Friday, 9 January 2015

Rezeki dari langit

Pada musim bencana begini, mencurah-curah rezeki yang ingin dikongsi bersama dengan mangsa-mangsa banjir. Saya terpana juga bila melihat dengan mata sendiri. Sangat-sangat pemurah insan yang diilhamkan Tuhan, even mangsa banjir sendiri pun nak menderma pada mangsa banjir lain yang lebih teruk keadaannya. Tak cukup dengan berkotak-kotak makanan, mereka hulur lambakan pakaian. Pakaian jangan cakap lah, berguni-guni orang nak sedekah (tapi bukan nak argue ke apa, kalau nak sedekah, tolong lah bagi pakaian yang elok sikit. tak payah la bagi baju2 yang layak jadi kain buruk. kesian okay dekat orang nak pakai tu. lagi parah kalau orang buang pulak baju buruk awak tu).

Satu yang saya kagum, bila pergi ke mana-mana je, MESTI akan jumpa deretan kereta besar 4x4. Kadang sampai 1km geng dia saja. Lagi best bila nampak kibaran bendera pada kereta mereka. Sampai rasa macam belajar sejarah pulak nak ingat balik jenis-jenis bendera yang ada kat Malaysia ni. Bendera Terengganu pun saya boleh tertukar dengan bendera Perak (haha nampak sangat dah lupus ingatan bab2 sejarah ni). Banyak lagi lah jenis-jenis bendera lain. Hebat mereka ni. Siang malam tak putus-putus hulur bantuan. Saya sangat tabik mereka yang termasuk golongan sukarelawan. Tambah-tambah yang betul ikhlas nak bantu.

"Orang ikhlas biasanya tak banyak 'bunyi'."

Terdengar kata seorang adik pada rakannya yang sama-sama sedang sibuk menyusun pakaian untuk diagihkan pada mangsa banjir.

Simple tapi deep.

Thursday, 1 January 2015

2015

Lupa nak buat penutup 2014. Cepat sangat masa berlalu, sampai tak sedar2 tahun bertukar nombor. Saya tak berminat nak recall balik apa yang berlaku tahun ni. Lagipun tahun ni agak 'dull' dan tiada apa yang istimewa berlaku (kecuali dua tiga perkara). Tambah pula tragedi2 besar yang menimpa negara. Walaupun bukan kena pada diri sendiri, tapi siksa tu sedikit sebanyak terasa juga.

---

Usia dunia (yang menakutkan bunyinya) makin bertambah,
usia akhirat (yang triple menakutkan) makin berkurang.
Bagaimana kesudahan kita agaknya?