Thursday, 26 May 2016

Jawapan Doraemon

10 hari yang lepas, saya akhirnya mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan yang selama ini saya harapkan dari Doraemon. Terduduk saya di atas lantai. Terkesima bercampur dengan harapan supaya jawapan tersebut hanya lah penipuan semata-mata. Saya tidak kisah kalau ditipu untuk diuji, tapi tolong lah jangan sebut kenyataan itu. Saya ingatkan hanya dalam drama sahaja saya encounter kes-kes begini, rupanya hidup saya pun boleh jadi drama lebih dari drama.

Entah berapa gelen air mata saya laburkan untuk satu hari itu sahaja. Umpama air mata yang sepatutnya dijanakan untuk setahun, tapi terpaksa dilaburkan juga untuk sehari saja. Tak ingat bila kali terakhir air mata saya kering, dan saya ingatkan hati saya dah cukup beku untuk tadah apa sahaja yang mendatang. Rupanya hujan ribut masih juga melanda. Saya yang begitu jauh pun hampir separuh hilang akal, inikan mereka yang terdekat yang sentiasa ada depan mata...

Saya tak mampu berbuat apa-apa, hanya doa kekuatan dari langit sahaja saya mampu utuskan. Saya percaya pada keajaiban Tuhan, saya percaya pada kekuasaan Nya dan saya percaya akan butir-butir hikmah yang Dia mahu selitkan pada hati-hati yang mengaku keimanan pada Yang Maha Esa..

Hari sesat sedunia

Dengan ini, adalah diisytiharkan 26 Mei 2016 ialah hari sesat sedunia bagi yang mensesatkan diri dengan menyusahkan diri berpusing-pusing ke sana sini ke sinu ke mari akibat kebodohan sendiri. Eh rasa nak mencekik pulak bila mula-mula sampai dah sejengkal saja lajaknya dari tempat yang dituju, tapi mengada pergi pusing ke arah bertentangan malah berbalik pada junction pertama sebelum tiba di kawasan sebenar. Erghhh tolong tolonggg saya nak mencekik diri sendiri yang ini!

Secara kasar nya saya dapat simpulkan :

Satu, malu bertanya memang kau akan sesat lagi menyesatkan. Padahal kau takde lah bangsa pemalu sangat pun, tapi sebab kau malas nak berhenti tepi jalan, angkat punggung, buka pintu kereta, keluar dari kereta, maka kau pun mereput lah sorang2 mencari jalan tanpa arah tuju.

Dua, tolong lah install benda alah gps ke waze ke bukak google maps ke apa. Tolong. Please.

Tiga, dah tahu spatial intelligence kau tahap negatif 99, tolong lah ikut arahan yang kedua di atas. Walaupun kau tak pandai baca map ke apa, at least kau tahu kau sedang berpijak di bumi yang nyata.

Empat, kalau dah malas nak ikut arahan sangat, at least study dulu tempat yang dituju yang tak pernah menuju tersebut. Dah tahu tak pernah jejak, sekurang-kurangnya kau google dulu keadaan rupa bentuk dia. Jangan buat lagak bodoh sombong pulak.

Lima, baiklah. Saya mengaku saya hanya pandai baca signboard sahaja. Kalau takde signboard, maka musnah ranap lah hidupku ini.

Maka dengan ini, saya berjanji untuk tidak menjejakkan diri di tempat tersebut itu lagi. Trauma okeyyy!