Saturday, 21 February 2015

Anak kucing saya #5


Alhamdulillah, sempat juga bawa Popo ke klinik. Dr. Vet kata Popo hanya demam panas bukannya terkena virus. Tapi risau pulak dia tak lalu makan 2 hari ni. Mungkin Popo sedang bersedih dengan kehilangan Melati (adik dia). Melati tak sempat diselamatkan baru ni akibat terkena virus. Kena pulak masa weekdays, dengan kesibukannya, langsung tak expect dia tengah sakit. Saya masih lagi terkilan, mengenangkan Melati antara yang paling cantik dan masih di usia remaja.

Sekarang ni musim panas yang membuatkan kucing2 mudah terkena penyakit. Sama macam kejadian tahun lepas, ramai kucing2 saya 'pergi' dalam masa yang singkat.. Tahun ini, tragedi sama berulang kembali ...

Mental hacking

 

Saya risau jugak ni, kalau-kalau saya confused dengan memori yang benar-benar berlaku dengan memori yang tak pernah berlaku. Sebab adakalanya memori kita ni mudah untuk dimanipulasi. Mudah restructured. Mudah untuk ditokok tambah. Kerap kali juga bila teringat memori lama, saya mula MEMILIH untuk classified kan memori tersebut sebagai mimpi mainan tidur sahaja.

Terutama memori yang saya MAHU 'lepaskan'...

Friday, 20 February 2015

Bonding reason only

Kebanyakan wanita sukakan kanak-kanak, sebab memang dah fitrah yang Allah bagi untuk insan yang bakal menjadi ibu. Cuma ada sesetengah sahaja yang agak special case, termasuk saya yang jenisnya bukan a kid's person. Saya ni kira slowly dah terbit naluri keibuan (kot?), tapi tak ketara sangat. Saya masih lagi awkward dengan spesis mereka, sampaikan kalau ada budak-budak yang approach datang dekat, saya cuma mampu tersenyum sahaja (nasib baik aku tahu senyum jugak haha).

Terbaru, masa drive nak balik KB, ada kereta Avanza kat depan dengan 3 kanak-kanak duduk seat belakang, tiba-tiba melambai ke arah saya. Mulanya saya senyum jelah, tapi tiga budak ini over pulak melambai nya. Layan jelah, lambaikan balik. Suka kemain diorang, sampai pergi report dekat mak bapak dia kat seat depan. Saya dalam hati ni, harap2 lepas traffic light tak sehaluan dengan diorang. Sekali, lalu jalan sama jugak. Apa lagi, sambung melambai bebudak tu. Entah apa yang diorang excited kan pun tak tahu lah. Ini masalahnya saya dengan kanak-kanak, motif mereka tidak dapat diduga.

Dengan anak-anak sepupu, saya melayan jugak lah. Terutama yang kerap jumpa. Yang mana ada bonding reason, insha Allah saya tak kekok. Tambah-tambah dengan anak sedara yang bakal lahir ni. Bila adik ipar tunjuk pergerakan baby dalam kandungan, aduhaiii risau pulak Cik Ya takut dia menurun perangai bapak dia. Naim nakal hoiii masa kecik2 dulu. Jenis tak boleh duduk diam, hyper aktif punya budak. Kalau hyper pun, harap2 la perangai dia menurun mak dia, huhu.

Kehidupan 'normal' mereka

Bila tengok mereka yang di sekeliling, saya tertanya-tanya banyak kali pada diri sendiri ..

'What am I doing with my life?'

Apa yang saya buat dengan hidup saya selama ni ... Apakah saya hanya membazir masa? Kenapa seolah-olah saya kelihatan tidak 'se-normal' mereka? Saya tidak mempersoalkan takdir. Malah saya tidak juga cemburu dengan kehidupan 'normal' mereka. Saya cuma tertanya-tanya salahkah jika saya tidak mempunyai kehidupan seperti mereka (just yet..)?

Tahun ni, agak ketara perdebatan yang berlaku di fikiran saya. Mungkin sebab dah beranjak satu angka, tapi masih lagi takde anjakan perasaan terhadap sesiapa. Apa masalah entah frozen sangat feeling engkau ni Diya? Pergi hidup dekat Antartika lah senang kalau dah dalaman pun jatuh paras beku. Herhh!

Orang kata bukan setakat doa dan tawakal je, usaha pun kena jalan. Jenuh jugak saya duk fikir, gaya macam mana yang dikatakan 'usaha' tu? Kalau usaha (kononnya) berubah menjadi lebih baik, memang sedang mencuba walaupun kadang-kadang tergelincir jugak. Cuma bila tanya seorang kakak yang mengalami ujian yang sama, dia kata yang dikatakan usaha tu mungkin tak menutup 'pintu' bila ada yang mengetuk (ye lah, perempuan ni takkan nak ber-iya sangat kan). Saya rasa masalah saya mungkin, kalau ada yang ketuk sekalipun, sampai ke sudah saya buat-buat tak dengar, hahaha.

---

Rezeki masing-masing. Itu je yang saya sedang pujuk. Dan saya baru tahu yang jodoh dan rezeki ni jatuh dalam kategori takdir yang boleh berubah. Yang tak berubah, cuma ajal maut. Mulanya saya ingatkan jodoh dan rezeki memang dah ditetapkan. Tapi ada ayat firman Allah yang mengatakan Dia takkan mengubah nasib seseorang melainkan tuan empunya sendiri yang mengubahnya. So, memang betul lah ia boleh berubah, depends on sejauh mana kita usaha.

Macam dah boleh agak kat mana check point jodoh saya berubah-ubah. Mungkin 3 check point kot? Ke dua je? Lebih kurang lah. Agaknya, check point last sekali Allah nak bagi harta karun yang lagi banyak kot, hehehe.

Sunday, 15 February 2015

Memori kekal

Okay, otak dah boleh parking tempat asal.

---

Mak ayah selamat sampai jam 12 tengah malam. Masing-masing bermata kuyu, tak bermaya. Sempat sembang setengah jam sahaja, mata saya tak dapat bertahan lama. Sempat la jugak dengar ayah bercerita tentang Masjidilharam yang tak sudah-sudah kerja constructions dan akan diubah bina struktur ala-ala stadium. Kalau Madinah ada pepayungan, Mekah akan ada bumbung peneduh yang boleh membuka dan menutup. Entah bila nak habis constructions di Mekah. Tahun 2009 pergi hari tu pun tak settle lagi.

Madinah jugak yang tenang. Tapi rupanya, Ayah kata yang tempat kami menginap dulu tu tempat yang bertentangan dengan segerombolan manusia. Patutlah tenang semacam. Ingatkan memang Madinah tak seramai populasi Mekah. Apa pun, takde kata boleh digambarkan bila melangkah masuk Masjid Nabawi dan Masjidilharam. Saya punya in awe dengan suasana di sana, sampai boleh ingat setiap detik sepanjang kaki melangkah selama lebih setengah tahun lepas pulang ke tanah air. Ini dikira perkara ajaib sebenarnya, untuk manusia 'cacat' ingatan seperti saya.

Friday, 13 February 2015

Tenang lah di sana wahai insan dijemput Syurga ...

Semalam ketika mendapat tahu perkhabaran perginya tok guru kesayangan semua, saya masih dalam keadaan 'in denial'. Nak kata tak percaya, dah heboh di group whatsapp dan media sosial. Nak kata percaya, hati tidak meratapi. Apa yang sebenarnya berlaku pada saya semalam? Sungguh saya 'lost'. Jadi 'numb' seketika (akibat asakan kerja berterusan agaknya). Beberapa minggu sebelumnya, pernah terbit lintasan hati akan hampir nya masa tok guru bertemu dengan Sang Kekasih. Mungkin kerana tidak mahu mempercayai 'gerak hati' yang tidak enak itu, sehingga benar ia terjadi, saya masih lagi 'in denial'.

Selesai mengadakan common test pada sebelah pagi, saya pulang ketika hampir masa solat Jumaat. Bila saya baca semula berita kematian beliau, dan komen-komen yang meratapi pemergian ayahanda, saya seolah terjaga dari lamunan panjang. Ya Allah, apakah ini yang benar-benar terjadi? Apakah kami telah kehilangan ayahanda kami? Apakah kami ditinggalkan seorang murrabi? Saya mula menangis tanpa kata. Dan saya dapat merasakan berjuta ramai lagi yang teramat sedih dengan pemergian tok guru.

Keinginan untuk bertemu mata ketika hayat beliau, tidak juga kesampaian. Hanya tinggal pilihan untuk bertemu di Syurga sahaja nanti. Itupun jika saya juga layak dijemput Syurga.

Tenang lah di sana wahai ayahanda.
Tugas ayahanda telah pun selesai.
Tinggalkan untuk kami menyambungnya.
Tidak perlu lagi ayahanda gusar,
kerana pemergian ayahanda telah menunjuk seribu macam tanda
yang ayahanda hidup dengan berpaksi satu kiblat sahaja.
Lillahita'la.

PS-Baru sekarang saya faham kenapa apabila wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w, suasana pilu menyelubungi kota Madinah. Sehingga kan Bilal bin Rabah tidak dapat menghabiskan laungan azan. Perasaan hiba yang sukar digambarkan. Hanya yang benar cinta sahaja dapat merasai peritnya sebuah kehilangan....

Tuesday, 10 February 2015

Boleh tak?

Boleh tak kalau nak letak otak kat luar kejap? Sejam pun dah cukup. Nak letak tepi je, bukan nak buang. Neurons yang bercambah macam tak muat tempurung dah.

Kenapa kerja menimbun sangat masa mak ayah saya takde ni? Minggu lepas, belum apa-apa lagi boleh terdemamkan diri lepas hantar mak ayah di airport. Sebab saya tahu sekarang bermula nya hectic season, jadi bila mak ayah takde, segala urusan rumah kena masuk database otak jugak. Sampai dalam mimpi pun otak kena bertugas. Kalau boleh keluarkan otak ni senang sikit, boleh sort by portion. Bahagian serebrum, fikir pasal kerja. Bahagian medula oblongata, fikir pasal rumah. Memandai je aku ni, heheh.

Dan jenis saya, memang tak suka layan demam. So, melawan jugak la sepanjang dua hari. Sampai mengajar pun, jadi slow motion gila. Nak ambil MC, tak sempat pergi klinik. Tahan jelah. Dan saya rasa orang tak perasan pun saya demam. Cover baik punya. Tapi alhamdulillah tak lama. Kebah dengan sendiri nya. Cuma datang pulak penyakit batuk sampai susah nak bercakap! Ya rabbi, ujian betul minggu lepas. Saya lagi rela demam saja, tanpa batuk.

Itu minggu lepas. Minggu ni pulak, minggu gila sedunia.

---

Jadi, boleh tak nak letak otak kat luar kejap ni?

Monday, 9 February 2015

Kapal di atas awan

Semenjak-menjak dilantik menjadi 'ketua keluarga' bermula pada 2hb,
saya dapat rasakan yang otak saya telah bercambah 300 juta neurons yang baru.

Dan saya sebenarnya tak sabar menunggu hari sabtu 14hb ni,
kerana saya risau jika terlalu banyak neurons yang bercambah,
saya akan mula mencipta kapal di atas awan.

---

Itu namanya muqadimah untuk membuang sawang di blog. Agak lama tak update, jadi beku segala idea. Ditambah pula dengan masa di kemuncak pertengahan semester sekarang ni, dan ditambah lagi mak ayah saya pergi mengerjakan Umrah, saya tak tahu di mana mahu dimulakan cerita dan ketika mana saya perlu bercerita. Dan bila tahu untuk bermula dan menyelit masa, jadi tak tahu nak susun ayat pulak.

Silap haribulan, saya memang akan cipta kapal di atas awan jugak nanti. Haihh.