Saturday, 28 January 2017

Nahdiya No. 2

Ada ketika bila tiba di satu persimpangan, kita terpaksa dan dipaksa untuk membuat keputusan dengan kadar segera. Tanpa diberi peluang untuk menyelusuri terlebih dahulu keadaan dimensi yang telah diberi pilihan. Sehingga lah, bila telah melangkah lebih separuh jalan, kita mula memikirkan apakah keadaan dimensi yang tidak dipilih itu.

Saya, antara manusia yang sering juga mengintai dimensi di mana terletak nya Nahdiya No. 2. Mengintai di sebalik hidup yang samar-samar. Melihat Nahdiya No.2 yang mengharung pagi yang masih berbiru gelap, dan pulang ditemani langit berbiru gelap pekat. Dengan penat, tanpa merungut. Biarpun hari-hari penuh dengan tuntutan. Mungkin kerana Nahdiya No. 2 sangat sepenuh hati melakukan setiap satu kata kerja.

Dan dia, tidak pernah berniat untuk mengintai di sebalik hidup Nahdiya No. 1..