Sunday, 29 January 2017

Living in the moment


Ada 3 perkara yang menyedarkan saya tentang hidup yang telah jauh meninggalkan saya dan saya mahu cuba memanggil nya kembali ;
  1. Layang-layang bertebaran
  2. Ombak yang memukul
  3. Dan kemanisan yang masih terasa sama
Tali layang-layang yang putus, boleh disambung semula. Ombak yang kuat, hanya dibiarkan memukul pantai. Namun, kemanisan yang hilang tidak akan dapat diulang kembali.

Oleh, itu, tatapi lah hidup yang sedang putus, memukul, sebelum hilang kemanisannya.

Saturday, 28 January 2017

Nahdiya No. 2

Ada ketika bila tiba di satu persimpangan, kita terpaksa dan dipaksa untuk membuat keputusan dengan kadar segera. Tanpa diberi peluang untuk menyelusuri terlebih dahulu keadaan dimensi yang telah diberi pilihan. Sehingga lah, bila telah melangkah lebih separuh jalan, kita mula memikirkan apakah keadaan dimensi yang tidak dipilih itu.

Saya, antara manusia yang sering juga mengintai dimensi di mana terletak nya Nahdiya No. 2. Mengintai di sebalik hidup yang samar-samar. Melihat Nahdiya No.2 yang mengharung pagi yang masih berbiru gelap, dan pulang ditemani langit berbiru gelap pekat. Dengan penat, tanpa merungut. Biarpun hari-hari penuh dengan tuntutan. Mungkin kerana Nahdiya No. 2 sangat sepenuh hati melakukan setiap satu kata kerja.

Dan dia, tidak pernah berniat untuk mengintai di sebalik hidup Nahdiya No. 1..

Saturday, 7 January 2017

070117

Bismillahirrahmanirrahim.

Mari mulakan langkah baru untuk tahun ini dan tahun akan datang. Jangan terlalu mengatur dalam kepala, jangan gundah gulana. Rezeki sudah ditetapkan dan semuanya datang dari Dia. Percaya, percaya dan percaya bahawa Dia Maha Kaya, Dia Maha Pemurah dan Dia Maha Mendengar...

Sunday, 1 January 2017

Dalam hati, dah siap-siap..

*pasang reben*
*pasang belon*
*pasang lampu lip lap*

Sambut dalam hati je kita. Ditemani hujan lebat mencurah, selebat hujan di sangkar hati (ewah). Lemau betul rasa hari pertama 2017 ni. Rasa macam nak duduk atas awan je (?), takde lah terasa banyak sangat hujan kena tadah. Kat luar, memang wajib berpayung dah. Dalam hati pun sibuk kena pasang payung jugak. Tolong, please, ai dah penat.

Tapi, lekas-lekas saya ingatkan diri, bahawa semua ini HANYA sementara (ok fine, cliche). Saya cuba fahamkan balik kefahaman sebelum ini, bahawa seperti mereka yang lain, saya juga akan pergi menghadap Yang Esa. Saya juga ada jangka hayat. Saya ada permulaan dan juga PENGAKHIRAN. Dan sesungguhnya amalan kita dapat memanipulasi bagaimana bentuk pengakhiran kita kelak. Saya tak dapat bayang sekiranya tiba waktunya saya 'dijemput', banyak lagi benda tak settle dengan Tuhan, dengan manusia. Masa tu, bukan boleh minta tangguh sesuka hati dah. Tengok bayang malaikat maut pun dah takut, inikan nak minta tangguh.

Moga-moga kita tergolong di kalangan mereka yang dipermudahkan penghujungnya.. amin..