Friday, 9 October 2015

Cerita Strangers #2 - Terbang bersama

Beberapa hari lepas, masa saya tengah makan-makan bersama rakan, saya perasan ada dua orang kawan yang makan di meja depan kami.

Kawan 1 saya tak nampak muka sebab dia mengadap bertentangan,
(maaf saya describe begini)
dia free hair dan rambut nya 'perang',
baju agak ketat dengan jeans.
Manakala,
Kawan 2 saya nampak jelas muka dia sebab dia duduk mengadap saya,
dia bertudung bawal bidang labuh,
pakai baju kurung,
dengan stoking kaki dan 'stoking' tangan pulak tu.

Saya pernah je encounter golongan kawan free hair dan bertudung ni. Ada orang bila berkawan dia tak memilih pun. Bagi dia. semua sama. Asalkan masing-masing boleh bersama susah senang. Dan saya tak suka nak judge orang dari segi pemakaian. Orang argue, yang pakai tudung pun bukan elok sangat, yang free hair ada je yang elok perangai. Benda yang berkait pembolehubah manipulasi ni, tak payah nak argue sangat. Kita tak tahu esok lusa macam mana. Tuhan ni, Dia boleh ubah manusia sekelip mata je. 

Bukan isu luaran yang saya kagumkan, saya amused macam mana diorang start berkawan ye?

Bayangan Syurga

Dulu, saya tak pernah mengimpikan syurga. Sebab rasa diri tak layak nak attain syurga. Dan saya pun tak pernah minta pada Tuhan, saya cuma minta dijauhkan dari api neraka sahaja. Itupun saya tak pasti samada permintaan itu diterima atau pun tidak.

Lama saya hidup dengan tidak meminta syurga.

Sehingga lah suatu masa, saya mula tertanya-tanya bagaimana gambaran ketika di dalam syurga. Banyak gambaran indah yang memutar dalam fikiran saya. Yang cantik-cantik belaka. Yang wangi-wangi semuanya. Dan sedikit demi sedikit saya mula mengimpikan syurga.

Dan sekarang,
saya tidak lagi bermimpikan syurga, saya terus meminta Syurga dari Nya.
Kerana saya mula tertanya-tanya macam mana perasaan nya bila hati tidak dipatah-patah.

Sebab saya tahu dalam syurga takkan ada heartbreak. Kan?