Tuesday, 7 February 2017

Anak bongsu?

Sesungguhnya saya tak jangka langsung bahawasanya karektor, personaliti saya melambangkan seorang anak bongsu dari kaca mata orang lain. HAHA bukan sorang dua okay, ramai rupanya yang beranggapan begitu. Walaupun beberapa kali saya tengok reaksi mereka yang betul2 terkejut bila dapat tahu saya sebenarnya anak sulung, saya masih tergelak dengan nada yang sama. Eh seriously? Obvious sangat ke? Bukan anak ke2, anak tengah ke apa, tapi anak bongsu terus! Kenapakah? Kenapakahhh??? HAHAHA (ketawa terpaksa)

Sunday, 5 February 2017

Yang comel-comel sahaja,

 
 
 
 

Merujuk pada gambar di atas,
  1. Mula-mula masuk, nampak benda ni tergantung atas tiang (walaupun pada awalnya tak perasan langsung). Rasa kelakar sangat tak tahu punca. Kenapa dia suka tidur macam tu? HAHA.
  2. Satu-satunya haiwan yang saya sentuh. Tapi tiada tindak balas diberikan. Huhu.
  3. Padahal burung ni bukan duduk dalam sangkar pun, pokok dia terbuka luas. Sampai sekarang masih tertanya-tanya kenapa dia stay di tempat yang sama? Kenapa tak terbang bebas je?
  4. Saya paling kesian dengan zirafah ni. Tak tahu punca jugak. Tengok mata dia dari kejauhan macam sayu-sayu je. Dia yang paling banyak bergerak, macam tak tentu arah. Mungkin sebab takde friend kot... Kalau ada pun, kawan yang bukan satu spesis. 
Ye, yang comel-comel sahaja saya abadikan. Ada lagi si comel yang lain, tapi saya pilih 4 sahaja. Yang tak berapa comel seperti reptilia, langsung saya tak sanggup pandang. Jalan sebelah pun saya tutup mata. Geli!

Kerja gila

 

Akhirnya, tercapai juga wishlist yang ini biarpun setibanya di tempat kejadian, kerusi berpusing dan kapal berhayun tamat waktu operasi. Tapi, bolehlah mengubat hati dan keinginan yang kadang-kadang agak menggila sedikit di bahagian-bahagian lain yang belum tamat operasi. Bolehlah sempurnakan hajat yang tak kesampaian pada kali lepas.

Cuma, tolong jangan buat kerja gila lagi, Nahdiya.

Thursday, 2 February 2017

Impulsive decision disorder

Tiba-tiba terlintas perkataan yang saya klasifikasikan pada diri sendiri ketika terasa mahu menghentak kepala ke dinding di dalam imaginasi. Meskipun exact term tersebut tidak wujud, tetapi term tersebut memberi maksud yang hampir-hampir sama dengan bipolar disorder, impulsive behavior, impulse control disorder. 

Eh, tolong kawal diri boleh tak? Kalau nak buat keputusan tu, sila tawaf keliling rumah dulu ke, makan satu bakul strawberry dulu ke, bagi makan kucing dulu ke, lepas tu baru buat keputusan boleh tak??? Tak habis-habis dengan penyesalan hidup kau ni. Kalau setakat menyusahkan diri sendiri, takpe lah jugak, ini menyusahkan orang lain jugak. Haih!

Tapi,

Untuk menghentikan hentakan kepala, saya anggap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah. Mungkin Dia nak suruh bersyukur dengan rezeki yang Dia bagi. Mungkin Dia nak suruh berkongsi rezeki dengan orang lain juga. Mungkin Dia nak suruh muhasabah diri banyak-banyak. Atau mungkin Dia nak suruh betulkan semula apa yang salah.

Dan setiap apa yang telah dan akan berlaku, setiap keputusan impulsive yang saya buat, saya percaya ada hikmahnya baik yang nyata atau tersembunyi... Allahu'alim.

---

Tiba-tiba terlintas semua keputusan impulsive yang saya lakukan sejak... 15 tahun yang lepas?