Saturday, 31 December 2016

Selesaikan azam?


Tapi, masalahnya diri sendiri tak ingat azam tahun lepas haha. Bila belek entri lama, baru ingat kembali. Salah satunya, saya berazam nak update tiap-tiap hari. Yang ni memang sah-sah tak digapai dengan jaya nya. Malah, makin kurang update ada lah. Jadi, kita abaikan saja azam sebegini. Move on, Diya.

Tahun ni PALING rasa in denial bila tahun kalendar sampai ke hujung. Bila sana sini org menyebut, sengaja buat-buat pekak dan pujuk diri bahasawanya masa akan terhenti dan kita sebenarnya tidak akan melangkah ke tahun baru kerana tahun 2016 sebenarnya tak habis hayat lagi dan kita hanya dimanipulasi oleh satu kuasa yang sengaja mahu memecah belahkan umat manusia sejagat HAHAHA (gelakkan diri sendiri).

Tuesday, 27 December 2016

Antara Jepun dan Korea

Dua2 pun saya tak tergerak hati nak menjejak kaki (muka toya).

Tapi, dah dua orang ajak pergi Jepun ni. Apa yang best dengan Jepun pun ai tak tahu lah (okay, ada sedikit penipuan di sini). Salah seorang nya, si Umar yang kaki berjalan tu yang ajak ke Jepun. Sangat random persoalannya. Tiba-tiba sangat. Saya jawab yang saya tak kempunan nak ke sana. Saya ada satu tempat je nak tuju. Itupun baru beberapa minggu yang lepas saya terdetik untuk menyimpan angan ke sana. Semenjak-menjak mood travel sudah jatuh menjunam, saya malas nak ke mana-mana. KECUALI... (sambung dalam hati).

Bab travel ni bukan kira cukup belanjawan baru boleh fikir. TAK SEMESTINYA. Orang yang tak cukup belanjawan pun, Allah boleh izin dia pergi ke sana sini. Rezeki namanya tu. Orang yang terlebih belanjawan pun kalau memang takde rezeki dia ke mana-mana, tak sampai jugak ke mana-mana. Jadi, kalau dah terdetik nak pergi travel tu, tengah membuak-buak semangat tu, cepat-cepat lah usaha ke arah itu. Sementara ada masa, tenaga. Bukan nak suruh berbangga pergi banyak-banyak tempat, cuma saya percaya yang travel ni boleh membentuk satu pemikiran baru, internal side of story, yang tak boleh dapat dengan duduk statik di satu tempat.

Thursday, 15 December 2016

Cerita-cerita mulia

Sejak dari sebelum ditabalkan Agong lagi, saya mendengar banyak cerita-cerita mulia tentang Baginda. Setelah ditabalkan, berganda-ganda cerita mulia Tuanku dapat dibaca di mana-mana. Allahuakbar, hebat sungguh aura seorang yang memuliakan agama melebihi pangkat dan darjat. Moga kita pun turut sama terkena tempias kemuliaan agama yang dipamerkan Tuanku.

Psst, sekali pandang Agong ada iras Ayah saya! =D

Cuma, Ayah saya slow motion sikit melangkah, Agong jalan lajuuuuuu. Ayah saya cerita masa program walkhaton semua orang kena speed up sebab nak match kelajuan Baginda. Bila tengok siaran langsung pertabalan (which tak pernah kisah pun sebelum ni), habis semua cameramen kelam kabut mara ke hadapan HAHA. Dan paling kelakar masa Agong kawad kaki keliling empat segi, masa ni beliau nampak slow down sikit tapi bila nak hujung2 beliau macam tercepat langkah sampai encik askar sebelah menyebelah tak boleh nak match kaki ke kiri kanan kanan eh eh kiri kiri kanan kanan HAHAHA (maafkan patik terketawa seketika). 

2 tahun kemudian,

Akhirnya Allah izin saya diuji dengan sakit demam batuk selsema suara sengau cukup pakej. Mungkin agak pelik sedikit, but alhamdulillah saya masih normal HAHA. Jarang-jarang sakit pun risau jugak, dosa berkepuk tak tahu nak digugurkan ke mana. Walaupun tak seteruk mana, since saya spesis yang bukan penakut makan ubat bangun pagi dah terasa ura-ura nak demam terus saya telan dua ketul panadol. Jadi tak melarat sangat. Tambah pula, pakej batuk bermula betul-betul pada minggu pertama semester, padahal masa cuti panjang elok sihat walafiat pulak daku ini. Ini nama nya ujian, Nahdiya. Assobru minal imannnn.

PS-Ingat nak tutup 'buku' dah, itu yang November terkoyak halaman.

Monday, 3 October 2016

Rahsia Al-Kursi

Selepas selesai pengebumian arwah, saya, Umar dan Ali beransur pulang ke rumah terlebih dahulu. Nana stanby nak hantar Naim ke airport. Mak dan ayah stay sampai ke malam. Ketika dalam perjalanan, Umar buka cerita tentang ceramah-ceramah Ustaz Nouman Ali Khan. Pernah dengar nama beliau, pernah tertengok ceramah beliau sekali imbas tapi tak tergerak pula nak mengikuti satu-persatu ceramah beliau. Bila Umar buka cerita, baru saya terhegeh mencari-cari.

Tertarik dengan salah satu ceramah Ustaz Nouman yang Umar cerita balik. Tentang ayat kursi. He said that : Biasanya kita baca ayat kursi untuk perlindungan diri, untuk keselamatan, untuk kesejahteraan. Sebenarnya, ayat kursi is way beyond that. Kalau mengikut tafsiran ayat kursi, daripada 9 potongan ayat tersebut, ayat pertama maksudnya (indirectly) sama dengan ayat kesembilan. Ayat kedua sama dengan ayat kelapan, ayat ketiga sama dengan ayat ketujuh, ayat keempat sama dengan ayat keenam. Dan ayat kelima adalah ayat yang menunjukkan bahawa Dia sahaja yang tahu apa yang berlaku di hadapan dan di belakang. Mulanya saya tak tertangkap lagi maksud ayat kelima tu . A few seconds later tu baru zuppp meresap meremang segala organ. Fuh!


Dipanggil di usia muda

Allah.. saya yang hanya sebagai sepupu pun sangat terasa dengan pemergian arwah. Masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Sekejap sangat. Paling terkesan bila melihat isteri arwah yang masih di katil wad selepas setengah jam arwah disahkan pergi. Ya Allah, hebat sungguh ujian beliau. Hanya insan terpilih sahaja yang diuji sebegitu rupa. Sudah lah anak masih kecil, anak yang dikandung pula tunggu masa sahaja untuk menjengah dunia. Namun, tak sempat menatap wajah bapanya yang telah pergi meninggalkan dunia...

Hampir kesemua ahli keluarga kami kemerahan mata menahan sebak. Tiada kata mampu kami ungkapkan melainkan pandangan sayu dan hiba mengungkap simpati pada keluarga arwah. Moga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada mereka.

Pertama kali saya menyaksi kematian ketika akal sudah matang mentafsir. Pertama kali saya mengikuti solat jenazah ketika sudah kenal erti singkatnya hidup dan dekatnya mati. Terasa kematian itu benar sangat hampir. Tidak kira muda, tidak kira tua. Kita boleh dipanggil bila2 masa sahaja...

Friday, 30 September 2016

Penutup tahun hijrah

As usual, setiap kali tamat satu semester, memang akan terasa lega dan tenang. Takde dah kekalutan di waktu pagi, cuma tinggal kekalutan untuk menghabiskan menanda sahaja. Meskipun terasa keamanan yang nyata, keserabutan itu tetap bersawang. Hidup tanpa sawang ibarat hidup yang terawang-awang dan tidak bernyawa (eh tetiba).

Biasanya saya terkesan dengan penghujung tahun kalendar, sibuk berazam begitu begini (walaupun sekadar memenuhi syarat). Tapi kali ini, saya mula terkesan dengan penutup tahun hijrah. Sebab saya rasa saya betul-betul mahu tutup buku-buku tahun yang lalu. Cukup lah dikenang, diratap, diputar belit, diulang-ulang lagi. Bayang hitam dinoktahkan sepenuhya. Insha Allah, saya tidak mahu menarik balik bayang hitam tersebut.

Wednesday, 28 September 2016

Birthday yang tertinggal

Eh, macam mana boleh lupa nak update pasal birthday diri sendiri ni? Dah sebulan berlalu baru ku teringat dengan tiba-tiba haha. Punya lah sibuk tak ketahuan, sampaikan berita penting pun boleh terlupa nak update (penting lah sangat). Mengaku jelah Diya, sesungguhnya engkau sudah menuju ke arah era ke-tua-an diri. Heh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan umur yang selangkah lagi panjangnya, rezeki yang tidak putus-putus, nikmat yang melimpah-limpah. Tidak cukup kata untuk diungkapkan segala kuniaan, rezeki, nikmat yang dihadiahkan dari Nya saban tahun. Terima kasih, ya Allah.Maafkanku untuk sisa-sisa waktu jahil yang lalu. Moga Engkau tidak pernah lupa untuk memanggilku memandangMu di setiap helaian waktu. Amin amin.

--

Tahun bermakna bagi saya untuk 2016 ini. Tahun yang menemukan semula akan jawapan yang saya nanti-nanti untuk bertahun-tahun. Tahun yang berbirat duka namun dengan kuasa Allah saya rasakan satu kesembuhan yang luar biasa. Tahun yang saya kira Allah kurniakan hadiah paling istimewa seolah-olah sebagai ganjaran dari dugaan-dugaan yang lalu. Alhamdulillah...

Tahun yang ke 29, tahun terakhir sebagai twenties. Tahun depan dah masuk three series, alahai ke-tua-an kian terasa.


Thanks, awak =)

Friday, 26 August 2016

Antara Bangi dan Segambut

Padahal dua tempat ni ada lah dua tempat berbeza, entah kenapa boleh terlintas Naim pindah ke Bangi. Padahal dia masih lagi di area Segambut, haha.

Alhamdulillah selamat sampai, walaupun dalam perjalanan ke airport agak mencabar dengan jammed dan mengantuk nya Tuhan jela tahu. Dah sampai airport, terjumpa la seorang makcik yang over friendly sikit. Tak kenal pun, dia tetiba duduk sebelah masa tunggu flight. Memula boleh diterima akal lagi cerita yang dia sampaikan, lama2 macam sangat tak logik pulak isi penceritaan beliau. Nasib baik ada orang beratur untuk masuk flight Gate 3, so saya minta diri untuk beredar. Maaf la ye makcik, saya tak mampu nak digest cerita makcik.

Ingatkan boleh tutup mata kejap dalam flight, tapi ada lagi yang over friendly yang nak ajak berbual. Kali ni seorang pakcik pulak. Memula tu, layan jelah soalan dia, lepas beberapa ketika, saya terus terang saya pening kepala. Memang betul pening pun sebab saya dengan motion sickness berpisah tiada. Nasib baik pakcik tersebut tak menyambung perbualan dah.

Persoalannya, saya ni mempunyai rupa bentuk seorang yang peramah ke?

PS-Alhamdulillah untuk rezeki baru yang tak semena-mena muncul tiba.

Friday, 15 July 2016

Partially moving on

Sedikit demi sedikit saya mula berpijak di bumi nyata, saya cuba mengukuhkan akal rasional yang sedia ada. Sebenarnya, bulan puasa baru ni banyak menempiaskan hikmah, ada satu ketika saya hampir sepenuhnya redha dengan apa yang berlaku, dengan apa yang Allah tetapkan, dengan apa yang Dia uji. Biarpun saya masih buta dalam mencari hikmah, tapi saya tahu perancangan Allah itu lah yang lebih baik.

Saya sedang slowly berjalan di atas ais batu yang kelihatan masih jauh penghujung, tapi lambat laun ais ini akan cair dan hilang beku nya. Saya memulakan misi yang saya tetapkan pada diri, sebagai usaha saya ingin mencari redha Ilahi dengan cara menjemput rezeki baru. Insha Allah.

Thursday, 14 July 2016

Seminggu lepas raya

Baru terhegeh nak update cerita raya, itu pun dengan rasa keterpaksaan dan sedikit rela mengenangkan sayang pula kalau biarkan semua berlalu begitu saja (abaikan lirik lagu yang ini).

Alhamdulillah, seperti yang di-excited-kan pada entri kali lepas, akhirnya tahun ni kami ada gambar raya formal cukup korum juga. Rasanya tahun ni paling banyak gambar raya, sebab kami set timer 10 keping gambar freestyle sekaligus. Hihi tak sangka pose ai paling over. Dengan family, punya lah tak cover2, dengan orang lain, terus buat muka kayu kahkah!

So, pagi raya pertama penuh sesi bergambar dan bersalam-salaman dan menghulur duit raya aduhai rasa duit mengalir macam air terjun je untuk raya kali ni huhu. Petangnya, menghala ke open house rumah sepupu. Di sini pun kami bergambar secara formal dan freestyle beserta menghulur duit raya pada kanak-kanak secara berjemaah. Dan malamnya diteruskan dengan persiapan masak-memasak untuk open house raya kedua.

Seperti kebiasaan, open house memang ternyata ramai yang datang berhari raya sampai tak cukup juadah menu utama, daku juga lah kena menggoreng di ceruk dapur. Nasib sempat makan nasi beriani sebelum habis, kalau tak, kempunan sampai ke sudah. Yang bezanya raya kedua, sedara mara tak stay sampai ke malam. Diorang pun datang ikut peringkat, ada yang datang pagi, tengahari, petang. Timeline tak sama, jadi masing-masing lepas makan dan rehat seketika, terus beransur pulang. Maka, tahun ni officially takde upacara bermain bunga api berjemaah. Mungkin semua dah insaf dan kembali ke pangkal jalan kuikui.

Nah, belanja gambar budak kecik yang cranky dan taknak dengan semua orang kecuali mama dan babah dia. Geram tau.


Tuesday, 5 July 2016

A New Begining

Raya tahun ni saya berazam nak ambil gambar dalam kuantiti yang banyak. Menggunakan kamera yang Umar bawa pergi aussie sebelum ni, dan lepas dia balik tetiba jatuh ke tangan Ali pulak. Ehh tuan punya kamera ni langsung takde can nak shoot gambar okay. Bertuah punya adik. Walaupun saya yang ini malas nak usung kamera, tapi tahun ni saya jadi eager nak ambil gambar. Ahh tak kira. Mesti ada gambar raya jugak tahun ni.

Berbanding tahun-tahun lepas, tahun ni saya macam kembali ke zaman excited nak raya pulak. Saya ada baju raya 5 pasang tetiba sangat tahun ni. Sebenarnya sehelai dua je yang dikira sebagai baju raya secara official. Yang lain tu, sebab saya beli baju dah lama tapi malas nak pakai lagi, so saya kira semuanya sebagai baju raya. Cuma tudung jelah yang tak berapa raya, baru beli tapi dah pakai. Takpe, kejap lagi saya nak terjah kedai tudung kot-kot tergerak hati nak pakai shawl pulak kan (kononnya). Dan kasut raya pun ada tahun ni. Padahal plan nak pakai kasut tu pergi kerja, tapi ai ni lasak orangnya, banyak bergerak ke sana sinu, tambah pula tempat kerja track nya agak mencabar, dan tambah lagi rasa sayang jika kasut cantik tu cepat rosak, jadi saya decide untuk tak pakai lagi supaya boleh pakai time raya gituuu.

Harapnya blog ini kembali meriah dengan gambar (err bila masa blog ni meriah?).

Thursday, 30 June 2016

Penghujung bulan enam

Okay, memandangkan saya dan blog tidak mahu sejarah berulang kembali di mana akan ada 1 bulan lagi tepaksa 'skip' dari karung archive, dengan rasa malas ini menaip dengan bertongkat dagu, saya rasmikan entri untuk bulan ini dengan lafaz niat bulan puasa (?).

Pagi tadi, bila Umar bersuara dalam whatsapp group Family baru lah saya tersedar akan jatuhnya tarikh kelahiran Ayah pada hari ini, dan sekaligus menyentakkan saya dengan kenyataan bahawa masa telah sampai ke penghujung bulan enam! Ya Allah, tak sedar langsung. Cepat sangat masa berlalu. Ramadhan pun sikittt lagi nak tutup tirai. Rasa macam terhuyung hayang pun ada. Apa benda lah yang aku buat selama ni sampai tak kawin2 lagi ni? Haha.

Selepas wish birthday Ayah, saya buat kenyataan dengan rasa sedikit bersalah di mana tahun ni Ayah dan keluarga tak dapat beraya dengan menantu baru lagi, dan saya mohon agar Ayah dapat bersabar dengan takdir Allah. Dan Ayah jawab :

'No problemo Kak.
Calon ... (smiley face 3 kali)'


Marilah kita berhuhuhu.

Thursday, 26 May 2016

Jawapan Doraemon

10 hari yang lepas, saya akhirnya mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang selama ini saya harapkan dari Doraemon. Terduduk saya di atas lantai. Terkesima bercampur dengan harapan supaya jawapan tersebut hanya lah penipuan semata-mata. Saya tidak kisah kalau ditipu untuk diuji, tapi tolong lah jangan sebut kenyataan itu. Saya ingatkan hanya dalam drama sahaja saya encounter kes-kes begini, rupanya hidup saya pun boleh jadi drama lebih dari drama.

Entah berapa gelen air mata saya laburkan untuk satu hari itu sahaja. Umpama air mata yang sepatutnya dijanakan untuk setahun, tapi terpaksa dilaburkan juga untuk sehari saja. Tak ingat bila kali terakhir air mata saya kering, dan saya ingatkan hati saya dah cukup beku untuk tadah apa sahaja yang mendatang. Rupanya hujan ribut masih juga melanda. Saya yang begitu jauh pun hampir separuh hilang akal, inikan mereka yang terdekat yang sentiasa ada depan mata...

Saya tak mampu berbuat apa-apa, hanya doa kekuatan dari langit sahaja saya mampu utuskan. Saya percaya pada keajaiban Tuhan, saya percaya pada kekuasaan Nya dan saya percaya akan butir-butir hikmah yang Dia mahu selitkan pada hati-hati yang mengaku keimanan pada Yang Maha Esa..

Hari sesat sedunia

Dengan ini, adalah diisytiharkan 26 Mei 2016 ialah hari sesat sedunia bagi yang mensesatkan diri dengan menyusahkan diri berpusing-pusing ke sana sini ke sinu ke mari akibat kebodohan sendiri. Eh rasa nak mencekik pulak bila mula-mula sampai dah sejengkal saja lajaknya dari tempat yang dituju, tapi mengada pergi pusing ke arah bertentangan malah berbalik pada junction pertama sebelum tiba di kawasan sebenar. Erghhh tolong tolonggg saya nak mencekik diri sendiri yang ini!

Secara kasar nya saya dapat simpulkan :

Satu, malu bertanya memang kau akan sesat lagi menyesatkan. Padahal kau takde lah bangsa pemalu sangat pun, tapi sebab kau malas nak berhenti tepi jalan, angkat punggung, buka pintu kereta, keluar dari kereta, maka kau pun mereput lah sorang2 mencari jalan tanpa arah tuju.

Dua, tolong lah install benda alah gps ke waze ke bukak google maps ke apa. Tolong. Please.

Tiga, dah tahu spatial intelligence kau tahap negatif 99, tolong lah ikut arahan yang kedua di atas. Walaupun kau tak pandai baca map ke apa, at least kau tahu kau sedang berpijak di bumi yang nyata.

Empat, kalau dah malas nak ikut arahan sangat, at least study dulu tempat yang dituju yang tak pernah menuju tersebut. Dah tahu tak pernah jejak, sekurang-kurangnya kau google dulu keadaan rupa bentuk dia. Jangan buat lagak bodoh sombong pulak.

Lima, baiklah. Saya mengaku saya hanya pandai baca signboard sahaja. Kalau takde signboard, maka musnah ranap lah hidupku ini.

Maka dengan ini, saya berjanji untuk tidak menjejakkan diri di tempat tersebut itu lagi. Trauma okeyyy!

Friday, 29 April 2016

Dengan tidak menjatuhkan hukum

Dari tahun ke tahun, saya belajar mendewasakan diri (bukan ingin berbangga, cuma ingin mengingatkan diri). Satu pelajaran yang saya dapat dari subjek kedewasaan ini, ialah saya cuba untuk tidak menjatuhkan hukum. Biar apa pun kesalahaan, kedosaan yang mereka lakukan, saya revert pada anggapan bahawa semua orang pernah melakukan silap, ataupun kita semua tidak sempurna, ataupun kita semua boleh berubah ke arah lebih baik. 

Saya percaya bila kita melakukan kesalahan, bukan lah kita sepatutnya dihukum sebagai orang jahat atau jahil seratus-peratus, cuma adakalanya ramai orang yang baik-baik tersilap percaturan akalnya, tersilap membuat pilihan, tersilap langkah jalannya. Itu yang saya percaya. Sebab tu, kalau saya encounter satu-satu perbuatan yang 'tersilap langkah' dari orang tertentu, saya automatik cuba berbaik sangka. Tambah-tambah kalau saya tahu perbuatan tersebut dari mulut orang lain. Lagi lah saya tidak sepatutnya menjatuh hukum.

Mungkin kelmarin dia tersilap langkah, di malam harinya dia telah memohon keampunan, dan Allah menerima kata ampun dia, hari seterusnya dia tidak lagi digalas dengan kesalahan itu. Tapi kita sibuk mengungkit kesalahan dia di hari-hari yang berikut, dah satu hal nak merangkak mencari di padang mahsyar untuk minta maaf. Tak rasa scary ke? Ada seseorang sentiasa ingatkan saya, kalau dengan Allah kita buat salah, kita boleh buat talian terus memohon ampun, dan Allah adalah sangat pengampun sifatNya. Tapi kalau dengan manusia kita buat silap, dan sampai kiamat pun dia tak ampunkan kita, ya Allah... terseksa nak lepas imigresen depan Tuhan ye. TERSEKSA!

Thursday, 28 April 2016

Mega Reward - April 2016

Selama hampir 3 dekad saya berhidup di atas muka bumi, baru tahun ini saya me-reward-kan diri sendiri secara besar-besaran. Saya rasa abang posmen pun dah hafal nama dan alamat saya, dan mesti dia menyampah tengok asyik-asyik nama saya je yang dia kena hantar bungkusan pos laju. Haha. Mak saya pun bising jugak setiap kali sampai bungkusan untuk saya, sebab setiap kali pun mesti bunyi loceng rumah masa mak saya tengah tidur. Haha kesian mak saya dan abang posmen yang terlibat.

Kali ni memang saya tak berfikir panjang seperti sebelum2 ni. Setiap kali saya nak beli something, saya terus contact seller dan bila seller balas untuk buat pembayaran, saya terus klik online banking. Macam ketagih pulak kadang tu. Lepas satu, satu saya purchased barang. Tak fikir apa langsung. Biasa saya fikir berkali-kali juga sebelum membuat sebarang pembelian. Mungkin saya rasa dah tiba masa saya melakukan self-reward, yang mana sebelum ini saya kepelikan kenapa orang kata sekali-sekala kena belanja untuk diri sendiri juga. Sebab dalam hayat saya sebelum ini, perkataan 'belanja' hanya wujud untuk orang lain, kenapa perlu belanja diri sendiri pula? Bukankah itu satu kepelikan? Bila saya cuba sendiri fenomena tersebut, baru saya faham kenapa sekali-sekala kita perlu juga hargai hasil penat lelah yang kita telah lalui. Benda ni boleh boost semangat kita untuk terus bekerja keras, cewahhh.

Satu bungkusan ni malas nak buka lagi, yang lain dah rabak.

PS-Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang tak pernah putus dari Yang Maha Memberi Rezeki...

Di mana awak Doraemon? #2

Saya rasa Doraemon ni memang mempunyai kepakaran untuk menghilangkan diri sesuka hati dia. Maklumlah segala alat kipas terbang, pintu suka hati, cat lutsinar semua ada dekat dia. Jadi dengan tanpa rasa bersalahnya, dia boleh menggunakan benda ajaib tu dengan sesuka hati dia. Kalau kita boleh cari dia, takpe lah jugak. Boleh guna kipas terbang, pintu suka hati juga. Masalahnya, kita takde poket ajaib. Urghhh!! Kalau saya jadi Nobita, dah lama saya ikat gari tangan bulat dia dekat tombol pintu. Biar duduk satu tempat je. Senang sikit rasa hati ni, takde lah kita risau memanjang.

Monday, 4 April 2016

04/04/2016

Saya rasa semua orang akan ada that special tarikh yang kita akan ingat sampai bila-bila. Tak kira lah tarikh lahir, tarikh ulang tahun, tarikh pertama kali merasa apa itu homesick, tarikh kena denda lompat kijang, tarikh kawan sembur tepung dekat muka, tarikh kucing beranak bla bla bla. Mesti ada punya. Dan untuk saya, empat haribulan empat adalah that special tarikh. Bukan tarikh lahir saya, keluarga, kawan atau sesiapapun, tapi tarikh yang buatkan hati saya tak berganjak biarpun semilimeter sekalipun. Dan hari ni, tarikh tersebut berulang kembali. Saya masih terpinga-pinga, masih tertanya-tanya tentang ajaibnya timing yang Allah tetapkan. 

Update laju-laju

  1. Sementara saya dalam keadaan disuntik angin kuis-kuis, jadi boleh lah kita recap semula apa yang terjadi sepanjang empat bulan setelah bermulanya tahun baru. 
  2. 4 bulan ni ye, get ready.
  3. Bab family, 
  4. Umar dah selamat menjejak ke tanah air masa hujung bulan 1 baru ni. Dah start kerja pun dia. Murah rezeki budak tu. Lepas balik aussie, pergi melancong korea dengan si Nana, balik korea, terus interview, then lepas seminggu terus start kerja. Kalau saya, culture shock dah ni.
  5. Dah lama budak berdua tu plan nak pergi korea. Ada jugak diorang ajak pergi sekali. Saya malas nak ikut. Kena pulak masa semester berlangsung. Tambah pulak, diorang pergi masa winter masa suhu tengah berdarjah negatif. Tak sanggup la haiiii. Suhu ekon bilik pun saya tak tahan, inikan suhu negatif.
  6. Seif turning 1! Tolong stop membesar, please Seif. Cikya tak puas nak dukung awak lagi haaa. 
  7. Masa dia balik baru ni, Seif mudah mengamuk sikit. Biasa mesra alam je dia, sengih manjang. Rupanya dia tak selesa badan. Nak dukung punya la payah. Sekejap-sekejap je boleh dukung sebab asyik-asyik dia nak dengan babah mama dia, takpun ayah ma dia. Eh, yang ni ai jeles. Umar punya lah berkurun tak balik, tetiba muncul terus jadi feveret uncle dia. Jeles tau. 
  8. Tak sabar nak jumpa budak tu khamis ni. hihihi
  9. Boleh nampak my parents dah mula worried. Hampir mencecah angka 3 kot. Tambah-tambah anak perempuan. Saya sangat faham sebenarnya kebimbangan mereka. Tapi saya dah dalam fasa 'let it be' jelah. Allah tak izin, nak buat macam mana. 
  10. Pertama kali Ayah bersuara. Dan saya cuma mampu mengangguk je.
  11. Bab kerja,
  12. Nothing much. Benda sama je, cuma lain-lain situasi. Yang pasti, setiap kali 'peak season' saya akan gila sorang-sorang. 
  13. Bab hati?
  14. Tu jelah kot. Gaya macam nak update sepuluh ribu patah.

Saturday, 26 March 2016

Mari bertenang

Okay, mari bertenang dan hembus nafas fuh fuuhh.

Mana azam 2016 kata nak update blog tetiap hari? Manaa?? Jangan kata azam sangat lah kalau jadi zam zam ala kazam jugak akhirnya. And jangan kata nak update tetiap hari sangat lah, seminggu sekali pun payahhh. Sampai berganti bulan pun, tak semena-mena bulan Februari 2016 tak termasuk dalam karung archive blog segan mati tak mahu ni.

So, nak start kat mana ni?

Friday, 1 January 2016

Selamat datang 2016

Page 1/366

Eh apesal rasa excited sangat bila tengok angka 1/1/2016? Macam tetiba keluar bunga api pulak dekat angka ni haha (tak boleh tengok real bunga api pun tak kisah lah, janji boleh nampak dalam imaginasi hehehe). So, kita pakat tulis azam masing2 ye.
  1. Jangan nangis. Heh. Mampu ke?
  2. Jangan mudah percaya orang. Tolong ye.
  3. Jangan layan kata hati sangat. Dia gila jugak kenkadang.
  4. Jangan berangan banyak sangat. HAHA.
  5. Jangan banyak tidur, HAHA yang ni agak mustahil.
Okay, tu je. Daa~