Monday, 3 October 2016

Rahsia Al-Kursi

Selepas selesai pengebumian arwah, saya, Umar dan Ali beransur pulang ke rumah terlebih dahulu. Nana stanby nak hantar Naim ke airport. Mak dan ayah stay sampai ke malam. Ketika dalam perjalanan, Umar buka cerita tentang ceramah-ceramah Ustaz Nouman Ali Khan. Pernah dengar nama beliau, pernah tertengok ceramah beliau sekali imbas tapi tak tergerak pula nak mengikuti satu-persatu ceramah beliau. Bila Umar buka cerita, baru saya terhegeh mencari-cari.

Tertarik dengan salah satu ceramah Ustaz Nouman yang Umar cerita balik. Tentang ayat kursi. He said that : Biasanya kita baca ayat kursi untuk perlindungan diri, untuk keselamatan, untuk kesejahteraan. Sebenarnya, ayat kursi is way beyond that. Kalau mengikut tafsiran ayat kursi, daripada 9 potongan ayat tersebut, ayat pertama maksudnya (indirectly) sama dengan ayat kesembilan. Ayat kedua sama dengan ayat kelapan, ayat ketiga sama dengan ayat ketujuh, ayat keempat sama dengan ayat keenam. Dan ayat kelima adalah ayat yang menunjukkan bahawa Dia sahaja yang tahu apa yang berlaku di hadapan dan di belakang. Mulanya saya tak tertangkap lagi maksud ayat kelima tu . A few seconds later tu baru zuppp meresap meremang segala organ. Fuh!


Dipanggil di usia muda

Allah.. saya yang hanya sebagai sepupu pun sangat terasa dengan pemergian arwah. Masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Sekejap sangat. Paling terkesan bila melihat isteri arwah yang masih di katil wad selepas setengah jam arwah disahkan pergi. Ya Allah, hebat sungguh ujian beliau. Hanya insan terpilih sahaja yang diuji sebegitu rupa. Sudah lah anak masih kecil, anak yang dikandung pula tunggu masa sahaja untuk menjengah dunia. Namun, tak sempat menatap wajah bapanya yang telah pergi meninggalkan dunia...

Hampir kesemua ahli keluarga kami kemerahan mata menahan sebak. Tiada kata mampu kami ungkapkan melainkan pandangan sayu dan hiba mengungkap simpati pada keluarga arwah. Moga Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada mereka.

Pertama kali saya menyaksi kematian ketika akal sudah matang mentafsir. Pertama kali saya mengikuti solat jenazah ketika sudah kenal erti singkatnya hidup dan dekatnya mati. Terasa kematian itu benar sangat hampir. Tidak kira muda, tidak kira tua. Kita boleh dipanggil bila2 masa sahaja...