suggest ke Penang pulak. Saya kurang berkenan nak pergi ke Penang, hati dah terpaut ke Gambang (kononnya). Untuk 'mencantas' idea Naim, saya call je terus kaunter Gambang Resort. Dengan tidak dijangka, terselit lagi bilik kosong untuk Family Deluxe, tapi cuma available untuk 2 hari 1 malam saja. Ayah bagi suggestion. hari berikutnya kita pergi ke rumah bapa saudara dekat Pahang.

Akhirnya, menjadi jugak percutian mengejut kami. Asalkan dapat jumpa Seif.


Kami ambil pakej waterpark sekali. Tapi rasanya ni mungkin kali pertama dan terakhir kami ke sana. Ramai yang sangat amat! Pergi dalam pukul 10 lebih gitu, ingatkan boleh masuk dengan senang lenang, rupanya kena beratur dulu untuk ambil gelang dia. Sungguh, sesak ya Rabbi! Dekat sejam jugak lah kat dalam lautan manusia tu. Bila boleh masuk, ingatkan tak crowded sangat, rupanya sesak kuasa dua! Macam tak enjoy sangat bila banyak kelompok manusia ni. Tapi dah masuk kan, layan jelah apa yang ada. Huhu again.

Friday, 18 December 2015

Lepaskan... lepaskan...

*background music lagu 'Let it go' versi bahasa melayu sedang berkumandang*

Tahun lepas, ai mengada feeling hipster nak beli kamera polaroid instax mini yang agak kecoh fenomena dia satu ketika dahulu. Ia berlaku dengan agak pantas dan ke-tiba-tiba-an sangat. Tanpa fikir panjang, saya grab kamera tersebut bersama beg dia sekali padahal kalau tak beli beg pun tak mati benda alah tu. 

So, okay lah. Dah beli, kita guna jelah kan.

Tapi memandangkan saya ni spesis sengal bin ubi jugak, jadi masa beli hari tu tak tergerak pun nak mintak si penjual tunjuk demo cara-cara nak guna kamera. Maka yang demikian, saya pun terhegeh-hegeh menggodek instructions manual yang dia bagi dan youtube sekali harung.

Bila dah sarung segala kelengkapan dengan filem dan bateri, saya pun macam confused kat mana button on dia. Kalau ikut instructions dia bagi, dah beberapa kali tekan button on dia. Saya pun mula la gelabah ayam sambil menyumpah2 dalam hati *maap, perbuatan tak bermoral sedang berlaku*. Ehh serius panas jugak terasa sebab try and error banyak kali tapi tak menyala jugak lampu dia. Habis tempias sumpahan dilancarkan kepada penjual berkenaan *maap sekali lagi*. Saya pun give up. Cuba bertenang dan memikirkan yang saya takde rezeki jugak nak feeling hipster bagai.

Masa berlalu. Setelah setahun kemudian ...

Pagi tadi, saya tergerak hati nak bukak almari yang saya simpan kamera tersebut. Dan saya tergerak hati, nak tukar filem baru, walaupun filem lama tak guna lagi. Termasuk lah dua ketul bateri. Saya tukar yang baru. Dan bila saya tekan button on, tak semena-mena saya nampak lampu menyala. Dan bila saya tekan button flash dia, maka keluar lah sekeping filem (tanpa gambar) sebagai permulaan untuk mengambil actual gambar.

SPEECHLESS tak tahu nak kata apa.

Saya ketawa kecil seakan menyindir diri sendiri. Like, seriouslyyyyyy????? Bukan seminggu, bukan sebulan, SETAHUN OKAYYY!!!! Bukan sengal ubi dah ni, sengal tahap dewa rasanya. Kamera tu kalau boleh bersuara, dah lama dia sumpah kau jadi bateri, diya. HAHAHA. Selain dari saya takde rezeki nak feeling hipster, saya juga tak berjodoh dengan profession mengambil gambar. I guess I'm not a 'gambar' person anymore. Dulu ketagih juga ambil gambar dan upload dalam blog banyak-banyak. Tapi, dah makin tua ni, lain pulak jadinya.


Inilah mangsa kurungan tersebut

Wednesday, 9 December 2015

Chemistry wins after all

It’s sad how much people don’t understand how necessary compatibility is. Just because ole boy is nice, well-off, and whatever else they consider to be attributes of ‘being good’ doesn’t mean he’s compatible with you. & yes, character and religion are key but I am a thousand million % positive that if you had two choices equal in character and religion, you’re going for the one that you seem to vibe well with…the one that’s more compatible to you. Chemistry is important. CHEMISTRY IS IMPORTANT. You HAVE TO KNOW THE PERSON YOU ARE MARRYING. I’m not talking about all night texts and boo-lovin on the phone, I’m talking about properly getting to know the person you may spend the rest of your life with. It’s not enough if your mother, father, your entire village loves ole boy, what matters is if he is compatible with you. What’s your intuition, what’s the chemistry like, is there potential? - Tumblr 
Tolong sesiapa yang berdekatan, terdekat lagi mendekatkan, tolong baca semua ni. Tolong, please. Kalau takde yang nak baca, saya nak vent habis habisan.

Saya ni, kalau hidup dalam gua ditemani labah-labah mungkin terasa lebih bahagia gumbira daripada senak kepala dengan memikirkan hal-hal di persekitaran yang penuh dengan 'desakan'. Dan saya ni, kalau takde surat beranak hidup sebatang kara mungkin terasa lebih menyamankan daripada diasak dengan bertubi-tubi rasa bersalah terhadap mereka yang terlibat. Sayangnya, saya hidup ditemani insan-insan dan surat beranak saya tertera nama insan-insan yang menginginkan hidup saya bahagia gumbira menyamankan.

Maaf cakap, saya dah berhenti berdoa untuk itu (Allah, tolong maafkan ye?). Saya tak ingat bila, mungkin beberapa bulan yang lalu? Bukan saya tak yakin dengan ketentuan Nya, dan bukan saya angkuh sombong perasan diri bagus ke apa, tapi maaf cakap sekali lagi, saya dah putus harapan. Saya dah tak kisah. Saya dah tak kisah kalau ditakdirkan dunia saya setakat ini sahaja. Saya dah redha se-redha redha nya. Tapi ya Allah... terasa hati dikoyak-koyak bila harapan mereka masih menggunung tinggi...

Sel-sel otak tidak lagi berhubung

So, yeah. Applause untuk diri sendiri.

Demi melihatkan AK 2.0 tertulis '1 year ago', saya tidak tahu samada saya yang suatu ketika dahulu adalah si pari-pari atau saya sebenarnya telah bertukar menjadi si ikan pari tanpa disedari, HEH *menjerit minta tolong dalam diam*

Si pari-pari ada kayu magik yang boleh mengubah menjadi apa sahaja, tapi apabila dia telah bertukar rupa bentuk kepada si ikan pari ni, dia tak boleh pegang kayu magik lagi. Eh tolong jangan mengarut boleh? Terima hakikat okay!

Sunday, 6 December 2015

Kematian itu pasti

Belum reda kesedihan pemergian Pak Yus, rakyat Malaysia dihurung rasa sedih dengan pemergian Putera Raja Johor pula. Saya tidak lah mengikuti satu persatu jalur hidup kedua-dua insan ini, hanya sekadar kenal sepintas lalu melalui media sosial dan layar skrin, tetapi sedikit sebanyak terkesan dengan 'the aftermath' pemergian mereka.

Betapa berrrrbanyak gelen kebaikan yang mereka lakukan sepanjang hayat ditayangkan satu persatu. Allah... takde sekelumit kata negatif pun yang saya jumpa bila baca cerita-cerita tersebut. Sungguh Allah Maha Adil, Dia takkan ambil seseorang yang berbuat kebaikan di dalam gelap, tanpa mengembalikan semula kebaikan itu di dalam terang...

PS-Saya tetap percaya yang kesedihan seorang anak kehilangan ibu / bapa TAK BOLEH LAWAN dengan kesedihan seorang bapa / ibu yang kehilangan anaknya...

Saturday, 7 November 2015

Satu lagi impian termakbul


Akhirnya, tercapai jugak hasrat nak menjejak ke aquaria. Suka? Gumbira? Puas hati? Aduhai, tak berapa sangat kot. Tak boleh menikmati, sebab macam kalut nak keluar. Tsk tsk. Mungkin sebab dah berjalan jauh sebelum sampai ke kaunter aquaria, jadi Mak letih, lemas, tu yang kitorang kena jalan cepat2. Tsk tsk. Sedih jugak tau. Bertahun tahun pujuk Naim bawak ke aquaria, bila dia dah setuju, tak boleh stay lama2. *muka sedih*

Kalau boleh saya nak menilik satu2 jenis ikan kat situ. Sebab in awe sangat bila nampak hidupan laut yang pelik2, cantik2, berrrrmacam jenis. Sampai terdetik dalam hati, ya Allah macam mana ya Tuhan Engkau boleh mencipta makhluk yang sebegitu indah, sebegitu banyak dan Engkau lah yang menghidupkan dan mematikan makhluk2 itu. Incredible sangat tau kehebatan Tuhan ni. Tu baru nampak hidupan si ikan-ikan, belum hidupan lain lagi.

PS-Yang terkilan nya, seif tidur pulak di separuh masa dalam aquaria. Masa mula2 masuk entrance pulak tu dia tidur, padahal kita nak suruh dia tengok fish.

Wednesday, 4 November 2015

Misi mengejar ilmu

Dulu, saya tak pernah terfikir yang saya boleh membentuk 'rupa' yang sebegini sehingga hari ini. Saya sendiri hairan kenapa, bagaimana, bila dan di mana saya bermula untuk renovate 'rupa' lama. Sedar-sedar saya dah pegang berus cat di tangan. Alhamdulillah atas gerak hati yang disampaikan Nya. Saya harap saya tak mengecat separuh tiang sahaja.

Orang kata, manusia susah nak berubah. Tapi benda yang susah nak diubah tu satu-dua perkara je, padahal through times, ada beribu juta benda yang manusia boleh ubah, kena ubah dan akan ubah. Dan saya rasa orang yang tak berubah walaupun bertambah usia, bertambah jangka hayat, ialah orang yang tidak mengejar ilmu, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat dan sesungguhnya dia hanya mensia-siakan hayat yang telah diberi. Sebab orang yang bertambah ilmu ni, dia takkan statik di tempat yang sama. Dia akan sentiasa nak bergerak dari satu ke satu tempat, dari satu tahap ke satu tahap. Sehingga habis hayat, habis masa.

Harap kita tidak tergolong di antara mereka yang mensia-siakan masa. Insha Allah. Takde istilah terlambat selagi tak tutup mata kan?

Pejam celik pejam celik

Dah masuk bulan November,
bulan 11 plus 1 lagi akan jadi bulan 14 minus 2 *muka crying*.
Dah nak habis tahun 2015 plus 5 lagi akan jadi tahun 2020 plus minus *muka pasrah*.
Mana kereta terbang? Mana? *tetiba*

Macam biasa, lepas habis segala taufan untuk satu-satu semester, saya akan mula rasa terpinga-pinga. Cuma, kepinga-pingaan pada kali ini agak ketara kerana taufan menjelma bertalu-talu, namun kemudiannya sekelip mata saja berlalu hilang di angin bayu (ceh, jangan over sangat boleh?). Bila busy, memekak (dalam hati je pun). Bila tak busy, dah saja cari pasal nak mem busy kan diri pulak. Bukan apa, lemas jugak bila duduk tempat sama je. Ibarat naik cable car yang tersangkut tengah jalan, nak bukak pintu tak boleh, kalau bukak pintu, takkan nak terjun pulak. So, jalan penyelesaian nya bertukar lah jadi spiderman (huh?).

Saya rasa saya dah takde air mata nak gadaikan. Kering sekontang nya.  Daripada saya gadaikan air mata, baik lah saya gadai emas berlian, dapat jugak duit. Haha.

Friday, 9 October 2015

Cerita Strangers #2 - Terbang bersama

Beberapa hari lepas, masa saya tengah makan-makan bersama rakan, saya perasan ada dua orang kawan yang makan di meja depan kami.

Kawan 1 saya tak nampak muka sebab dia mengadap bertentangan,
(maaf saya describe begini)
dia free hair dan rambut nya 'perang',
baju agak ketat dengan jeans.
Manakala,
Kawan 2 saya nampak jelas muka dia sebab dia duduk mengadap saya,
dia bertudung bawal bidang labuh,
pakai baju kurung,
dengan stoking kaki dan 'stoking' tangan pulak tu.

Saya pernah je encounter golongan kawan free hair dan bertudung ni. Ada orang bila berkawan dia tak memilih pun. Bagi dia. semua sama. Asalkan masing-masing boleh bersama susah senang. Dan saya tak suka nak judge orang dari segi pemakaian. Orang argue, yang pakai tudung pun bukan elok sangat, yang free hair ada je yang elok perangai. Benda yang berkait pembolehubah manipulasi ni, tak payah nak argue sangat. Kita tak tahu esok lusa macam mana. Tuhan ni, Dia boleh ubah manusia sekelip mata je. 

Bukan isu luaran yang saya kagumkan, saya amused macam mana diorang start berkawan ye?

Bayangan Syurga

Dulu, saya tak pernah mengimpikan syurga. Sebab rasa diri tak layak nak attain syurga. Dan saya pun tak pernah minta pada Tuhan, saya cuma minta dijauhkan dari api neraka sahaja. Itupun saya tak pasti samada permintaan itu diterima atau pun tidak.

Lama saya hidup dengan tidak meminta syurga.

Sehingga lah suatu masa, saya mula tertanya-tanya bagaimana gambaran ketika di dalam syurga. Banyak gambaran indah yang memutar dalam fikiran saya. Yang cantik-cantik belaka. Yang wangi-wangi semuanya. Dan sedikit demi sedikit saya mula mengimpikan syurga.

Dan sekarang,
saya tidak lagi bermimpikan syurga, saya terus meminta Syurga dari Nya.
Kerana saya mula tertanya-tanya macam mana perasaan nya bila hati tidak dipatah-patah.

Sebab saya tahu dalam syurga takkan ada heartbreak. Kan?

Friday, 11 September 2015

Paradox

Saya gemarkan daun berurat berbanding bunga melingkar
Saya sukakan balang kaca berbanding pasu berukir
Saya mencari sinar planet-planet berbanding terang bulan bintang
Saya mahukan warna hitamputih berbanding warna oren merah jambu
Saya melihat jerih payah berbanding kemuncak sukses
Saya mendengar rintih sayu berbanding senyum tawa
Saya mengharapkan tegur berhikmah berbanding kebaikan yang pura-pura
Saya pilih untuk menjauhkan diri berbanding membuka balutan luka lama

Tuesday, 25 August 2015

Update dunia je ni

Baru teringat daku masih mempunyai seketul blog di laman maya ini. Haha.

Dan baru perasan, hari menginjak satu angka semakin hampir. Err excited? Nehi kot. Numb dari minggu audit yang lepas macam tak beransur pulih lagi. Walaupun agak cool down sikit gelombang yang melanda, tapi masih lagi terasa di awang-awangan.

Tahun lepas kemain teruja nak sambung birthday sampai ajak family berholiday tepi pantai feeling2 syahdu. Tahun ni ai takda mood ye. Dalam kepala nak settle marking je weekend ni.

---

Mak saya membebel bila kerap balik lewat. Katanya, kalau dah ada anak nanti, kesian dekat anak lewat malam baru boleh jumpa. Lucu pun ada. Tapi tak pasti, lucu sebab kerja dunia yang hanya dilunaskan kerana takdir atau lucu sebab suami pun takde lagi heh!

Tuesday, 4 August 2015

Minggu gila sedunia

Setelah diperkenankan oleh mohor-mohor besar duli yang maha mulia, maka dengan ini saya mengisytiharkan minggu ini sebagai minggu gila sedunia. Kahhhh!

Gila tak gila nya diri ini bila I was completely detached masa tengah mengkalutkan diri sendiri mengejar ke sana ke mari mengumpulkan itu ini mencukupkan sana sini. Numb weh, numb terus. Robot pun tak gila sebegitu rupa.

Ehh, kalau audit dengan manusia pun kau berdebar macam nak terangkat segala organ nih, habis audit dengan malaikat nanti kau ingat tak tercabut segala organ? Dengan manusia, sekali tanya soalan kalau tak boleh jawab, paling koman effect markah seketul dua je pun. Masih berupaya meneruskan hidup kan.

Cuba kalau dengan malaikat? Sekali tanya soalan, tak boleh jawab, sekali zaasssss!!! Habis takde rupa manusia. Balik asal, tak boleh jawab lagi, berkecai again and again. Sanggup ke Nahdiya?

Saya dengan rasa sangat rendah diri, sebenarnya sangat sangat mengharapkan agar audit bersama Tuhan kelak hanyalah di hijabkan antara saya dan Tuhan sahaja. Means, masa interview tu, ada satu tabir hitam besarrrrr sebesar sayap malaikat yang menutupi di sekeliling saya ketika sesi temuduga nanti. Hehhh,

Berangan lagi, berangan!

Wednesday, 22 July 2015

Pokok patah boleh nampak

Kalau hati yang patah?

Letih nak pujuk hati sebenarnya. 
Pujuk supaya percaya yang Allah berhak ke atas hati-hati kita.

Biasa kita dengar, sentiasa yakin dengan aturan Allah, yakin dengan ketentuan Dia, yakin dengan takdir Nya. Perkataan YAKIN ni ya Allah, dahsyat jugak penangan dia okay. Dengar sepintas lalu nampak senang tutup dua belah mata pun boleh jalan. Tapiiiiiiiiiiiiiiiii, haa panjang harakat tapi nya. Bila nak pasakkan yakin tu dalam hati ni ............... ya Rabbi, bagai merangkak di tengah padang pasir dari satu gunung ke satu gunung mengejar bayangan air!

Tuesday, 21 July 2015

Raya tak formal kita tahun ni

  1. Pagi raya macam kelam kabut tak tahu arah tuju. Takde sesi salam bersalaman secara formal, takde sesi selfie secara formal dan takde sesi menyerahkan duit raya secara formal jugak. Senang cerita, very the informal one raya kali ni.
  2. Raya kedua open house macam biasa. Manusia ramai sampai ke malam. Lewat petang baru sampai sedara-mara diiringi hujan lebat bertimpa-timpa. 
  3. Upacara main mercun bunga api dilaksanakan selepas maghrib. Terkezut habis satu rumah bila 'bom' pertama meletup takda amaran signal ke apa, bom kedua ketiga dan seterusnya we all dah get ready tutup telinga.
  4. Dalam pukul 9, golongan lelaki dikerah bergerak ke padang futsal. Malas nak follow. Stay di rumah saja golongan wanita dan kanak-kanak.
  5. Seif jadi tumpuan of the raya, tumpuan tok ayah dan nenek dia, tumpuan sanak sedara, tumpuan anak-anak sepupu terutamanya. Lepas sorang,sorang duk dukung dia, macam passing bola ragbi. Habis dicium, dicubit, dicalit, dipicit, dipegang sana sini. Seif pasrah, buat muka seposen je.
  6. The next day, meredah jam yang penuh dengan kereta bernombor plat J dan W. 
  7. That day makan nasi dagang dua kali tengahari dan petang di dua tempat berbeza, sampai lupa kenapa suatu ketika dahulu saya tak berminat dengan nasi dagang. Kenapa eh? 
  8. Raya keempat baru ambil gambar keluarga. Itupun tak lengkap ahli. Itupun, ambil ketika pergi beraya di rumah sepupu. Tetiba sangat.
  9. Anda tahu anda telah meningkat tua, bila tiada satu pun rancangan special raya di televisyen yang membuatkan anda begitu eager tidak sabar rasanya ingin menonton sehingga sanggup tak pergi beraya. Tiada.
Seif dah tembun. Bukan bebudak je geram kan dia, mak pak budak pun sama.

Thursday, 16 July 2015

Mula again

Okay, dah masuk ketuk pintu apa semua, boleh tolong potong bawang, goreng ayam, mop lantai, kemas bilik. Meh sini tolong cepat, esok dah nak raya cik kak.

Tahun ni macam tahun-tahun menginjak dewasa. Mood raya kena campak dalam kolam sambil ditabur-tabur pada ikan-ikan. Tapi, baju raya alhamdulillah ada 3 pasang, 2 baju kurung, 1 jubah. Beli masa pergi jalan tar sebelum ni lagi. Tudung raya baruuuu je beli pukul 12 tadi. Tudung bawal kosong jugak yang diburu, tudung shawl oblong glitter dah tinggal pusaka entah nak bagi kat sape ada yang sudi ke? Kasut raya sampai ke sudah tak beli2, tak jumpa yang berkenan di mata. Biskut raya melambak-lambak, penyesalan berganda bila biskut2 yang dibeli tidak menepati citarasa. Duit raya terpaksa dikurangkan, angkara GST yang melanda. Apa lagi yang nak diraya kan ni? Hati?

Thursday, 2 July 2015

Separuh perjalanan

Hampir separuh jalan dah Ramadhan melabuh tirai. Apa je output yang dapat? Segala azam yang di paste kan dari tahun2 lepas tu agak2 boleh hidang jadi puding karamel tak (huh?). Manis over sangat puding karamel tadi, tapi sumbat jugak berkilo-kilo gula dalam badan (err?).

Puasa masa kuliah berjalan memang telah dijangka natijah nya. Terutama on the first week. Huihh lepas solat tarawikh, flat terus! Pernah jugak lepas solat, terus tidur sampai ke sahur. Drain habis. Rasa macam hilang segala glukosa dalam badan. Letih ajaib sangat tahun ni. Yang peliknya, masa tengah puasa tak terasa pulak ke sana ke mari naik turun tangga segala. After effect dia macam lambat sikit. Sudahnya, dua tiga hari jugak terasa kesannya.

Dugaan ya Allah, dugaan kecik je ni diya oiiii!

Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan terakhir?

Alhamdulillah, Allah izin kita sampai pada Ramadhan pada tahun ni. Azam saya copy paste je dari yang tahun-tahun lepas. Cuma dengan harapan, tertunai lah untuk Ramadhan kali ni. Seperti :
  • Masak untuk setiap kali sahur (amboi, mampu ke? tolong mak pun dah kira ajaib)
  • Untuk berbuka sekali? Haha berangan lah banyak2 ye, balik rumah pun rapat ke buka puasa dah.
  • Habiskan separuh Quran pun dah kira jadi untuk saya yang kurang rajin ni.
  • Doa banyak-banyak.
  • Kurangkan perkara sia-sia. Amin ya Rabb.

Insha Allah. Moga Allah permudahkan.

---

Terasa bagai ingin mengucapkan tahniah pada diri sendiri kerana setelah berkurangan viral lagu Kun Anta, saya baru terkedek layan lagu ni. Ye, tahu.

Pray for Sabah

Okay, saya tahu saya dah ketinggalan berpuluh gerabak. But still, Sabah dah (makin) menjadi sebahagian hidup saya. Semenjak menjejak kaki pertama kali di Sabah baru2 ni, banyak perkara yang berlaku berkait dengan Sabah.

Moga Allah lindungi mereka di sana.
Moga Allah jaga.

Backdated punya cerita #2

Berapa kali kena reverse cerita ni?

Rasa macam kanak-kanak terabai pulak blog saya tahun ni. Tengok lah angka, berapa kerat kata je update. Makin berkurang nampaknya ketegaran seorang blogger. Kepala otak tidak lagi diproses untuk menyusun kata, eh banyak lagi benda lain kena proses, tak kuasa.

Okay lah, sebenarnya nak cerita pasal Family Day di Cherating 5hb baru ni. Rancang berbulan lama, alhamdulillah akhirnya Allah izinkan untuk bertemu mata seisi keluarga. Seronok juga, cuma terkilan bila ada benda2 kecil yang tak sepatutnya berlaku. Memang perancangan manusia ni tak dapat tandingi kun fayakun Tuhan kan.

Tapi sesi paling saya suka, bila kami buat pertandingan teka bahasa Kelantan dan main games tepi pantai. Rupa-rupanya banyak sangat perkataan Kelantan yang saya tak tahu, like seriously wujud ke those perkataan tu? Ha gitu. Tambah pulak family belah ayah ni ramai yang bising2, lawak gila, berdekah gelak bila diorang buat aksi. Hilang keayuan terus, haha. Games tepi pantai just for fun dalam kalut apa semua, ramai jugak yang participate. Yang veteran, junior semua join. Sporting habis!


PS-Baru teringat yang saya tak capture satu keping gambar pun di sana. Masalah penuaan ni makin ketara pulak. Sikit pun tak teringat nak ambil gambar sendiri.

Thursday, 4 June 2015

Backdated punya cerita

Masa awal2 kerja dulu, saya kempunan nak pergi Sabah. Tak dapat pergi Venice, pergi Sabah pun jadi lah. Tahap kempunan tu sampai berpuluh kali round duk mengendap website yang tawarkan pakej melancong ke Sabah. Sampai dah buat calculation bagai, dengan niat di hati nak travel alone. KONONNYA.

Tapi, hakikatnya apa-apa jenis keterujaan tu takkan lasts forever punya. Bila dah terumbang ambing ke sana sini, begitu begini, saya jadi lupa akan keinginan membuak-buak ingin ke Sabah suatu ketika dahulu. Dan sampaikan saya lupa, dah kenapa kenapa aku ber iye sangat nak pergi Sabah hari tu hah? Mungkin sebab saya gila nature kot. Saya prefer gunung lagi dari laut. Kat Sabah, dia punya nature park banyak yang menarik. So, mungkin lah.

Dan baru ni, tanggal 26hb Mei, dengan TAK TERFIKIR LANGSUNG akan sampai ke Sabah, tetiba saya boleh sampai ke sana macam magik kena sumpah pari-pari (?). Agaknya Tuhan ni, Dia suka tunai permintaan kita masa kita rasa biasa2 tak excited kot. Sebab banyak kali dah berlaku. Masa feeling tengah tawar takde mood, masa tu lah benda tu jadi.

Saya pergi sana pun atas urusan kerja, takde perasaan nak pergi berjalan pun. Rupanya KK takde apa sangat, orang kata yang best nya Kundasang. Angkara parallel session terkena masa petang hari kedua, tak sempat nak mencelah ke mana-mana. Otak saya pesen tak boleh split dua. Kalau kerja, kerja jelah yang duk fikir sampai terbawak ke mimpi apa semua. Kalau betul nak bercuti, jangan kacau minta email report ke apa. Habis berderai segala mood yang ada.

Ulang alik dari hotel menginap ke hotel kejadian, macam kan dah expert pulak rasa.

PS-Esok bergerak ke Cherating sempena family day sebelah ayah. Dari tahun lepas lagi duk plan bagai, excited semua tak kira usia. Macam dah boleh imagine, resort kat sana nanti akan dikonker habis habisan!

Saturday, 16 May 2015

Pengubat jiwa

Awal bulan baru ni ada buat majlis aqiqah Seif. Macam suasana raya jugak lah, ramai yang datang (tapi tak seramai masa raya rumah terbuka). Mujur Seif tak menangis ke apa masa tengah selawat kan dia. Budak ni tidur sepanjang masa, sekejap je dia jaga, lepas mengamuk minum susu apa semua, dia sambung tidur balik. Mungkin sebab baru sebulan lebih, so kalau main agah-agah pun dia tak nampak lagi.

Tapi lepas seminggu aqiqah, kami pergi melawat dia, ketara pulak development dia. Dah kurang tidur, dah nampak sikit, dah pandai senyum senget, dan yang pastinya dah makin berat. Badan dia tak la chubby mana, pipi je tembun sikit, tapi bila dukung dia lama2, boleh tahan lenguh jugak. Mak cakap mungkin sebab baby boy, berat tulang lebih pada baby girl. Dan Seif cepat naik berat, berat dia naik dua kali ganda dari masa lahir hari tu. Alhamdulillah, cepat dia membesar. Tak sabar nak tunggu dia besar sikit lagi.

Buku kata dihidupkan

Semenjak Awan Kertas berkubur, saya tidak lagi acah-acah menulis apatah lagi mencari idea. Mungkin bila lama tak diasah, makin lama jadi makin tumpul. Ataupun saya dah terkena 'penyakit' writer's block. Susah juga nak sembuhkan semula. Apa pun, saya let it go jelah AK buat masa ni.

Cuma dengan minat yang masih berbaki, saya mahu menulis secara handwritten hasil-hasil lama yang pernah digarap. Tapi tak pasti lah boleh bertahan rajin ni sampai ke mana. Baru habis tulis yang tahun 2011, tahun 2012 baru start sikit2 dan tahun ni paling banyak kata tercipta. Saya cuma kumpul kata2 yang dekat di hati saja. Yang tak jemu bila ulang baca. Banyak yang tak dipilih juga. Sebab ada sesetengah yang saya tulis kononnya mempunyai maksud tersirat, tapi bila saya baca sendiri sampai ke sudah tak faham maksud dia. Motif apa entah. Yang over pun ada, geli tengkuk bila baca balik.

Mungkin suatu hari nanti, jika saya hilang ingatan, betul2 hilang ingatan tak ingat password blog ni ke apa, buku tersebut boleh jadi rujukan. Atau mungkin satu hari nanti, buku ini boleh diletak harga seribu dirham? *matakeatas

Tuesday, 28 April 2015

Berkenaan takdir

Ada beberapa idea sebelum ni yang ingin diutarakan dalam blog, tapi sebab bertangguh akibat kena settle kerja itu ini, terus melayang segala idea tersebut. Idea ni bila tak 'dilepaskan' masa dia tengah membuak-buak, jawabnya tertanam lah akan dia ditelan masa. Satu kerja pulak nak kambus balik.

Cuma, ada satu benda yang saya rasa perlu jugak highlight kat sini. Berkenaan takdir. 

Kadang-kadang ada satu masa yang kita boleh rasa ada nya kuasa besar yang sedang merancang perancangan kita. Banyak kali sebenarnya perancangan yang saya lakukan tersasar tersimpang ke sana sini. Banyak kali merancang untuk ABC tiba-tiba jadinya $%^*@$(*&%. Lagi tambah menyeksa jiwa raga, bila perancangan yang dah jadi tu tak boleh nak reverse balik. TAK BOLEH OKAY! Jadi macam pokok tak boleh berganjak, sampai mati pun kekal di situ.

Dah nak buat macam mana, takdir lah namanya tu. Takdir ialah bila benda yang kau elak bagai nak rak sekalipun, akhirnya melantun jugak atas muka. Padan lah muka.

Monday, 30 March 2015

Jatuh menjunam

Pertama kali dalam hidup, keterujaan untuk pergi melancong jatuh menjunam hingga ke dasar laut. Apa dah jadi dengan saya niiii? Sebelum ni kemain berangan nak pergi sana, nak pergi sini, nak pergi sinu, sani, sana lagi. Alih-alih dalam sekelip mata, kau langsung takde mood nak pergi mana-mana, dan kau harap kau boleh hidup dalam gua lagi bagus. Seriously, virus menyampah dalam tubuh saya dah membiak ke tahap kronik.

Umar, Nana ajak pergi Seoul, saya macam blerghhh. Mak, Ayah ajak pergi Melbourne masa Umar konvo nanti, pun saya rasa blerghhhhh. Ehhh masalah otak ke apa? Saya dah sampai tahap di mana otak saya tak boleh produce excitement terhadap perkara yang saya ingin lakukan selama ni. Seolah-olah otak saya hantar satu signal di mana saya tak rasa berbaloi pergi melancong riang ria ke sana ke mari tapi alih-alih bila balik ke dunia realiti, kau akan buat benda 'SAMA' over and over again. Tak worth it okay!

Wednesday, 18 March 2015

Moga menjadi anak soleh

Lebih seminggu anak saudara saya lahir, baru sempat saya menghadap update di sini. Allah ... seminggu dua ni memang fully utilize penggunaan suis robot je. Takut nak tukar suis manusia, sebab risau kalau-kalau saya tiba-tiba bertukar menjadi bulan penuh mengambang (?). Dengan suis robot, sekurang-kurangnya saya takde rasa benci atau marah atau geram. Perasaan suka apatah lagi.

Okay, berbalik cerita anak sedara pertama yang juga merangkap cucu pertama bagi kedua-dua belah pihak. Saya rasa satu hari nanti, saya nak buat slot dokumentari untuk si kecil itu di saat sebelum dan selepas dia dilahirkan. Betapa anxious semua orang menunggu kehadiran dia. Semua pun excited. Sebab first time kan. Tapi, dokumentari ringkas saja lah (takde idea lagi ni). Itupun kalau dia dah besar esok, saya ingat lagi momen-momen tersebut. Huhu.

Apa pun Seif, Cik Ya harap Seif membesar cepat-cepat, sihat-sihat, baik-baik, soleh-soleh. Nanti insha Allah Cik Ya nak ajar mengaji (amboi, berangan. anak sendiri mana? haha). Tak sabar nak tunggu dia besar sikit, boleh main sama-sama. Sekarang dia kecik sangat lagi, sama size dengan saya masa baru lahir dulu. Berat 2.2 kg je. Nak dukung memang of kos tak berani lah daku. Setakat sentuh2, panggil2 je. Tapi kalau dia menurun sebelah bapak dia, kejap je membesar nya. Tak sangka Naim dah jadi bapak. Unbelievable pulak rasa.

Thursday, 5 March 2015

Cerita Strangers #1 - Pakcik lampu merah

Peristiwa yang berlaku pada petang tadi masih lagi mengigit ingatan saya.
Masih lagi menghimpit perasaan saya.
Untuk pertama kali sehayat hidup, saya sangat mengharapkan agar dapat dibuat pilihan di ketika saya mula dicipta...

---

Ketika menunggu lampu merah bertukar warna, saya sedikit hairan melihat pemandu kereta di hadapan (lane kiri, saya di lane kanan) tiba-tiba keluar dari kereta. Kelihatan dia sangat resah, dan dia mengisyaratkan kereta rosak pada pemandu kereta di belakang keretanya. Saya agak terkejut dengan reaksi kereta di belakang bila pemandu tersebut tiba-tiba mengundur ke belakang, seolah-olah nak bertukar arah ke lane kanan. Dia just undur, tak keluar tak apa. Hello? Encik tahu ke encik sebenarnya seorang lelaki?

Encik kereta rosak tadi takde pilihan, melainkan menolak kereta nya ke tepi. Saya ingatkan dia sorang2, rupanya ada anak lelaki dia di sebelah seat pemandu. Lega sikit rasa, tapi luluh hati in a split second bila tengok anak dia yang masih lagi di bangku sekolah. Walaupun seluar hijau yang dia pakai tu menunjukkan dia mungkin form 2/3, tapi size dia ala-ala budak darjah 5/6 je okay. Ya Allah, apa lah sangat kudrat budak tu. Ayah dia nampak struggle gila nak tolak kereta ke tepi. Tuhan jela tahu betapa pasrah nya muka anak dia ketika tu.

Dalam 5 saat lampu hijau, baru saya perasaan kereta depan dah bergerak. Nasib baik tak kena hon dengan lori belakang. Sebab masa tu tengah contemplating tahap dewa nak tolong ke tidak. Dengan pakai baju kurung nya, dengan kereta berderet kat belakang, dengan lampu hijau nya dan yang pentingnya kau tu larat ke nak tolak kereta Diya? Nak bukak penutup botol pun tak lepas, inikan nak tolak kereta. Jangan perasan angel sangat lah Diya.

Bila lepas je simpang empat tu, saya mula mintak benda bukan-bukan. Patutnya mintak lah dengan doa supaya ada manusia baik hati boleh tolong dua beranak tu. Tak pasal-pasal mintak nak tukar jantina pulak. Haha, kadang rasa nak lempang diri sendiri pun ada.

Yang tambah kesian nya, kereta diorang nampak uzur sangat. Macam dah banyak kali rosak, tapi gigih jugak lah ayah dia bawak ke hulu ke hilir ambil anak dia balik sekolah. Harap sangat anak dia besar esok, boleh balas balik jasa mak ayah diorang. Tiba-tiba buat garapan masa depan pulak. Eh, nak tahu ending boleh tak? Ada orang tolong diorang ke tak ni hah?

Saturday, 21 February 2015

Anak kucing saya #5


Alhamdulillah, sempat juga bawa Popo ke klinik. Dr. Vet kata Popo hanya demam panas bukannya terkena virus. Tapi risau pulak dia tak lalu makan 2 hari ni. Mungkin Popo sedang bersedih dengan kehilangan Melati (adik dia). Melati tak sempat diselamatkan baru ni akibat terkena virus. Kena pulak masa weekdays, dengan kesibukannya, langsung tak expect dia tengah sakit. Saya masih lagi terkilan, mengenangkan Melati antara yang paling cantik dan masih di usia remaja.

Sekarang ni musim panas yang membuatkan kucing2 mudah terkena penyakit. Sama macam kejadian tahun lepas, ramai kucing2 saya 'pergi' dalam masa yang singkat.. Tahun ini, tragedi sama berulang kembali ...

Mental hacking

 

Saya risau jugak ni, kalau-kalau saya confused dengan memori yang benar-benar berlaku dengan memori yang tak pernah berlaku. Sebab adakalanya memori kita ni mudah untuk dimanipulasi. Mudah restructured. Mudah untuk ditokok tambah. Kerap kali juga bila teringat memori lama, saya mula MEMILIH untuk classified kan memori tersebut sebagai mimpi mainan tidur sahaja.

Terutama memori yang saya MAHU 'lepaskan'...

Friday, 20 February 2015

Bonding reason only

Kebanyakan wanita sukakan kanak-kanak, sebab memang dah fitrah yang Allah bagi untuk insan yang bakal menjadi ibu. Cuma ada sesetengah sahaja yang agak special case, termasuk saya yang jenisnya bukan a kid's person. Saya ni kira slowly dah terbit naluri keibuan (kot?), tapi tak ketara sangat. Saya masih lagi awkward dengan spesis mereka, sampaikan kalau ada budak-budak yang approach datang dekat, saya cuma mampu tersenyum sahaja (nasib baik aku tahu senyum jugak haha).

Terbaru, masa drive nak balik KB, ada kereta Avanza kat depan dengan 3 kanak-kanak duduk seat belakang, tiba-tiba melambai ke arah saya. Mulanya saya senyum jelah, tapi tiga budak ini over pulak melambai nya. Layan jelah, lambaikan balik. Suka kemain diorang, sampai pergi report dekat mak bapak dia kat seat depan. Saya dalam hati ni, harap2 lepas traffic light tak sehaluan dengan diorang. Sekali, lalu jalan sama jugak. Apa lagi, sambung melambai bebudak tu. Entah apa yang diorang excited kan pun tak tahu lah. Ini masalahnya saya dengan kanak-kanak, motif mereka tidak dapat diduga.

Dengan anak-anak sepupu, saya melayan jugak lah. Terutama yang kerap jumpa. Yang mana ada bonding reason, insha Allah saya tak kekok. Tambah-tambah dengan anak sedara yang bakal lahir ni. Bila adik ipar tunjuk pergerakan baby dalam kandungan, aduhaiii risau pulak Cik Ya takut dia menurun perangai bapak dia. Naim nakal hoiii masa kecik2 dulu. Jenis tak boleh duduk diam, hyper aktif punya budak. Kalau hyper pun, harap2 la perangai dia menurun mak dia, huhu.

Kehidupan 'normal' mereka

Bila tengok mereka yang di sekeliling, saya tertanya-tanya banyak kali pada diri sendiri ..

'What am I doing with my life?'

Apa yang saya buat dengan hidup saya selama ni ... Apakah saya hanya membazir masa? Kenapa seolah-olah saya kelihatan tidak 'se-normal' mereka? Saya tidak mempersoalkan takdir. Malah saya tidak juga cemburu dengan kehidupan 'normal' mereka. Saya cuma tertanya-tanya salahkah jika saya tidak mempunyai kehidupan seperti mereka (just yet..)?

Tahun ni, agak ketara perdebatan yang berlaku di fikiran saya. Mungkin sebab dah beranjak satu angka, tapi masih lagi takde anjakan perasaan terhadap sesiapa. Apa masalah entah frozen sangat feeling engkau ni Diya? Pergi hidup dekat Antartika lah senang kalau dah dalaman pun jatuh paras beku. Herhh!

Orang kata bukan setakat doa dan tawakal je, usaha pun kena jalan. Jenuh jugak saya duk fikir, gaya macam mana yang dikatakan 'usaha' tu? Kalau usaha (kononnya) berubah menjadi lebih baik, memang sedang mencuba walaupun kadang-kadang tergelincir jugak. Cuma bila tanya seorang kakak yang mengalami ujian yang sama, dia kata yang dikatakan usaha tu mungkin tak menutup 'pintu' bila ada yang mengetuk (ye lah, perempuan ni takkan nak ber-iya sangat kan). Saya rasa masalah saya mungkin, kalau ada yang ketuk sekalipun, sampai ke sudah saya buat-buat tak dengar, hahaha.

---

Rezeki masing-masing. Itu je yang saya sedang pujuk. Dan saya baru tahu yang jodoh dan rezeki ni jatuh dalam kategori takdir yang boleh berubah. Yang tak berubah, cuma ajal maut. Mulanya saya ingatkan jodoh dan rezeki memang dah ditetapkan. Tapi ada ayat firman Allah yang mengatakan Dia takkan mengubah nasib seseorang melainkan tuan empunya sendiri yang mengubahnya. So, memang betul lah ia boleh berubah, depends on sejauh mana kita usaha.

Macam dah boleh agak kat mana check point jodoh saya berubah-ubah. Mungkin 3 check point kot? Ke dua je? Lebih kurang lah. Agaknya, check point last sekali Allah nak bagi harta karun yang lagi banyak kot, hehehe.

Sunday, 15 February 2015

Memori kekal

Okay, otak dah boleh parking tempat asal.

---

Mak ayah selamat sampai jam 12 tengah malam. Masing-masing bermata kuyu, tak bermaya. Sempat sembang setengah jam sahaja, mata saya tak dapat bertahan lama. Sempat la jugak dengar ayah bercerita tentang Masjidilharam yang tak sudah-sudah kerja constructions dan akan diubah bina struktur ala-ala stadium. Kalau Madinah ada pepayungan, Mekah akan ada bumbung peneduh yang boleh membuka dan menutup. Entah bila nak habis constructions di Mekah. Tahun 2009 pergi hari tu pun tak settle lagi.

Madinah jugak yang tenang. Tapi rupanya, Ayah kata yang tempat kami menginap dulu tu tempat yang bertentangan dengan segerombolan manusia. Patutlah tenang semacam. Ingatkan memang Madinah tak seramai populasi Mekah. Apa pun, takde kata boleh digambarkan bila melangkah masuk Masjid Nabawi dan Masjidilharam. Saya punya in awe dengan suasana di sana, sampai boleh ingat setiap detik sepanjang kaki melangkah selama lebih setengah tahun lepas pulang ke tanah air. Ini dikira perkara ajaib sebenarnya, untuk manusia 'cacat' ingatan seperti saya.

Friday, 13 February 2015

Tenang lah di sana wahai insan dijemput Syurga ...

Semalam ketika mendapat tahu perkhabaran perginya tok guru kesayangan semua, saya masih dalam keadaan 'in denial'. Nak kata tak percaya, dah heboh di group whatsapp dan media sosial. Nak kata percaya, hati tidak meratapi. Apa yang sebenarnya berlaku pada saya semalam? Sungguh saya 'lost'. Jadi 'numb' seketika (akibat asakan kerja berterusan agaknya). Beberapa minggu sebelumnya, pernah terbit lintasan hati akan hampir nya masa tok guru bertemu dengan Sang Kekasih. Mungkin kerana tidak mahu mempercayai 'gerak hati' yang tidak enak itu, sehingga benar ia terjadi, saya masih lagi 'in denial'.

Selesai mengadakan common test pada sebelah pagi, saya pulang ketika hampir masa solat Jumaat. Bila saya baca semula berita kematian beliau, dan komen-komen yang meratapi pemergian ayahanda, saya seolah terjaga dari lamunan panjang. Ya Allah, apakah ini yang benar-benar terjadi? Apakah kami telah kehilangan ayahanda kami? Apakah kami ditinggalkan seorang murrabi? Saya mula menangis tanpa kata. Dan saya dapat merasakan berjuta ramai lagi yang teramat sedih dengan pemergian tok guru.

Keinginan untuk bertemu mata ketika hayat beliau, tidak juga kesampaian. Hanya tinggal pilihan untuk bertemu di Syurga sahaja nanti. Itupun jika saya juga layak dijemput Syurga.

Tenang lah di sana wahai ayahanda.
Tugas ayahanda telah pun selesai.
Tinggalkan untuk kami menyambungnya.
Tidak perlu lagi ayahanda gusar,
kerana pemergian ayahanda telah menunjuk seribu macam tanda
yang ayahanda hidup dengan berpaksi satu kiblat sahaja.
Lillahita'la.

PS-Baru sekarang saya faham kenapa apabila wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w, suasana pilu menyelubungi kota Madinah. Sehingga kan Bilal bin Rabah tidak dapat menghabiskan laungan azan. Perasaan hiba yang sukar digambarkan. Hanya yang benar cinta sahaja dapat merasai peritnya sebuah kehilangan....

Tuesday, 10 February 2015

Boleh tak?

Boleh tak kalau nak letak otak kat luar kejap? Sejam pun dah cukup. Nak letak tepi je, bukan nak buang. Neurons yang bercambah macam tak muat tempurung dah.

Kenapa kerja menimbun sangat masa mak ayah saya takde ni? Minggu lepas, belum apa-apa lagi boleh terdemamkan diri lepas hantar mak ayah di airport. Sebab saya tahu sekarang bermula nya hectic season, jadi bila mak ayah takde, segala urusan rumah kena masuk database otak jugak. Sampai dalam mimpi pun otak kena bertugas. Kalau boleh keluarkan otak ni senang sikit, boleh sort by portion. Bahagian serebrum, fikir pasal kerja. Bahagian medula oblongata, fikir pasal rumah. Memandai je aku ni, heheh.

Dan jenis saya, memang tak suka layan demam. So, melawan jugak la sepanjang dua hari. Sampai mengajar pun, jadi slow motion gila. Nak ambil MC, tak sempat pergi klinik. Tahan jelah. Dan saya rasa orang tak perasan pun saya demam. Cover baik punya. Tapi alhamdulillah tak lama. Kebah dengan sendiri nya. Cuma datang pulak penyakit batuk sampai susah nak bercakap! Ya rabbi, ujian betul minggu lepas. Saya lagi rela demam saja, tanpa batuk.

Itu minggu lepas. Minggu ni pulak, minggu gila sedunia.

---

Jadi, boleh tak nak letak otak kat luar kejap ni?

Monday, 9 February 2015

Kapal di atas awan

Semenjak-menjak dilantik menjadi 'ketua keluarga' bermula pada 2hb,
saya dapat rasakan yang otak saya telah bercambah 300 juta neurons yang baru.

Dan saya sebenarnya tak sabar menunggu hari sabtu 14hb ni,
kerana saya risau jika terlalu banyak neurons yang bercambah,
saya akan mula mencipta kapal di atas awan.

---

Itu namanya muqadimah untuk membuang sawang di blog. Agak lama tak update, jadi beku segala idea. Ditambah pula dengan masa di kemuncak pertengahan semester sekarang ni, dan ditambah lagi mak ayah saya pergi mengerjakan Umrah, saya tak tahu di mana mahu dimulakan cerita dan ketika mana saya perlu bercerita. Dan bila tahu untuk bermula dan menyelit masa, jadi tak tahu nak susun ayat pulak.

Silap haribulan, saya memang akan cipta kapal di atas awan jugak nanti. Haihh.

Friday, 9 January 2015

Rezeki dari langit

Pada musim bencana begini, mencurah-curah rezeki yang ingin dikongsi bersama dengan mangsa-mangsa banjir. Saya terpana juga bila melihat dengan mata sendiri. Sangat-sangat pemurah insan yang diilhamkan Tuhan, even mangsa banjir sendiri pun nak menderma pada mangsa banjir lain yang lebih teruk keadaannya. Tak cukup dengan berkotak-kotak makanan, mereka hulur lambakan pakaian. Pakaian jangan cakap lah, berguni-guni orang nak sedekah (tapi bukan nak argue ke apa, kalau nak sedekah, tolong lah bagi pakaian yang elok sikit. tak payah la bagi baju2 yang layak jadi kain buruk. kesian okay dekat orang nak pakai tu. lagi parah kalau orang buang pulak baju buruk awak tu).

Satu yang saya kagum, bila pergi ke mana-mana je, MESTI akan jumpa deretan kereta besar 4x4. Kadang sampai 1km geng dia saja. Lagi best bila nampak kibaran bendera pada kereta mereka. Sampai rasa macam belajar sejarah pulak nak ingat balik jenis-jenis bendera yang ada kat Malaysia ni. Bendera Terengganu pun saya boleh tertukar dengan bendera Perak (haha nampak sangat dah lupus ingatan bab2 sejarah ni). Banyak lagi lah jenis-jenis bendera lain. Hebat mereka ni. Siang malam tak putus-putus hulur bantuan. Saya sangat tabik mereka yang termasuk golongan sukarelawan. Tambah-tambah yang betul ikhlas nak bantu.

"Orang ikhlas biasanya tak banyak 'bunyi'."

Terdengar kata seorang adik pada rakannya yang sama-sama sedang sibuk menyusun pakaian untuk diagihkan pada mangsa banjir.

Simple tapi deep.

Thursday, 1 January 2015

2015

Lupa nak buat penutup 2014. Cepat sangat masa berlalu, sampai tak sedar2 tahun bertukar nombor. Saya tak berminat nak recall balik apa yang berlaku tahun ni. Lagipun tahun ni agak 'dull' dan tiada apa yang istimewa berlaku (kecuali dua tiga perkara). Tambah pula tragedi2 besar yang menimpa negara. Walaupun bukan kena pada diri sendiri, tapi siksa tu sedikit sebanyak terasa juga.

---

Usia dunia (yang menakutkan bunyinya) makin bertambah,
usia akhirat (yang triple menakutkan) makin berkurang.
Bagaimana kesudahan kita agaknya?