Monday, 30 March 2015

Jatuh menjunam

Pertama kali dalam hidup, keterujaan untuk pergi melancong jatuh menjunam hingga ke dasar laut. Apa dah jadi dengan saya niiii? Sebelum ni kemain berangan nak pergi sana, nak pergi sini, nak pergi sinu, sani, sana lagi. Alih-alih dalam sekelip mata, kau langsung takde mood nak pergi mana-mana, dan kau harap kau boleh hidup dalam gua lagi bagus. Seriously, virus menyampah dalam tubuh saya dah membiak ke tahap kronik.

Umar, Nana ajak pergi Seoul, saya macam blerghhh. Mak, Ayah ajak pergi Melbourne masa Umar konvo nanti, pun saya rasa blerghhhhh. Ehhh masalah otak ke apa? Saya dah sampai tahap di mana otak saya tak boleh produce excitement terhadap perkara yang saya ingin lakukan selama ni. Seolah-olah otak saya hantar satu signal di mana saya tak rasa berbaloi pergi melancong riang ria ke sana ke mari tapi alih-alih bila balik ke dunia realiti, kau akan buat benda 'SAMA' over and over again. Tak worth it okay!

Wednesday, 18 March 2015

Moga menjadi anak soleh

Lebih seminggu anak saudara saya lahir, baru sempat saya menghadap update di sini. Allah ... seminggu dua ni memang fully utilize penggunaan suis robot je. Takut nak tukar suis manusia, sebab risau kalau-kalau saya tiba-tiba bertukar menjadi bulan penuh mengambang (?). Dengan suis robot, sekurang-kurangnya saya takde rasa benci atau marah atau geram. Perasaan suka apatah lagi.

Okay, berbalik cerita anak sedara pertama yang juga merangkap cucu pertama bagi kedua-dua belah pihak. Saya rasa satu hari nanti, saya nak buat slot dokumentari untuk si kecil itu di saat sebelum dan selepas dia dilahirkan. Betapa anxious semua orang menunggu kehadiran dia. Semua pun excited. Sebab first time kan. Tapi, dokumentari ringkas saja lah (takde idea lagi ni). Itupun kalau dia dah besar esok, saya ingat lagi momen-momen tersebut. Huhu.

Apa pun Seif, Cik Ya harap Seif membesar cepat-cepat, sihat-sihat, baik-baik, soleh-soleh. Nanti insha Allah Cik Ya nak ajar mengaji (amboi, berangan. anak sendiri mana? haha). Tak sabar nak tunggu dia besar sikit, boleh main sama-sama. Sekarang dia kecik sangat lagi, sama size dengan saya masa baru lahir dulu. Berat 2.2 kg je. Nak dukung memang of kos tak berani lah daku. Setakat sentuh2, panggil2 je. Tapi kalau dia menurun sebelah bapak dia, kejap je membesar nya. Tak sangka Naim dah jadi bapak. Unbelievable pulak rasa.

Thursday, 5 March 2015

Cerita Strangers #1 - Pakcik lampu merah

Peristiwa yang berlaku pada petang tadi masih lagi mengigit ingatan saya.
Masih lagi menghimpit perasaan saya.
Untuk pertama kali sehayat hidup, saya sangat mengharapkan agar dapat dibuat pilihan di ketika saya mula dicipta...

---

Ketika menunggu lampu merah bertukar warna, saya sedikit hairan melihat pemandu kereta di hadapan (lane kiri, saya di lane kanan) tiba-tiba keluar dari kereta. Kelihatan dia sangat resah, dan dia mengisyaratkan kereta rosak pada pemandu kereta di belakang keretanya. Saya agak terkejut dengan reaksi kereta di belakang bila pemandu tersebut tiba-tiba mengundur ke belakang, seolah-olah nak bertukar arah ke lane kanan. Dia just undur, tak keluar tak apa. Hello? Encik tahu ke encik sebenarnya seorang lelaki?

Encik kereta rosak tadi takde pilihan, melainkan menolak kereta nya ke tepi. Saya ingatkan dia sorang2, rupanya ada anak lelaki dia di sebelah seat pemandu. Lega sikit rasa, tapi luluh hati in a split second bila tengok anak dia yang masih lagi di bangku sekolah. Walaupun seluar hijau yang dia pakai tu menunjukkan dia mungkin form 2/3, tapi size dia ala-ala budak darjah 5/6 je okay. Ya Allah, apa lah sangat kudrat budak tu. Ayah dia nampak struggle gila nak tolak kereta ke tepi. Tuhan jela tahu betapa pasrah nya muka anak dia ketika tu.

Dalam 5 saat lampu hijau, baru saya perasaan kereta depan dah bergerak. Nasib baik tak kena hon dengan lori belakang. Sebab masa tu tengah contemplating tahap dewa nak tolong ke tidak. Dengan pakai baju kurung nya, dengan kereta berderet kat belakang, dengan lampu hijau nya dan yang pentingnya kau tu larat ke nak tolak kereta Diya? Nak bukak penutup botol pun tak lepas, inikan nak tolak kereta. Jangan perasan angel sangat lah Diya.

Bila lepas je simpang empat tu, saya mula mintak benda bukan-bukan. Patutnya mintak lah dengan doa supaya ada manusia baik hati boleh tolong dua beranak tu. Tak pasal-pasal mintak nak tukar jantina pulak. Haha, kadang rasa nak lempang diri sendiri pun ada.

Yang tambah kesian nya, kereta diorang nampak uzur sangat. Macam dah banyak kali rosak, tapi gigih jugak lah ayah dia bawak ke hulu ke hilir ambil anak dia balik sekolah. Harap sangat anak dia besar esok, boleh balas balik jasa mak ayah diorang. Tiba-tiba buat garapan masa depan pulak. Eh, nak tahu ending boleh tak? Ada orang tolong diorang ke tak ni hah?